Wednesday, August 23, 2017

PROGRAM 4F (FRUIT, FLOWER & FOOD FIESTA) DI RTC GOPENG

Assalammualaikum

Okay sempena nak menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun. FAMA Negeri Perak telah membuat satu event bagi memeriahkan lagi Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Awak sekadar nak mempromosikan program ni saja dan ingin menjemput semua warga Malaysia terutamanya orang - orang Perak, Moh le kome datang beramai - ramai untuk memeriahkan program ini. Tanpa pengunjung yang datang memang tak kan menjadi program seperti ini. 

Program ini berlangsung pada 24 Ogos - 27 Ogos 2017 di RTC Gopeng. Macam - macam aktiviti dan jualan akan berlangsung sepanjang program tersebut. Terutamanya jualan buah - buahan, bunga - buangaan pelbagai spesis, tumbuh - tumbuhan termasuk herba dan pelbagai makanan akan dijual.


Fruit on fire juga akan berlangsung dengan pelbagai buah seperti kepala pandan, Durian , Jagung , nenas, pisang nipah sabah dan cempedak.
Jualan Pisang & Cempedak goreng kawah Krup - krup. Ini bahagian awak.. Sesiapa yang nak rasa keenakan dan kerangupan pisang & cempedak gorang krup - krup boleh la berkunjung ke program ini.


P/S : Jemputlah kome datang beramai - ramai



Friday, August 18, 2017

PERTAMA KALI BUAT KUAH DURIAN

Assalammualaikum

Oit...
Rasanya lebih kurang 2 minggu awak dah tak update entry kat sini.
Nak menjenguk sini pun teramat busy dengan tugas - tugas harian.

Okaylah...
Malam tadi awak try nak buat kuah durian.
Memandangkan durian ada sebiji je, itupun orang yang bagi..
Tanpa membuat kekecohan dan perebutan antara kami anak beranak, hubby suggest untuk buat kuah durian je.
Awak tersenyap seketika, then terus ambil telefon untuk google resepi yang sesimplenya.
Awak main terjah je mana - mana resepi.
Makanya terhasil lah Kuah Durian by Mala.....
Not bad lah.


Masa ni awak campurkan je isi durian
santan sekotak, gula 2 senduk, then masukkan daun pandan yang disimpul.

 Taraaaaaaa
Siap pun kuah durian awak

Awak dari kecik lagi dah makan kuah durian dengan pulut.
Hubby ikutkan je.
Sebab dia dah malas keluar nak beli roti potong - potong.






Friday, August 4, 2017

SOTONG SUMBAT TELUR

Assalammualaikum

Sambungan weekend yang lepas. Kerja kami anak - beranak duk makan siang dan malam. Kalau boleh selagi tak pejam mata selagi tu koje makan aje...Entri makan dan makan part 1 duk cerita pasal makan. Entry makan dan makan part 2 nanti lah awak story.
 
Memandangkan telur sampai 4 biji awak pecahkan, terlebih lah pula, resepi asal 2 biji je. Bertapa tamaknya awak..huhuhuh
Akibatnya jenuh duk sumbat - sumbat je telur tu. Selebihnya, awak simpan dalam peti sejuk dan akhirnya kesampah juga.


Masa ni dalam kuali lagi tangan dah tak sabar - sabar nak snap..

Dah masak awak pun masukkan di dalam bekas dan potong macam dalam gambar google tu

Biasalah awak mesti akan post di dalam Ig.
So, ramailah yang akan tanyakan resepi


 

TURN TO 3 SERIES

Assalammualaikum

Okay..
Awak nak habak ni, semalam genaplah umur awak yang ke-30 tahun.
Dah jadi pangkat makcik - makcik dah ni.
Tak kisah lah, makcik pun makcik lah..tetap comel ye dak...hihihi

Al-kisah semalam my husband dan rakan - rakan pejabat telah buat satu kejutan untuk my birthday.
Tak adalah nak terkejut sangat pun, cuma terharu sangat - sangat.
Ingatkan tak ada siapa peduli.
Rupanya dioarang plan pergi pekan senyap - senyap then beli kek.
Majlis buat simple habis lah..
Ini pun dah memadai bagi awak...Memang terharu giler.
Thanks my husband dan Officemate.
Taknak taip panjang - panjang, awak tau je hampa pun macam awak malas nak bacakan....

Kek aiskrim ikut tekak my husband sebenarnya..bukan ikut tekak awak..entah apa - apa..

P/S : Semoga awak dapat menjadi isteri dan ibu yang baik & juga lebih matang dalam menjalani kehidupan sehari - harian.
 


~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...