Tuesday, January 21, 2025

~ ACAH - ACAH TERPALING ROMANTIK ~

Assalammualaikum

Isnin lepas awak dan suami ambil cuti tahunan untuk urusankan hal - hal persekolahan anak- anak. Setelah urusan selesai, awak pun ajak lah suami dan anak - anak lepak santai di tepi kolam Bukit Merah, ambil jiwa anak - anak lah kononnya. Subhanallah, sungguh indah permandangan di tepi kolam Bukit Merah apabila waktu petang sambil menikmati aiskrim Bingxue.

Kalau dah melepak tempat indah ciptaan Tuhan macam ni, mestilah tak kan lepaskan peluang nak bergambar untuk kenangan. Anak - anak lah jadi mangsa keadaan ambil gambar kami.


Acah - acah terpaling romantiklah kononya...hahahahah

Tapi, kat hujung sana boleh tengok pemandangan keretapi lalu di tengah - tengah kolam Bukit Merah, memang cantik sangat.


Monday, January 20, 2025

~ Maggie Kari Putih Agromas ~

Assalammualaikum

Setiap hari tak ada idea nak masak menu apa? Kadang - kadang yang menu paling simple tu la yang paling laku keras. Kebetulan pula ada stok maggie kari putih by Agromas. Sedap kome oiiiiiiii. Kuahnya likat dan pekat, terasa macam makan mee kari mak yang masak.


Periuk batu putih tu pula awak baru keluarkan dari kotaknya, laki belikan masa kami bercuti di Pulau Pangkor 2 minggu lepas, senang nak masak nasi goreng katanya. Awak mulakan dengan masak maggie dahulu, kalau tak guna nanti, diperli - perli pula...heheheh.


Friday, January 17, 2025

~BISKUT RAYA BY MAMA DHIYA'S HOMEMADE 2025~

Assalammualaikum

Awak dah open oder untuk  biskut raya by Mama Dhiya's Homemade bagi tahun 2025. Rakan - rakan blogers yang lain kalau nak oder boleh lah whatssap pada nombor handphone yang tertera di dalam gambar ini. Yang jauh, Insyaallah awak akan pos. Alhamdulillah, setakat ini biskut - biskut yang awak pos masih selamat dengan elok apabila sampai ke tangan customer. Customer pun sangat berpuas hati.





Tuesday, January 14, 2025

~ AISKRIM BINGXUE ~

Assalammualaikum

Tiap - tiap hari balik sekolah anak - anak pasti nak singgah datang ke Bingxue. Aiskrim dia memang sedap dan murah sangat - sangat. Awak pun suka sebenarnya. hahahaha......

Agak - agak menggemukkan tak kalau makan setiap hari? Tapi kan, rasa aiskrim bingxue ni, tak adalah manis meleting, manisnya sedang - sedang sahaja. Itu sebablah rasanya tak muak sangat. Sejujurnya, awak bukan penggemar aiskrim. Tapi dengan aiskrim bingxue ni, memang awak dah jatuh cinta.

Pilihan kami anak - beranak  adalah aiskrim bingxue mix  (matcha + vanilla) dan vanilla.


Nikmat sangat - sangat apabila makan aiskrim bingxue dalam cuaca yang panas. Dapat menyejukkan hati yang tengah membara..hahahaha






~ JEMPUT - JEMPUT PISANG ~

Assalammualaikum Alhamdulillah, semalam awak last berpuasa enam. Dari minggu lepas lagi awak teringin sangat nak makan jemput - jemput pisan...