expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass>

Isnin, 3 Julai 2017

SAMBAL HITAM PAHANG

Assalammaualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Setelah seminggu lamanya bercuti raya
Kini tiba hari ini start kerja..
Bangun awal pagi rasa bercinta....
Kena siapkan baju anak, barang sekolah anak, baju suami...
Aduhhhh...

Sebelum nak raya awak ada petik belimbing buluh hasil dari tanaman tukang kebun di belakang pejabat awak. Rasa petik anggur je masa tu, buahnya memang lebat sangat. Hasil cucuk tanam di belakang pejabat.

Then malam raya awak dengan gigihnya menghasilkan sambal hitam pahang. Orang lain sibuk dengan rendang bagai awak sibuk dengan sambal hitam awak tu, mak awak duk membebel je sebab dapur nak guna masak rendang, ketupat dan nasi impit. Hahahahahahahaha

Bahan-bahan untuk masak samabl hitam

1.Belimbing buluh yang dimasak sehingga warna hitam tanpa air. Awak masak tak adalah sampai hitam. (lebih kurang 1 mangkuk belimbing buluh)
2. Cili segengam tangan ditumbuk kasar, Nak blender pun boleh..Ikut kepada kerajinan masing - masing
3.Bawang merah dalam 6 ulas ditumbuk kasar (2 ulas potong dadu untuk tumis)
4. Ikan bilis ditumbuk kasar, Lagi banyak ikan bilis lagi sedap sambal yang terhasil.
5. Gula 
6. Garam
7.Kicap Kipas Udang dalam 2 sudu besar


Cara - cara nya
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang merah dalam 2 ulas potong dadu
3.Masukkan belimbing buluh yang dimasak, cili yang ditumbuk, bawang yang ditumbuk, Ikan bilis,
garam, gula dan kicap.
3. Masak sehingga kering dan berwarna hitam 

Awak suka basah - basah sikit. So, tak payah nak masak terlalu lama la..

Rupa sambal hitam awak yang dah siap dimasak

Sambal hitam ni sedap makan dengan nasi putih panas - panas.

P/S : Hari ni p cari belimbing buluh lagi, tengok - tengok buah dah tak ada....Aduhhh..Frust betul








6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sedap sangat kak..tambah pula makan dengan nasi panas - panas...

      Padam
  2. Sedapnya, selalu juga buat benda ini ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sangat sedapkannnn..hihihihi
      Cukup nasi putih dengan dia saja dh sedap sgt2

      Padam
  3. Balasan
    1. Sedap..nak membuat pun senang, cuma jenuh nak cari belimbing buluih je..sebab belimbing ni ikut musim kut....

      Padam

THANKS FOR COMMENT...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails