Monday, May 31, 2010

Kisah berpisahnya roh dari jasad

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin."

Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur. Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!" Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."

Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
p/s: moga kita sama-sama dapat manfaat dari entri ini, insyaAllah.
salam kasih pada semua umat Rasulullah s.a.w

Friday, May 14, 2010

MY PICTURE
























































BALIK KAMPUNG

HARI INI KUDATANG RIANG.....
TERSENYUM BUAT KU SENANG......
KU HIAS DIRIKU...MEMBUAT HATIKU BERTAMBAH RIANG......
HAPPY NYA....LALALALALALALA

Hari ini aku nk balik kg......malam tadi awal lg aku dah packing barang...excitednye....padahal dekat je kg 2...nun di sana Bagan Serai....bangkit pg pun awal, datang kj pun awal, nk balik kj pun awal juga la.....hehehehehehe.

Rindunya aku kat my mum n dady....rindu kat my fiancee?????emmmm..xkot...hehehehehe...rindu juga kat adik2 aku, akhma, aein, adam, rahmad, alif n tasya....malam ni aku sampaila...nantikan kepulangan aku ye....waaaaaaa...mcm 2 tahun je xjumpa..padahal baru 2 minggu....huhuhuhuuhhu.

Wednesday, May 5, 2010

IKHTIBAR

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam sebuah keluarga, salah seorang anak gadis meninggal dunia.Keluarga gadis tersebut begitu bersedih hati.Ahli-ahli keluarganya yang lain menguruskan jenazah itu dengan baik dan mengebumikannya.

Sekembalinya dari pengebumian, seorang saudara perempuan itu teringat benda kesayangan si mati yang diperbuat daripada emas.Dia berhajat menanamkan benda itu di kubur saudaranya.


Pada malam itu, dia pun pergi ke kubur dan menggali kubur. Alangkah terkejutnya dia kerana didapati kubur saudaranya itu penuh dengan api. Dia segera pulang untuk bertanya kepada ibu si mati.
“Apakah yang dilakukan semasa hidupnya yang membuat kubur saudaraku penuh dengan api?” Tanya gadis itu kepada ibunya.

Ibunya berkata bahawa setahunya gadis yang meninggal itu tidak berbuat mungkar. Bagaimanapun gadis itu selalu keluar pada malam hari untuk mendengar perbualan jiran-jirannya. Dia juga suka menceritakan kembali apa yang didengarinya kepada jiran yang lain sehingga timbul fitnah antara mereka.

Memfitnah adalah perbuatan haram. Ia termasuk dosa besar di sisi Allah S.W.T, dan perbuatan itu lebih berbahaya daripada pembunuhan. Oleh itu, kita mestilah menjaga diri kita dari perbuatan fitnah dan mengadu domba sebaliknya kita hendaklah mempertingkatkan persaudaraan sesama Islam

Tuesday, May 4, 2010



Apabila terbaca jawatan kosong ni..rasa insafla pulak aku...Marila kita semua sama2 memohon jawatan kosong ini....supaya tiang agama kita sentiasa kukuh dan dihindari segala musibah....

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...