Keseorangan..
Macam ni lah rasanya kalo dah tua nanti. Ditinggalkan berseorangan oleh anak-anak yang mencari rezeki di Kota. Ditambahkan pulak dengan badan yang terbongkok-bongkok dengan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk melakukan sebarang kerja. Hanya duduk, dan baring sahaja saban hari. Itu sahaja yang boleh dilakukan. Makan dan mandi pun hanya mengharapkan belas ehsan dari jiran-jiran yang berhampiran..Mak ai..bosannya hidup macam ni.
Tapi ini adalah realiti kehidupan. Dikala aku keseorangan ini lah yang aku fikirkan..Adakah satu hari nanti aku akan menjadi seperti itu..Aku xnak melalui usia tua ku seperti itu. Aku xnak...Tapi kalo dah takdir untuk aku seperti itu.......
Dikala aku keseorangan diwaktu malam. Ianya amat sunyi, hanya kedengaran bunyi cicak yang sedang berkejaran untuk memadu asmara, cengkerik-cengkerik yang xserik-serik mengeluarkan bunyinya, kadang-kadang amat merimaskan antena pendengaran aku untuk menghayati sebuah novel berjudul "Lagenda Budak Setan". Sedangakan orang lain diluar sana sedang seronok dengan family masing-masing, menonton tv berbagai channel, makan malam beramai-ramai dan berbagai aktiviti dilakukan tanpa keseorangan..Aku jeles tau....waaaaa
Malam berganti siang. Aku masih lagi keseorangan. Kemana sahaja pasti keseorangan. Semuanya sibuk dengan kerja masing-masing, walhal hari ini cuti...Berbloger pun keseorangan juga, tanpa ada pengunjung yang sudi datang untuk menjenguk blog aku yang makin usang ini. Tahulah blog ni dah dipenuhi dengan sawang yang beinci-inci, nak masuk pun pasti menyeramkan macam rumah yang dah ditinggalkan bertahun-tahun lamanya.
Aduh keseorangan lagi...

No comments:
Post a Comment