Assalammualaikum..
Selamat pagi..
Okay.
Semalam awak bersama keluarga kecil awak dan juga MIL berbuka bersama - sama di Special Steamboat & BBQ di Parit Buntar. Berdekatan dengan Pusat Bandar Parit Buntar dan bersebelahan dengan TM Point.
Awak memang tak berapa suka sangat bila diajak untuk bersteamboat. Sebabnya kalau nak bersteamboat memerlukan kesabaran yang tinggi. Kesabaran awak pula memang senipis kulit bawang...Hahahahahaha
Memandangkan husband dan ajak dan MIL pun teringin nak makan kat situ. Awak ikutkan sahaja.
Waktu berbuka lagi setengah jam. Aktiviti steamboat dan bermula. Anak awak dah tak sabar nak makan. Awak telan liur je time ni.
Penuh kesabaran awak memasaknya..
Semalam orang tak ramai yang makan kat situ. Jadi kami makan dengan senang - lenang dan tak adalah nak berebut - rebut sangat. Memang santai je semalam. Menu pun banyak. Memang berpuas hatilah.
No comments:
Post a Comment