Bismillahirrahmanirrahim..
Dalam sebuah keluarga, salah seorang anak gadis meninggal dunia.Keluarga gadis tersebut begitu bersedih hati.Ahli-ahli keluarganya yang lain menguruskan jenazah itu dengan baik dan mengebumikannya.
Sekembalinya dari pengebumian, seorang saudara perempuan itu teringat benda kesayangan si mati yang diperbuat daripada emas.Dia berhajat menanamkan benda itu di kubur saudaranya.
Pada malam itu, dia pun pergi ke kubur dan menggali kubur. Alangkah terkejutnya dia kerana didapati kubur saudaranya itu penuh dengan api. Dia segera pulang untuk bertanya kepada ibu si mati.
“Apakah yang dilakukan semasa hidupnya yang membuat kubur saudaraku penuh dengan api?” Tanya gadis itu kepada ibunya.
Ibunya berkata bahawa setahunya gadis yang meninggal itu tidak berbuat mungkar. Bagaimanapun gadis itu selalu keluar pada malam hari untuk mendengar perbualan jiran-jirannya. Dia juga suka menceritakan kembali apa yang didengarinya kepada jiran yang lain sehingga timbul fitnah antara mereka.
Memfitnah adalah perbuatan haram. Ia termasuk dosa besar di sisi Allah S.W.T, dan perbuatan itu lebih berbahaya daripada pembunuhan. Oleh itu, kita mestilah menjaga diri kita dari perbuatan fitnah dan mengadu domba sebaliknya kita hendaklah mempertingkatkan persaudaraan sesama Islam
ANDA BERMINAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~ RAYA KAMI 2026 DI RUMAH MAK DAN ABAH ~
Assalammualaikum Raya pertama hari tu, awak dan suami tak sempat nak balik raya di rumah mak dan abah. Sebabnya, adik - beradik suami berkum...
-
Assalammualaikum Cepat sangat masa berlalu kan. Hari ini dah 4 Ramadhan.Tup -tup dah nak raya. Semalam sedang awak blogwalking, a...
-
Assalammualaikum Alhamdulillah. Hari ini hari ke-2 kita menyambut ramadhan. Semoga Allah panjangkan umur & diberikan kesihatan yang ...
-
Assalammualaikum Awak baru berpindah di pejabat baru pada tahun lepas bulan September. Ini adalah kerana untuk mengeratkan hubungan suami...
1 comment:
"salam..sila amik tag ya..tq"
Post a Comment