Friday, August 26, 2011

MENGHITUNG MASA

Salam,
Hari ini hari yang dinantikan untuk balik ke kampung..Eeleh, macam xpernah balik kampung je...huhuhuhuhu
Terasa waktu yang bergerak lambat sangat, rasa nak pusing je jam 2 ke pukul 5. Tapi apakan daya, selagi bos xkeluar xbolehlah nak keluar awal....

Hari ni memang terlebih excited nak balik ke kampung, bukan macam hari hari lain..Yelah kan, nak menyambut raya macam budak budak memang terlebih excited. Dari semalam lagi tau aku dah packing barang dan baju. Selalunya packing barang waktu lunch, hari jumaat..ini idak, memang betul betul excited.. Alah..apa nak heran, semua orang pun macam aku juga, xhabis habis nak cerite pasal raya je, so korang pun terover excited macam aku juga kan..xnak ngaku la 2....

P/S: Ya Allah kau selamatkan pergi dan balik ku dalam perjalanan nanti..Amin

Thursday, August 25, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY...~FAKTA ATAU AUTA SEMATA-MATA~


...Perempuan Cantik VS Perempuan Tak Cantik...
Kalau perempuan cantik berbuat jahat~Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat~Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm lalalola~!!

BERBUKA BERSAMA HOUSEMATE

Salam
Tinggal lagi sehari lagi, aku akan pulang ke kampung. Tak sabar rasanya nak berbuka bersama husband dan juga family..huhuhu

Cerita berbuka bersama housemate ni dah basi, tapi aku nak cerita juga..huhuhuhuhu..Kami berbuka di KFC, Bukannya apa, Pekan kecil macam kat Tapah ni, yang paling klass pun KFC aje la..hehehe,, nak demand plak..Betul la, SE pun xad, maka xdapatla nak makan coklat toblerone yang sangat sedap 2 setiap hari...



Muka buat buat ceria menunggu berbuka


Semua nak control ayu, nasib baik camera woman sporting nak tangkap gambar



3 dara pingitan control ayu, walaupun dalam gambar ni ad yang bernama Ayu
Diaorang  ni masih available, siapa yang berkenan boleh kol no. ni 0123456789


Senyum, xperlu kata apa apa
We are not available


Muka kekenyangan, tapi stay nak control ayu lagi

P/S: Sorry la ye kalo ada menyinggung perasaan housemate ku semua, maaf xahir batin, esok semua pakat nak balik ke kampung masing masing

Wednesday, August 24, 2011

CIKGU YANG DIPERMAINKAN OLEH ANAK MURIDNYA...

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


p/s:  hahaha, murid sekarang dah pandai-pandai, bahaya benor ni...sesapa cikgu yang baca tadi janganlah terasa~

WORDLESS WEDNESDAY,,,,TANGAN SAKA?


P/S: Aku ambail gambar ni kat SINI ada beberapa lagi gambar. betul-betul menaikkan bulu roma aku, padahal bulan pose ni..

Tuesday, August 23, 2011

TEPAT DAN PANTAS


p/S: Korang kalo nak joint segmen ni klik kat SINI

ARTIS ISLAM BELA ANJING

Salam..
Terkejut bile aku terbaca sorang artis ni bela anjing. Aku rasa artis 2 islam, kalo setakat bela xpegang-pegang xpe,. Sebabnye ad ramai juga orang islam yang bela anjing untuk menjaga keselamatan rumah dari kes-kes di rompak. Tapi macam kes artis ni, dia bela anjing 2 sebagai binatang peliharaan kesayangan siap bawa tidur lagi.


Korang semua mesti kenal kan ngan artis ni. Nak tahu lebih lanjut cer baca kat SINI

P/S: Jangan nak samakan anjing ngan kucing...

BLOG BARU...SENYUMAN NORATIQAH



P/S: Member aku ni dah ad blog sendiri pun...aku dah follow, kome follow la di plak

Saturday, August 20, 2011

YES BOS & 7 HARI MENCINTAIMU...

Salam...
Novel pilihan aku untuk minggu ni ialah
Yes Bos

Not bad la novel ni..layan jugala..part part kelakar 2 adalah juga. Novel ni nipis je xsampai pun 500 muka surat, tapi sampai sekarang masih belum habis dibaca..huhuhu

7 Hari Mencintaimu

Mak aii, novel ni tebal giler xsilap aku muka surat dia 1000++..Giler, memang tebal..Entah bilelah boleh habis baca, tapi kalo penulis Siti Rosmizah memang aku suke sangat nak baca novel dia, penulis ni memang pandai membuat pembaca bertukar-tukar emosi bile baca novel dia, novel sebelum ni yang pernah aku baca Andai itu Takdirnya, Cinta Kau Dan Aku dan juga Lafazkanlah Kalimah Cintamu..Memang best sangat-sangat..

P/S: Bile la nak habis semua novel-novel ni, nak beli novel lain plak..huhuhuhu

Friday, August 19, 2011

KAD RAYA

Salam
Selamat  Menyambut Hari Raya Aidilfitri....
Hahahahaha...saja je aku nak ucap awal, mana nak tahu karang xsempat plak, almaklumlah ajal maut ditangan tuhan dan juga menjelang raya ni memang agak sibuk nak buat itu ini.
Waaaa..tahun ni agaknye memang xad sape pun yang nak hantar kad raya kat aku. Ada sape sape nak hantar kad raya  kat aku x?Kalo nak hantar bagitahula, nanti aku kasi alamat...huhuhuhuhu

Kad raya untuk office aku ni memang banyak dapat dari lain-lain agensi..So aku gantung-gantung la kad-kad raya 2 kat dinding baru nampak meriah sikit dan nampaklah suasana raya 2 dah nak dekat....Xsabar plak nak balik kampung nak gantung kad raya lama kat dinding rumah juga.

Petang ni nak kena beli kad raya, sebabnye bos nak balas balik kad-kad raya yang diterima..huhuhuhu..Aku la yang menjadi mangsa untuk membelinya..Tapi seronok juga dapat beli n tengok kad-kad raya yang cantik cantik.....




Thursday, August 18, 2011

ALAHAI TUDUNG...

Salam,
Hari ni dengan penuh semangat nak pakai tudung bunga-bunga colour biru + putih + coklat, baju kain kosong biru gelap..Masukkla juga kan...
Tudung 2 memang dah lawa, tambah-tambah lagi si pemakainya seperti aku..huhuhuhu (naik lif tekan sendiri plak). Memang padan sangatlah. Tudung ni dah lama aku beli, tapai jarang pakai, sebabnye sebabnye macam sekarang ni la..Bile aku pakai je xsampai 1/2 jam pasti muka aku terus jadi bulat, tudung plak herot2,gelembong sana, gelembong sini, menyakitkan hati betul la nak membaikinya. Penatla macam ni, orang posa tau....asyik nak kena baik pulih ko je dari tadi.

Nasib baik la bulat-bulat muka aku ni tapi tetap cute dari pandangan mata aku ni...Korang jangan nak jeles..huhuhuhu

P/S: Malas dah nak membaikinye, lantakla ko nak herot macam mana pun, xkuasa nak layan...Gambar xad ye..kalo ad mesti korang akan gelakkan aku

KISAH GURU DAN ANAK MURID

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.


P/S: Semoga dimudahkan setiap urusan, dubukakan pintu rezeki, diredhai serta dirahmati Allah sentiasa..

Tuesday, August 16, 2011

59 BAYI ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN DI SEKOLAH HARAPAN





Isu-isu pembuangan bayi masa kini makin meningkat dari hari ke hari...sedih kerana manusia yang diberi akal xdapat nak gunakan akal dengan sempurna sehingga tergamak dan berlaku kejam.

P/S :59 bayi luar nikah dilahirkan di Sekolah Harapan...Nak tahu lebih lanjut lihat di SINI

Blog Baru



Monday, August 15, 2011

HATI2 GUNA CYBER CAFE !!

  • Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...

  • Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..

  • Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

  • Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

  • Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.

  • Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

P/S: Aku dapat info ni dari FB,. Pada Sesiapa nak copycat info ni copy ajela...aku xkisah pun

JEWE-JEWE.....

Salam & Selamat berpuasa ke- 15 hari....
Lagi 15 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, mesti sekarang semua orang sibuk nak buat biskut raya, nak siapkan tempahan baju raya, nak cat rumah, nak pergi shopping raya, macam-macam lagila...Xketinggalan juga kawan-kawan yang nak melangsungkan perkahwinan selepas raya ni..

2 hari ni aku bercuti di Kampung housemate aku di Kg Badri, Teluk Intan. Penduduk di kampung 2 majoriti adalah orang Jawa. So, kalo dah majoriti orang jawa, maka diaorang pun cakap jawa la ngan kaum kerabat diaorang. Laju palak 2 diaorang cakap, aku memang sepatah haram xpaham langsung ternganga je dengar. Tapi kalo nak suruh aku cakap banjar memang aku teror. Suasana kampung di sana memang best dan meriah. kalo hari raya lagi meriah la kot, rumah jiran plak dekat-dekat sangat.

Orang-orang Jawa ni memang meriah ngan makanan, macam-macam makanan berbuka yang mak haousemate aku 2 sediakan. Pergh...memang menyelerakan anak tekak aku betul. salah satu makanan yang menarik minat aku adalah 'jewe-jewe'. Korang pernah makan x?

Gambar jewe-jewe

Aku 1st time makan benda ni, rasa pun sedap la juga, nak buatnye senang je, mak housemate aku 2 cakap, kuih ni kuih orang malas..hehehehe..Tapi bagi aku, orang yang memang rajin mcm mak haousemate aku 2 je yang boleh buat, orang yang malas memang xkan buat kuih mcm ni.

P/S: Aku pun ada kampung juga, kampung aku pun meriah ngan orang-orang banjar. Xsabarnya nak balik kampung



Friday, August 12, 2011

Dari Mata Turun Ke Hati....

Salam & selamat petang Jumaat....
Hari ni xbalik ke kampung, kalo x aku la yang paling excited nak balik..Awal awal lagi sebelum kul 5 aku dah cabut dari office (kalo bos aku xad la). So, memandangkan dengan xad kerja langsung hari ini, aku merajinkan diri aku ni nak buat banner blog aku sendiri. So, ini la hasilnya.

Hari ni member housemate ajak tidor umah dia kat kampung, so xadlah aku kebosanan sangat cuti hujung minggu ni..

P/S: Aku belajar buat banner ni kat Sini. Korang pun bolehlah buat kalo nak, xnak sudah..

JUMAAT

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat( Ulang tahun hari lahir aku ni...). Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..

Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn  ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......

P/S: aku jumpa info ni dekat FB...sape-sape nak copy dipersilakan....aku xmarah aihhhh

Thursday, August 11, 2011

Adik Seri Najwa Ferda Binti Hassan Telah Ditemui Oleh Polis

Kecoh beberapa hari ini dengan kehilangan adik Najwa Ferda Binti Hassan  telah pun di temui oleh pihak berkuasa. Nak tahu lebih lanjut baca kat SINI.

AKU NAK MAKAN KO LA HARI NI WAHAI NASI KERABU..!!!!!!!

Gambar-gambar pelakon di atas aku ambil dari blog SINI.

Dah 2 hari mak cik yang berniaga nasi kerabu kat office aku ni tutup kedai..So xdapatla aku nak makan nasi kerabu dia yang sangat sedap 2. Ari ni mintak-mintakla buka. Aku malas la nak pergi bazar, tambahan plak payah sangat nak cari parking kereta bazar kat tempat aku ni...

Sebelum Couple & Selepas Couple..........

SEBLM COUPLE :

Message ringkas al-kisah pasangan bercouple.

L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
P: abg nk tingglkn syg ke?

L: mestilah x? tolong jgn fkir mcm 2. xmungkin trjadi!!

P: abg cintakn sygkan?

L: ye,tiap hari.

P: abg prnh tipu syg x?

L: X! nape syg sllu tnye cm2?

P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?

L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn.

P: abg akn pkul syg?

L: giler ke?abg bkn llaki cm2!

P: bleh ke syg prcyekn abg?

L: yaa!

P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dri bwh ke ats :D

RAHSIA LELAKI

Salam....
Kenapa blogspot ni buat hal pagi-pagi...Adakah dashboard aku sahaja yang x boleh buka?....Ni yang nak marah ni..Kan dah kurangkan pahala puasa aku pagi-pagi ni...
Aku ada terbaca di blog En. Mazidul tentang "Rahsia Lelaki"...Bagi pendapat aku ada kebenaran juga post entry beliau...Nak tahu lebih lanjut baca kat sini.


Saja aku letak gambar mamat handsome ni...mamat ni pernah masuk dalam mimpi aku ni..huhuhuhuhu

Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 8, 2011

I Love You

I


YOU



P/S: Nak masuk contest mata cantikla......eauuuuu.....




Saturday, August 6, 2011

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Wahhhh........
Novel ni best giler.....xrugi aku beli novel ni...memang boleh tangkap leleh habisla bile baca novel ni...
Perwatakan dalam novel ni agak serius sedikit berbanding novel-novel karya Siti Rosmizah yang lain.

Serba sedikit Sinopsis novel ni...

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

Husband aku pun boleh tangkap leleh bile baca novel ni....melebih-lebih plak dari aku...ahhh xkuasa nak layan..

Friday, August 5, 2011

BERBUKA SORANG-SORANG

Hari ni xbalik kampung..
Kena save bajet..huhuhuhu..Tapi hati meronta-ronta nak balik kampung..
Member-member housemate semua pakat balik kampung, pakat nak berbuka ngan family...Jelesnya..
So..aku terpaksa berbuka sorang-sorang hari ni.....sedihnya....

Ni header terbaru aku...huhuhuhu

Ni plak header aku yang lama........

Korang pernah xberbuka pose sorang-sorang...????


~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...