Thursday, October 3, 2019

BAYAM BRAZIL CELUP TEPUNG

Assalammualaikum


Bayam brazil ni banyak sangat khasiatnya, Awak pernah buat entry mengenai bayam ni di SINI
Buat ulam makan macam tu pun sedap, rangup wei...
Sebelum awak nak menggoreng bayam ni, awak minta tolong laki awak perisi bayam ni dulu. Sementara tu, awak nak menonton drama Lelakimu yang dulu. Best pula drama ni......


Bayam tadi masukkan ke dalam bancuhan tepung serbaguna. Awak guna tepung serbaguna brand Agromas. Mudah dan cepat, hanya tambahkan air sahaja. Ikut kepada kita lah nak pekat ke tak. Tapi bagi awak better kena cairkan bancuhan, sebabnya bila bancuhan cair bayam tu cepat masak dan lagi rangup. Kalau tepung terlampau pekat lambat pula masaknya.


Keadaan bayam yang digoreng di dalam kuali nampak macam lembik - lembik je. 
Goreng pun kejap saja lebih kurang dalam 5 - 10 minit. Sebab tu bancuhan tepung kena cair. Kalau terlebih menggoreng, bayam akan nampak garing dan rasa pahit.


Bila diangkat ke dalam pinggan, automatik bayam ni jadi keras macam keropok. Idak sempat awak nak masuk dalam balang nak buat kudapan bila nak tonton movie, anak dan bapaknya dah ngap dulu. Depa duk ulang alik ke dapur ja.


Itulah rupanya bayam brazil yang telah dicelup tepung. Sedap kome oii.krup krap krup krap je, rangup sangat.



4 comments:

Sha Mohamed said...

Sedap ye bayam brazil nie.. kat ofis nie ada tanam berpasu-pasu.. Kawan pejabat buat ulam je..

Nasa Mulia said...

tak pernah makan lagi sayur nie, teringin juga nak tanam.

Umi Nazrah said...

yes suka sangat. rapuh garing ^_^

Sha Mohamed said...

macam-macma boleh dibuat bayam brazil ini..

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...