Saturday, July 31, 2010
9 PENEMUAN ORANG ISLAM YANG MENGKAGUMKAN
Inilah penemuan muslim yang luar biasa:
1. Pembedahan
Dr Al Zahrawi @ isuhangat
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.
2. Kopi
kopi yemen @ isuhangat
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.
3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas @ isuhangat
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.
4. Universiti
Fatima al-Firhi @ isuhangat
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.
5. Aljabar
aljabar @ isuhangat
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.
6. Optik
kejayaan Islam @ isuhangat
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.
kejayaan besar muslim@ isuhangat
7. Muzik
muzik Islam @ isuhangat
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.
lute @ isuhangat
8. Berus Gig
berus gigi@isuhangat
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.
9. Takal/ Crank
takal @ isuhangat
Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.
Friday, July 30, 2010
~ RAHMATMU PENAWAR BUAT KU ~
Sekali lagi ku hadir disini
dgn seribu rahsia dihati
ku tahu Kau telah mengerti
walau sekuat mana mulut terkunci
kerana ku tahu hati ini Kau miliki...
Ya Rabbi
Tiada kemampuan dlm diri
Untuk terus aku harungi
Terasa berat sekali bebanan dihati
Apakah ini tndanya aku diuji?
Ya Rabbi
Ibarat tali tersimpul mati
tak kan mungkin ku buka lagi
biarlah tersimpan rapi
dikamus hati yg sarat ini...
Ya Rabbi
Andai Kau terus menguji
akan ku cuba utk gagahi
kerana ku tahu tiap dugaan diberi
seolah mmbuka jalan yg selama ini ku cari...
Ya Rabbi
Cuma yg ingin ku pohonkn disini
berilah kekuatan dlm diri
agar dpt aku berdiri
berdiri dgn sendiri
dgn teguh dn pasti
tiada ragu mengelilingi
hingga ke akhir nanti
ku mahu Kau sntiasa disisi
menemani sepi yg bersarang dihati
tanpa ada yg menghalangi
Ya Rabbi... rahmatilah aku hamba mu ini
kerana rahmat Mu penawar hati yg ingin ku ubati...aminn Ya Rabbi.
KERETA MEWAH PANCING MANGSA
KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.
PELBAGAI...antara kereta mewah di lokasi perjumpaan ahli skim terbabit.
TAHAN...antara ahli skim cepat kaya yang ditahan.
Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.
Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.
Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan.
Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.
Thursday, July 29, 2010
REHAT SEKETIKA
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.
Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"
..dan meletakkan nota itu si sisi isterinya yang sedang tidur.
keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..SUDAH PUKUL 6.30 PAGI" :D
DUA2NYA BENGONG
Valentine hari tu, ayang tanya tang mane abang sayang kat ayang. Time tu abang tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan abang, abang dah penat nak layan. Ayang call kat abang, abang malas nak jawab. Tang mane erk abang sayang kat ayang?
Semalaman abang duk pikir soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang abang kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu abang:
1. Sebelum abang kenal kat ayang, setiap semester abang dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap semester abang ulang paper. Sebelum kenal ngan ayang, abang belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak abang.
2. Kalau ade 1 buah epal, abang bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, abang bagi yang besar kat ayang. Kalau abang makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, abang pula makan tang kepala ikan tu je.
3. Ayang ni tak la cun sangat, tapi abang tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi abang yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan abang, kata abang tak hensem langsung. Erra Fazira berlalu depan mata, abang diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time abang gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan abang lagi. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, abang tipu abang dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah abang makan mee maggi.
4. Sebelum kenal ngan ayang, abang tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan abang, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Abang tak pernah marah ayang playgirl, dah tu ayang kata abang cam sami buddha. Kalau ayang rasa nak cium abang, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile abang rasa nak cium ayang, lepas tanye, lagi kene reject. Ayang selalu pukul dada abang, tampar muka abang, cubit peha abang, abang tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
5. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, abang nak buat ape. Abang kate abang nak bunuh laki tu. Tapi bile abang tanya kalau abang jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh abang, emak abang, ayah abang ngan nenek abang. Abang beli mask Clinique ngan ayang harga RM300, abang kate harga RM30. Ayang beli jam tangan katabang harga RM30 ayang kate harga RM300. Setiap kali berjumpe abang bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday abang, ayang kate dah lupe.
6. Abang rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete abang, ayang buat derk je. Sekali ayang demam, abang kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali abang demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan abang. Abang tak pernah kata ayang pendek, ayang marah abang tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang. Ayang datang umah abang, abang tido sofa. Abang datang umah ayang, abang gak yang tido kat sofa. Mak abang belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak abang makan kat umah ayang walau sekalipun.
7. Kucing umah abang bersalin, abang bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Abang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat abang, 2 hari abang bela, dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing abang. Ayang kalau nak pakai duit abang, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet abang ade duit. Aritu abang nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate abang kedekut. Birthday ayang, abang tak pernah terlupe. Birthday abang arini ayang tak pernah ingat...
Puas hati ayang?? Nak merajuk lagi ke?? Ok, fine!! I'm off!!~
SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN
siapakah yg harus dipersalahkan...???
Kembalilah kpd Al-Quran dan Sunnah...!!!
Jauhi Zina
...Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka diganting pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan lender yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh, meminta agar mereka dijauhi dari penzina tersebut.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.
Tiga bala sewaktu didunia iaitu:
-Allah mengurangkan rezekinya
-Hilang keberkatan hidupnya
-Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.”
Wednesday, July 28, 2010
KEISTIMEWAAN SEORANG ISTERI
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak..
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu .
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......
*prkongsian dr seorg shbt >>
Ibu dan Ayah yang aku kasihi....
Wahai ibu dn ayah yg aku kasihi
andai dulu kau pernah aku sakiti
ampunknlah ank mu ini...
Wahai ibu dn ayah yg aku kasihi
...andai dulu kau pernah aku kasari
ampunknlah ank mu ini...
Wahai ibu dn ayah yg aku kasihi
andai kini kau masih ku lukai
ampunknlah ank mu ini...
Wahai ibu dn ayah yg aku kasihi
Kasih syg yg kau BERI
amat aku HARGAI
tidakkn dpt ku mmbalas BUDI
tp kini aku BERJANJI
janjiku ingin BERBAKTI
sekalipun kau tidak DISISI
selagi terdaya akan ku BERI
cuma yg aku BIMBANGI
antara kita ada ygkn PERGI
tanpa smpat aku menunaikan JANJI
~ Ya Allah, dikesempatan ini jdknlah kami ank yg SOLEH/SOLEHAH agar dpt
kami BERBAKTI pd kedua ibubapa kami sekalipun mereka telah
tiada
lagi...aminn Ya Allah ~
Monday, July 26, 2010
KE HADAPAN ANAK MAK YANG DISAYANGI
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu s...ama seperti mak menyayangi anak mak.
Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.
Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.
Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.
Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.
Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.
Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.
Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.
“Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!”jerit Rizman.
@};-- ~~~~ --;{@
Dari Abu Hurairah R.A:
Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”,“Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu”jawab Baginda Rasulullah S.A.W.
P/S :Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!
HAHAHAHAHA...LAWAK2 JE
Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah…saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”
Helmi: “baiklah malam esok abang pergi tau…nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”
Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye..abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”
Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit..isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”
Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”
Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting…dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya…isterinya sudah tidur…Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba- tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata…
“Kenapa kau tak balik lagi Jalil…kejap lagi suami akak balik…!!”
ishk..ishk..
Apa yang berlaku lepas tu ek? hhhoho. :D
RENUNG-RENUNGKANLAH
Sunday, July 25, 2010
KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA
” Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai padatengahhari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahiberkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka nkepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya didalamhati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.
” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar darikubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,”jawabsaya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakanitu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepasitudia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.
” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebihmendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah harikelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasantahunitu meminta wang daripada ibunya untuk keluarbersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudahberusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak.” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun diamengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” katagadis itu.” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.” RM 20 aja! ” si gadis berkata.” Tak ada,” jawab ibunya.” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadistersebutmenyanggah, katanya,” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habiskata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya kepintu. Si ibu jatuh ke lantai.” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.Wajahnyaberkerut menahansakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Diasebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,suasanasunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkahterkejutnyadia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangantangandan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidakbersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaluijiran-jiran,kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yangbekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30tadi.Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nakdimasukkanke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminyasendiripun tak dapat bantu.”
” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadiringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepikubur.”
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazahibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayattersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tibakakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mulacemas.
” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.” Apa pasal,” Si ayah bertanya.” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demiseorangmenjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat……. tak boleh nak naik,”gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebutmelekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknyakeluar, juga tidak berhasil.
” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangismemandangayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknyaberamai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasakditanah. Tangisannya bertambah kuat.
” Tolong saya ayah, tolong saya…….kenapa jadi macam ni ayah? ” kata sigadis sambil meratap.” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah puntaktau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkananaknyaitu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidakberganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis.Sambilitu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak bolehdiempang lagi.” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saidamenyesal…… Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memelukjenazahibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarikkeluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabilaterlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kuburtersebut perlu dikambus.
” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana?“kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
” Habis anak saya ?” tanya si bapa.” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayatisteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacarapengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untukmenimbuskeseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkindibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampunkepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramaiberusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.Naktengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikalmasing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah keretapolis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kuburyangdimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celahorang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan palinghadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana didepankami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meterdaripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Didalamkepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjatamasing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaanadalah kenalan saya.
” Pssstt…Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasansayamemanggilnya mengangkat tangan.” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang kearahsaya.
” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahansepertiberbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orangyang tahu.” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk…..
Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, sayamenyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olahtidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebarkencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabarhendakmelihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai kepusarayang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polismemerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya sayatidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkatmengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnyakearah sebuah kubur.
Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihatgadisberkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saidamenyesal,Saida menyesal……”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yangbengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwahibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskansaya,”Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyatamereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untukmenyelamatkangadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambilmenghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsungtidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknyaterusmeratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, ceritadatukdan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosamenderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 – 15 minit sajakeranaRaie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidakmahu,terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambilberjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan sayaemak,ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, akuinsaf…”
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adikberadiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapiseperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan airmatanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepunganlengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan danjurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidakdibenarkan.Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,permintaan itu terpaksa ditolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.Saidamasih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidakhenti-henti meratap meminta keampunan. Sayapulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suaratangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.
Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minumanmasuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masihtetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassindan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapaadalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberiolehbapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis danmerayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susutmengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaantapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orangbercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggaldunia.Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan mataharipada waktu siang dan kesejukan di malam hari.Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga keranaterlalusedih sangat dengan apa yang dilakukannya.
Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulahtubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakansepertimayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yangmelambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yangderhaka.
Thursday, July 22, 2010
BOLEH CUBA......SUBBHANALLAH
Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..
Wednesday, July 21, 2010
KENAPA TAK ROGOL SAYA
berikut merupakan kisah benar yang aku terbaca dalam facebook...credit to Maizatul Akmal
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
DALAM LAUT ADA SUNGAI
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.
Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT
Tuesday, July 20, 2010
Kisah Kasih Suami Pada Isteri
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"
Loghat mana lebih munasabah?
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."
Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."
KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!
jelingan ayah
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
don't worrg
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"
Kenaikan Pangkat Paling Cepat
Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.
Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”
Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”
Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”
Salim: “Terima kasih tuan….”
Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”
Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”
Ulang tahun Perkahwinan ke 25
Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya:
"Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"
Suaminya menjawab:"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."
Pertama Kali Dibedah
Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."
"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."
"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."
Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa
Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit.
"Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"
"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."
Rasa Nak Muntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.
"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.
"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?
"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
menantu hantu
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
Kisah Buang Bayi
Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.
Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! Pak Abu: HEHEHEHEHE....
Dialog Dua Hantu
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang."
Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
CERITA AYAM YANG MACHO
Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini : Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku. Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja. Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam. Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer) Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing, Si ayam jalak muda:Set Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter. Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan). Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU" NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...
datang bulan
Datang bulan Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. " Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."
Salah Tafsir
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.. "Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2." Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. "Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??" Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...
Sunday, July 18, 2010
PUNCA GEGARAN DI PULAU PINANG KINI DIKENALPASTI...HEHEHEHE
Saturday, July 17, 2010
PAPA...BACAKAN KUAT-KUAT YE.....
Papa! bacakan kuat-kuat ye.....kisah menyayat hati...
Dear all,
Untuk bacaan papa & mama ,
Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak Dan menikmati
Hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang
Akan
Saya bentangkan pada mesyuarat tiga Hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau Ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
Terlalu manja.
"Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak
Dengar,"
Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?"
Saya
Bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.
Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.
"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,
Memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.
" Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa?
Bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke
Lantai.
Nyata dia tidak mahu mengalah.
"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah
Permata
Hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak
Menyangka
Saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu
Dia
Beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh
Ke
Arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan
Kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
Menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,
Dua
Minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,
Serena
Tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak
Lepas
Memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri Dan Serena menikmati sarapan
Bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil
Tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah
Bacakan, okeylah TU!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap
Makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! Katanya.
Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.
Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi
Suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu
Seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
Mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila
Pulak
Dia keluar? Tadi Ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum
Meluru
Ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan
Seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya,
Masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital..
Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat
Hatinya.
"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya
Dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu
Nafasnya
Tersekat-sekat. "Papa? Mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang
Mama,
Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar Dan tidak sambil
Membuka
Matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun
Sekadar
Cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
Membuatkan
Jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di
Bilik
ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk Hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan
Diri
Dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan
Cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi
Katil
Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air Mata.
Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak
Dapat
Mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.. Keesokan harinya,
Saya
Bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.
Kemudian setiap Hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara
Isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah Dan
Kesal
Dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk Hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka
Matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.
Bacaan saya terhenti, Air Mata merembes Dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih
kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata
Serena
masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau
setahun
berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan
oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang
bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.
Friday, July 16, 2010
Ben Ashaari VS Ben Nyah
tadi masa aku ngah skodeng2 kat semua blog yang aku jelajah...tibe2 aku terbuka blog Ben Nyah...
Eh2...Blog Ben Saari ke...xkan sudah berunah wajah...hehehehe..jangan marah....
Mungkin Ben Nyah peminat Fanatik Ben Ashaari..sebab e2 dia pun buat blog n tempale macm Ben Ashaari....
ap2 pun lantaklah..e2 korang punye pasal.......
HArI Ini hArI JuMaAt....
Selamat Petang..........
Kalau hari Jumaat je...lebih kurang pukul 2.00 petang ke atas pasti mak aku kul..Tanya aku balik kg ke x?Padahal kg aku xla jauh sgt dari Tapah nk ke bagan Serai 2..hehehehe..tiap2 minggu macam 2...x telefon x sah....
E2 tandanya mak aku sayang kat aku kan......hehehehehe..Ada mak korang semua buat macam 2...?Mestilah ad kan...Mak mana xsayang anak...
Tadi pun baru lepas mak aku kol aku tanye aku balik kg ke x....
xbalik la mak.....tiap2 minggu balik kg....mana nk ad duit.....
Tambah2 pulak sekarang ni minyak naik..emmm..alamatnya makin jarang la aku balik kg kan....
EMMMM..NO KOMEN..KUASA ALLAH
ka batu tue ada sejarah lampau2..mana la tau kot sepasang kekasih
kena sumpah ka..,melekat ka apa ka..
jgn telampau pecaya sgt...
MINUM AIR DARI KEMALUAN:MAAF SEDIKIT LUCAH
orang-orang sekitar percaya bahwa air yang keluar dari batu yang
berbentuk kelamin itu bisa memudahkan untuk mendapatkan jodoh atau
keturunan...
bahkan pengunjung yang datang kesitu tak segan-segan untuk langsung
meminum air yang keluar tanpa proses apa2...
Thursday, July 15, 2010
Saje-saje......
Wednesday, July 14, 2010
Laprincess Asma
Cantik giler minah ni....
Tapikan tibe2 aje dia add aku kat FB....aku xkenal pun minah Arab ni...
Mungkin dia dah bosan kot nak kawan ngan buadak2 Arab....hehehehe
JANJI SEHIDUP SEMAMPUS
Entah apa yang melucukan pun aku xtau...tapi aku rasa lucu sgt2 la tengok gambar ni..hehehehe
Perkataan ' Sehidup semampus' 2 xboleh blah la....
MYVI LIMITED EDITION
SIAPA TAHU......????
kaki berdarah menapak di atas bumi.
jalan nya masih jauh.
walaupun jenuh, pastikan kita kukuh..
meskipun destinasinya tidak sama..
genggaman itu membuktikan segalanya..
suatu hari nanti segalanya pasti akan terbukti jua..
mimpi ke puncak akan menjelma..
puncak yang sukar, namun x mustahil untuk digapai...........
Cinta....JIKA AKU JATUH CINTA
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-MU
Untuk mencintai-mu
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku pada-MU
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-MU
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu,
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari-MU
Ya ALLAH, sesungguhnya aku bermohon
pada-MU untuk selalu mencintaimu.....
Hari Ini............................
- Kita patut bersyukur kerana hari ini kita masih bangun sendiri; bukan orang lain yang 'mengejutkan' kita.
- Kita mandi sendiri; bukan orang lain yang memandikan kita
- Kita pilih dan pakai sendiri baju; bukan orang lain yang pilih dan pakaikan kita baju dan kerana kalau dia yang memilih dan memakaikannya sudah tentulah bajunya daripada kain yang ewarna putih.
- Kita berjalan sendiri; bukan ada orang lain yang membawa kita keluar.
- Kita boleh membaca sendiri; bukan ada orang yang bacakan untuk kita.
P/S : Bersyukurlah kerana ALLAH masih memanjangkan umur kita.
Monday, July 12, 2010
tahukah anda tentang hitler......????smga ada pemimpin seperti dia untuk membantu palestin
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab - 1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha BesarHitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German." Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
~ SAMBAL HITAM LAGI ~
Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...
-
Assalammualaikum Makan Shellout di Badkitchen memang tak akan mengecewakan, sentiasa padu rasanya. Ada 3 jenis pilihan rasa shellout di Badk...
-
Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...
-
Assalammualaikum Hari ini awak dan suami plan nak balik kampung, sambil tu nak pergi ziarah kubur arwah MIL & FIL. Malam tadi awak dah w...