Monday, March 21, 2011

CINTA 3 SUKU


Xsabarnya nak pergi kedai buku......xsabar nak baca novel ni....tajuk macm kelakar...mesti best ni...
Novel ni ad budak cute blogger yang cadangkan utk aku baca....so..balik ni mesti terus p kedai buku....
Alahi jam lambatnye pukul 5..xsabar nak balik dah ni......

BIARLAH YM BERBICARA- HANNI RAMSUL


Kelakar nya baca novel ni..Rasanye inilah 1st novel yang membuatkan aku tergelak x henti-henti....memang best baca novel ni...ayat-ayat dalam novel ni pun sempoi sgt....

Dapatkan novel ni di kedai2 buku yang berhampiran.....


Monday, March 14, 2011

AKU XPUAS HATI!!!!!!

Memang aku xpuas hati dengan ko!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ko 2 pandai cakap je pon......Macam la bagus sangat....

Aku betul2 betul terkilan dengan apa yang koarang dah buat kat aku.....Time susah aku la yang korang cari....

Memang ramai yang xpuas hati ngan ko...bukan aku sahaja....Lain kali kalo nak buat keja 2 biarlah semua orang rasa puas hati....Ini tidak ko pentingkan diri ko je.....

Aku tahu sekarang ko dah jadi orang kepercayaan kepada orang 2...Tapi kami janganla ko nak abaikan.....Aku memang xpuas hati ngan ko...Ko tau tak!!!!!!!!

Kalo ini la balasan yang aku dapat...aku xkan tolong apa2 dah korang semua...Apa2 hal korang settle la sendiri masalah korang..

Mulai saat ini aku xmahu ambil tau dah korang punya hal.....Aku nak tengok sejauh mana korang boleh melangkah.....

p/s: Jangan nak pentingkan diri sendiri....


Thursday, March 10, 2011

BUTIK PENGANTIN..........................

Ala-ala baju yang telah aku boxing..........hehehehehehehe..karang xsuprise plak kan...lantakla......

Ramai yang cakap kalo nak masuk butik pengantin muka kena manis....xlawa pun xpa....asalkan suke senyum n xsombong..kalo sombong depa akan cas lebih...kita xjadi boxing pun diaorang xkisah....betul ke....????????

Betul la kot...Sebabnya mulut2 diaorang yang kerja kat butik ni memang laser kebanyakannya...Tapi xkisahla e2 diaorang punye pasal...asalkan aku dapat yang murah & terbaik...maklumlah nak kahwin sekali je seumur hidup..mestilah nak yang meletup.....

Kite kalo dah masuk satu butik ni mesti kena peramah supaya diaorang suke nak layan...terbalik plak kan...Customer plak yang kena ambil hati tuan punye butik...ish2....kalo x??????apa yang kita nak diaorang xkan nak layan......Macam 2 plak.....

Tunang aku pesan sebelum masuk butik yang kami pilih...muka kena manis....so..aku buat2la peramah..walhal aku memang xperamah pun rasa macam hipokrit plak...

Lastly butik 2 pun kasi pakejt untuk kami seperti berikut:-

  • Pelamin 2 set
  • Bilik Tidor 2 set
  • Meja Makan 2 set
  • Baju 6 pasang
  • Make-up 3 x
  • Pintu gerbang 2 set
  • Bantal Sila
  • inai Lukis
  • Payung
  • Meja kek 2 set
  • Bunga telur - 50 Cucuk 2 set

Harga RM 3000.00

Tak sia-sia aku buat muka peramah...memang murah giler........pakej yang sebegini diaorang akan kasi kat orang yang peramah sahaja.....orang yang berlagak sombong diaorang xkan layan......


p/s : so sentiasa meramah kan diri anda....Jgan sombong kite jugak yang rugi...



NAK JADI JURUTERBANG

FAKTA: Latihan penerbangan di APFT
  • Pelatih dikenakan yuran pengajian RM190,000 merangkumi semua kelengkapan sepanjang pembelajaran, termasuk yuran semester, pakaian, tempat tinggal dan makanan di samping buku rujukan.
  • Pelatih didedahkan kepada lima subjek asas memandu pesawat bagi memastikan mereka melepasi beberapa peperiksaan sukar sebelum layak mendapat lesen juruterbang yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
  • Antara mata pelajaran itu adalah meteorologi dan navigation, yang menjadi nadi penting juruterbang, selain mempelajari kemahiran mengendali set perhubungan.
  • Sepanjang 15 bulan pengajian dengan 165 jam latihan memandu pesawat satu enjin dan 35 jam mengendali pesawat dua enjin, pelatih perlu membuktikan mereka mampu menjadi juruterbang yang cekap dan berdisiplin.
  • Setiap pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh pengajian dengan sekurang-kurangnya 42 jam hingga 45 jam latihan penerbangan sebelum layak mendapatkan Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) yang dikeluarkan DCA.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya

  1. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani
  2. Boleh berkomunikasi dengan baik
  3. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  4. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik
  5. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
  6. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental
  7. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
  8. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
  9. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama

Syarat mengikuti latihan

Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Tempat mengikuti latihan

Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.

Syarat mengikuti latihan

Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

Rasa macam nak apply la....memang dari kecik dulu minat juga nak jadi Pilot...tapi dah tersasar ke lain.....


Wednesday, March 2, 2011

KAU YANG SATU

Masa waktu lunch tadi memang ada niat nak pergi kedai buku kat pekan Tapah 2.....sebabnya dah bosan sangat... dan pulak gian nk baca novel je sejak 2 menjak ni....hehehehehe....

Sebenarnya dah teringin sangat nak baca novel ' Biarkan YM berbicara ' karya Hanni Ramsul terbitan kaki Novel....Banyak yang cakap novel ni seronok sangat dan enjoyla....dan novel satu lagi novel ' Coke And Sundae ' karya Ilya Abdullah terbitan kaki Novel juga...

Cari punya cari kedua-dua novel 2 xad...ish......tanya kat tuan punye kedai...dia cakap novel 2 xsampai lagi kat kedai dia...frust betulla..esok katanya baru sampai....

Alang-alang dah sampai kat kedai 2 beli aje la novel lain...Nak tau beli novel ap jeng2..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Inilah Novelnya...walaupun novel ni dah lama..tapi aku xbaca lagi...tinggal satu je stok kat kedai 2...so aku ambik aje la...
Novel 'Kau Yang Satu' karya Nia Azalea

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...