Jelingan ayah...
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
ANDA BERMINAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~ APALAH NASIB KAMU SI ROSE OIII ~
Assalammualaikum Awak memang penggemar bunga rose. Lagi - lagi rose bewarna purple. Tapi tulah, susah nak jumpa warna rose purple ni. Masa a...
-
Assalammualaikum Cepat sangat masa berlalu kan. Hari ini dah 4 Ramadhan.Tup -tup dah nak raya. Semalam sedang awak blogwalking, a...
-
Salam "Selamat Hari Guru" Straight to the point..dah kenapa pulak ngan shoutbox aku 2??? Shoutbox korang pun jadi macam 2 jug...
-
Assalammualaikum. Awak ni dikatogerikan mudah terpengaruh juga. Kalau ada menu yang viral sahaja, pasti awak akan cuba. Tapi..... Awak akan...
No comments:
Post a Comment