Friday, October 9, 2015

MOD DIA SANGAT BAIK.

Salam


Mod budak kecik awak hari ni sangat la baik.
Hari - hari macam ni, mod mama pun akan sentiasa baik.

 

Wednesday, October 7, 2015

3 TAHUN SUDAH.

Salam.
5hb Oktober 2012 lahirmya seorang puteri yang comel pada jam 9.05 pagi di Hospital Taiping.
Dan telah diberi nama Dhiya Aisya Binti Muhammad Firdaus.
Sekarang 5hb Oktober 2015 genaplah umur kamu 3 tahun.
Rasa sekejap sangat masa berlalu. Rasanya baru semalam sahaja melahirkan kamu.

Selamat Hari jadi Sayang Dhiya Aisya..
Semoga diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki dan menjadi anak yang baik..
Mama doakan sayang berjaya didunian dan akhirat..





Awak pun nak menyelit juga..

P/S : Mod Sedihhhh

Friday, October 2, 2015

DRAMA AIR MATA BAK HUJAN RENYAI - RENYAI

Salam.
Wah - wah semakin rajin nampak gayanya owner blog ni nak mengupdate blognya.....heheheheh
Sambil diiringi dengan lagu Engkaulah Yang Satu - Wow
Teringat pulak zaman cinta - cintun dulu - dulu.
En. Hubby mesti tujukan lagu 2 tiap - tiap hari....
Romantik tak......huhuhu

Pagi ni si anak meragam tak nak pergi Taska
Sampai je Taska mulalah nak turunkan hujan renyai - renyainya..
Pujuk - memujuk  sampailah punch card awak merah hari ni...
Sabar jelah...Anak oh anak..
Itu pun awak umpan nak bawa pergi taman lepas balik dari Taska then nak belikan belon & gula banyak - banyak....




P/S : Akhirnya berjaya juga awak pujuk tanpa mengeluarkan volume yang tinggi....heheheh...

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...