expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass>

Ahad, 25 Julai 2010

KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA

KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA.
” Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai padatengahhari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahiberkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka nkepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya didalamhati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.
” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar darikubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,”jawabsaya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakanitu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepasitudia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.
” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebihmendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah harikelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasantahunitu meminta wang daripada ibunya untuk keluarbersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudahberusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak.” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun diamengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” katagadis itu.” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.” RM 20 aja! ” si gadis berkata.” Tak ada,” jawab ibunya.” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadistersebutmenyanggah, katanya,” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habiskata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya kepintu. Si ibu jatuh ke lantai.” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.Wajahnyaberkerut menahansakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Diasebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,suasanasunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkahterkejutnyadia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangantangandan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidakbersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaluijiran-jiran,kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yangbekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30tadi.Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nakdimasukkanke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminyasendiripun tak dapat bantu.”
” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadiringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepikubur.”
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazahibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayattersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tibakakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mulacemas.
” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.” Apa pasal,” Si ayah bertanya.” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demiseorangmenjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat……. tak boleh nak naik,”gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebutmelekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknyakeluar, juga tidak berhasil.
” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangismemandangayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknyaberamai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasakditanah. Tangisannya bertambah kuat.
” Tolong saya ayah, tolong saya…….kenapa jadi macam ni ayah? ” kata sigadis sambil meratap.” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah puntaktau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkananaknyaitu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidakberganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis.Sambilitu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak bolehdiempang lagi.” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saidamenyesal…… Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memelukjenazahibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarikkeluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabilaterlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kuburtersebut perlu dikambus.
” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana?“kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
” Habis anak saya ?” tanya si bapa.” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayatisteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacarapengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untukmenimbuskeseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkindibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampunkepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramaiberusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.Naktengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikalmasing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah keretapolis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kuburyangdimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celahorang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan palinghadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana didepankami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meterdaripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Didalamkepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjatamasing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaanadalah kenalan saya.
” Pssstt…Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasansayamemanggilnya mengangkat tangan.” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang kearahsaya.
” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahansepertiberbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orangyang tahu.” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk…..
Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, sayamenyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olahtidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebarkencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabarhendakmelihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai kepusarayang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polismemerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya sayatidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkatmengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnyakearah sebuah kubur.
Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihatgadisberkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saidamenyesal,Saida menyesal……”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yangbengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwahibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskansaya,”Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyatamereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untukmenyelamatkangadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambilmenghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsungtidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknyaterusmeratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, ceritadatukdan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosamenderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 – 15 minit sajakeranaRaie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidakmahu,terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambilberjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan sayaemak,ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, akuinsaf…”
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adikberadiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapiseperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan airmatanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepunganlengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan danjurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidakdibenarkan.Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,permintaan itu terpaksa ditolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.Saidamasih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidakhenti-henti meratap meminta keampunan. Sayapulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suaratangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.
Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minumanmasuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masihtetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassindan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapaadalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberiolehbapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis danmerayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susutmengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaantapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orangbercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggaldunia.Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan mataharipada waktu siang dan kesejukan di malam hari.Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga keranaterlalusedih sangat dengan apa yang dilakukannya.
Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulahtubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakansepertimayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yangmelambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yangderhaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS FOR COMMENT...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails