Monday, January 11, 2021

KEK SANTAN KUKUS

 Assalammualaikum

Hari sabtu minggu lepas, MIL awak call ajak makan tengahri di rumah dia. Seronok sebenarnya dapat makan beramai - ramai ni. Lagi awak seronok, awak tak payah nak bersusah payah nak ke dapur tengahari tu...hihihi.

Rasa segan pula datang rumah orang untuk makan sahaja. So, awak pun buat lah kek santan kukus yang agak viral juga. Mudah sangat - sangat, bahan pun tak banyak.


Tak sempat awak nak ambil gambar masa potong tu, dah anak - anak sedara awak ngap duluan. Kira sedaplah tu kan..hihihi


Kek Santan Kukus 

Blend:

4 biji telur

1 sb ovellate

3 sb susu pekat

1/2 cawan gula

Dah kembang tuang dalam mangkuk

Campur yang dah diblender tadi dengan :

1 sb baking powder

2 cawan tepung gandum

1 kotak santan (200ml)

Letak pewarna, ikut suka

Tuang dalam loyang saiz 8x8

Kukus selama 40 minit

2 comments:

May Ann Doña Francisco said...

What a delightful color to eat!

NARDtheNERD said...

sedapnya.. nanti nak try la :)

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...