Tuesday, January 25, 2011

Awas!!: Perhatian Kepada Semua Yang Bernama Wanita

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil 'mencuci' yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian 'mencuci' mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk'mencuci'haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,

sebagai dadah 'Dating' dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan 'mencuci' agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.


Wednesday, January 19, 2011

FAKTA CICAK


Cicak atau cecak ini adalah binatang reptil yang biasa merayap di pohon atau di dinding rumah/bangunan.

...Kalau di rumah, cicak ini merayap di langit-langit (siling rumah), di kornis ataupun bersembunyi di belakang bingkai gambar!

Cicak-cicak ini mampu melekat di tempat menegak kerana di kakinya terdapat bulu-bulu halus menahan daya graviti sehingga cicak tidak jatuh ke bawah.

Cicak-cicak ini membuang kotorannya merata tempat. Terutama di kawasan lampu gantung. Tahi-tahinya bertaburan di bawah ataupun di belakang bingkai gambar!...(kalau boleh sediakan jamban untuknya).hihi

Sedangkan semua tahi/najis haiwan dan manusia cuma satu warna, si cicak-cicak ini mempunyai dua warna. Hitam dan ditop-up dengan warna putih, macam eskrim!...yumm

Pernahkah anda bertanya kenapa tahi cicak berwarna hitam dan putih! Sila beri komen anda...!!!

Haiwan reptil ini hanya mempunyai satu saluran untuk buang najis dan air kencing, berbeza dengan manusia yang mempunyai dua saluran. Saluran itu mempunyai 3 fungsi (3 in 1) Untuk membuang najis, air kencing dan hubungan intim!

Ohya ada satu lagi kebiasaan cicak, suka ngintip di bilik mandi. Gemar melihat orang mandi... Hehehe...!

Tumbuhan yang sesuai > pokok duit "money plant". Mudah dijaga. Petik dan rendam dalam bekas. Air diganti setiap dua atau tiga hari, Tanpa gunakan tanah.

Peranan tumbuhan di dalam bilik mandi, pertama sebagai hiasan yang enak mata memandang kehijauannya. Tumbuhan hijau merupakan terapi yang dapat mententeramkan fikiran.

Peranan kedua merupakan sumber oksijen yang membersihkan karbon dioksaid yang bersumber daripada bahan-bahan yang dikeluarkan daripada tubuh badan kita yang baunya seakan #@)&*%%$#?

Antara pasir dan batu...

Pertama kali aku menceritakan kisah ini semasa mesyuarat MUSCOM(musolla commitee), sewaktu itu aku sedang berkonflik dengan seseorang, tetapi Alhamdulillah, setelah itu hubungan kami kembali mesra…Inilah kisahnya…
Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Mior dan Megat na...maya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain.
Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:
“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menampar Pipiku”

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkanlah oleh Mior.
Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:
“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menyelamatkan Nyawaku”
Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya , “Kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?”.

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar ‘angin kemaafaan’ akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas ‘batu hati’ kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.
Sahabat-sahabatku sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!

SALAM KEMAAFAN...^_^


Tuesday, January 18, 2011

NASI KERABU


Tiap-tiap pagi duk makan nasi kerabu je sekarang ni......hehehehehe
Sedap sangat2......yang mana xpernah makan 2 try la makan ye....



Saje Suka-suka


My Family...Abah, emak, adam, aein, amat, akhma, alif n Tasya.....



Abah n emak...luv u all so much.....


Me....lalalalala



KOD EMULSIFIER IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI

Salam...

Ini adalah kod yg sy dpt dr seorg kawan melalui e_mail berkaitan kod lemak Khinzir. Sumber diperolehi dr Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP):

1 - E100. 2 - E110. 3 - E120. 4 - E140. 5 - E141. 6 - E153. 7 - E160. 8 - E161. 9 - E210. 10 - E213. 11 - E214. 12 - E216. 13 - E234. 14 - E252. 15 - E270. 16 - E280. 17... - E300. 18 - E301. 19 - E325. 20 - E326. 21 - E327. 22 - E334. 23 - E335. 24 -E336. 25 - E337. 26 - E422. 27 - E430. 28 - E431. 29 - E432. 30 - E433. 31 - E434. 32 - E435. 33 - E436. 34 - E440. 35 - E441. 36 - E470. 37 - E471. 38 - E472. 39 - E473. 40 - E474. 41 - E475. 42 - E476. 43 - E477. 44 - E478. 45 - E481. 46 - E482. 47 - E483. 48 - E491. 49 - E492. 50 - E493. 51 - E494. 52 - E495. 53 - E542. 54 - E570. 55 - E572. 56 - E631. 57 - E635. 58 - E904. 59 - E920.....

Inilah kod2 EMULSIFIER bg lemak khinzir utk mengelakkan anda termakan.. simpan pd Handphone @ wallet utk refer masa membeli belah..

Harap Maklum..


Monday, January 17, 2011

Pendayung Sampan Dan Professor

Suatu hari seorang profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan.Pendayung itu merupakan lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia lakukan.

Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata “Hmm..tak lama hujan lebat akan turun..”

“OK semua sudah siap mari kita balik.” Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan.

“Dah lama kamu mendayung sampan?” Tanya Profesor kepada pendayung sampan. “Hmm..hampir seumur hidupku,” jawab si pendayung ringkas.

“Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak tahu apa-apa selain mendayung sampan?” tanya Profesor itu lagi.

“Ya..”jawab pendayung sampan dengan ringkas.

Profesor belum berpuas hati dengan jawapan pendayung tua itu. “Kamu tahu Geografi?” Si pendayung menggeleng..

“Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu.”
“Kamu tahu Biologi?”tanya Profesor itu lagi. Pendayung sampan itu menggeleng lagi.

“Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu.”

“Kamu tahu Fizik?” Profesor itu masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.

“Sungguh kasihan kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu.Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu. Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada gunanya lagi,” Profesor itu mengejek danberkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat. Pendayung sampan hanya mendiamkan diri.

Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Profesor hanya menggeleng.

“Sayang sekali kamu telah kehilangan 100% nyawa kamu.” Kata pendayung itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor yang angkuh tadi.

FAKTA MENARIK HAIWAN

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.
7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.
15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.
19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.
20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri..

Wednesday, January 12, 2011

Kelakar Peminat Tiru Gaya Misha Omar



Tengokla...kelakar la...nk pecah perut aku tengok video ni...
Tapi memang bestla.....
Layannnnnnnnnnnnnn.......hahahahahahhaha

Kisah Serangga dan Labah-Labah Tarantula...

Ada seekor labah-labah Tarantula berketurunan Hogna Carolinensis hidup dengan gembiranya di sebuah ladang Jagung tajaan MARDI. Labah-labah Tarantula ini membina sarang yang besar dan cantik di antara pucuk-pucuk jagung yang tumbuh. Semakin hari labah-labah Tarantula ini semakin gemuk dan sihat dengan memakan serangga-serangga yang terperangkap di dalam sarangnya. Labah-labah Tarantula telah membuat keputusan untuk tinggal di situ selama-lamanya.

Pada suatu hari, ada seekor serangga kecil terperangkap di dalam sarang labah-labah Tarantula tersebut. Dengan gembiranya labah-labah Tarantula tersebut mendekati serangga kecil tersebut untuk memakannya. “Jika kamu lepaskan aku Wahai Si Labah-labah Tarantula… aku akan beritahu kamu suatu perkara yang boleh menyelamatkan dirimu selama-lamanya”, kata serangga kecil itu dengan ketakutan. Labah-labah Tarantula itu berhenti dan bersedia untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh serangga kecil itu. “Lebih baik kamu berpindah dari ladang jagung ini!, Musim menuai sudah hampir tiba…”, kata serangga kecil itu.

“Hahahahahha… Apa ke bendalah kau ni merepek pasal musim menuai pulak ni… Ini mesti kau reka-reka cerita je…”, kata labah-labah Tarantula itu. “Tidak, aku tidak merepek… Pemilik ladang jagung ini akan datang tidak lama lagi untuk menuai jagung-jagung yang sudah masak ranum ini, kamu akan mati nanti jika kamu terkena mesin penuai jagung tu!!”, kata serangga kecil dengan semangatnya.

“Haahahahhaa… merepek…merepek… kau ada bukti ke? Aku tak percaya langsung pasal musim menuai dan mesin penuai jagung tu…”, tanya labah-labah Tarantula itu. Maka jawab serangga kecil itu, “Lihatlah bagaimana jagung-jagung itu ditanam di dalam barisan yang teratur… Lihatlah bagaimana jagung-jagung itu tumbuh subur hasil daripada baja-baja yang ditabur… Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa ladang ini dimiliki dan dijaga oleh manusia yang bijak!!!”.

“Hahahahahh…. lawak sungguh kata-kata kau ni… jagung-jagung ni tumbuh dengan sendirinya… mana ada pemilik ke… penjaga ke… itu semua karut… merepeklah kau ni… oleh kerana perut aku ini pun dah lapar, maka….”, dengan rakusnya labah-labah Tarantula itu memamah serangga kecil itu. “Kau akan menyesal!!!”, itulah kata-kata terakhir daripada serangga kecil itu.

Beberapa hari kemudian, kata-kata serangga kecil itu masih terngiang-ngiang di telinga labah-labah Tarantula itu (labah-labah ada telinga ke? Hehehehh), tetapi labah-labah Tarantula tetap berfikiran bahawa kata-kata serangga kecil itu dusta belaka. “Aku dah berada kat sini sejak jagung-jagung ni baru membesar sedikit, hidup aku gembira kat sini… takde sape nak kacau.. makanan pun senang dapat… tempat ini akan selama-lamanya macam ni.. cantik dan tenang sentiasa.. aku suka tempat ini!!!”, kata labah-labah Tarantula itu kepada diri sendiri.

Keesokkan harinya, seperti biasa matahari bersinar dengan teriknya, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, berjalan-jalan labah-labah Tarantula itu disarangnya sambil menunggu kalau-kalau ada serangga yang terperangkap.
Tiba-tiba… langit menjadi berdebu, ada suara yang sungguh kuat dan menggerunkan. Labah-labah Tarantula terkebil-kebil melihat peristiwa itu dan berkata, “Apakah??”. Tamat.

Saudara-saudari sekalian… kita telah diberi peringatan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kita telah diberi peringatan bahawa kiamat itu semakin dekat! Segala yang kita ada di dunia ini adalah fana belaka dan hanyalah Allah s.w.t yang Maha Hidup dan Maha Kekal Selama-lamanya.

Bertaubatlah…

Bertaubatlah…

Bertaubatlah…

Mohonlah keampunan Tuhanmu…

Tuesday, January 11, 2011

Isteriku Liza

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG

Kisah Anak Singa

Kisahnya
Pada satu ketika, ada 2 ekor anak singa yang kematian ibu bapanya. Oleh sebab tak ada ibu bapa sebagai penjaga, anak-anak singa ini pun berkeliaran tanpa arah tujuan. Mereka merayau-rayau hinggalah ke sebuah padang rumput yang luas dan menghijau. Di padang rumput itu, mereka nampak sekumpulan kambing biri-biri yang hidup aman dan bahagia. "bagus nih", fikir anak-anak singa tersebut. Maka, mereka pun mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama kumpulan kambing biri-biri itu.
Beberapa tahun berlalu, anak-anak singa tersebut pun dah besar. Pada satu hari, seekor singa dewasa datang ke padang rumput itu. Ia cukup girang melihat bilangan kambing biri-biri yang gemuk-gemuk belaka. Ia pun mula berlari ke arah kumpulan kambing biri-biri tersebut, dengan niat nak membaham sebanyak mana yang boleh. Tiba-tiba lariannya terhenti. Pandangannya tertumpu pada 2 ekor anak singa tadi. Selepas memerhatikan gelagat anak-anak singa itu, ia jadi berang!
Warghhh! Singa dewasa itu mengaum lalu bertempik ke arah 2 ekor anak singa itu. Singa dewasa berkata, "mari ikut aku ke sungai berhampiran!!!"
Sampai saja di sungai, si singa dewasa mengarahkan anak-anak singa untuk melihat ke dalam air. Maka, berlakulah dialog di bawah antara mereka (selepas dialih bahasa ke bahasa melayu);

singa dewasa: lihat lah ke dalam air sungai. apa yang kamu nampak?

anak singa 1: kami nampak singa.

anak singa 2: ya, singa.

anak singa 1: kami kan singa, mestilah kami nampak reflection singa.

anak singa 2: ya ya. kami singa!

singa dewasa: kamu panggil diri kamu singa???!!!

Persoalan
Tahukah kawan-kawan mengapa singa dewasa ini begitu berang sekali? Sebenarnya begini; singa dewasa ini nampak anak singa berdua ini begitu gembira bermain-main dengan kambing biri-biri di padang tadi. bukan itu saja, mereka (anak-anak singa) ini makan rumput! Lebih memeranjatkan, ngauman mereka bukan ngauman seekor singa. Ngauman mereka berbunyi embekan kambing biri-biri. Dalam kata lain, mereka mengembek!

Jawapan
Anak-anak singa tadi begitu selesa hidup bersama kumpulan kambing biri-biri itu, hingga terlupa identiti dirinya; makan rumput dan mengembek. Singa dewasa sangat marah kerana ia rasakan anak-anak singa tersebut dah lupa "tugas" mereka sebagai singa.
Mereka lupa bahawa mereka adalah karnivor.
Mereka lupa mereka adalah pengguna teratas dalam rantaian makanan.
Mereka sepatutnya makan kambing biri-biri itu, bukan rumput!
Mereka sepatutnya mengaum, bukan mengembek!
Sungguh, telah jatuh sejatuh-jatuhnya maruah anak-anak singa tadi kerana tidak hidup dengan tujuan asalnya diciptakan.

Pengajaran
Cuba kawan-kawan gantikan senario anak-anak singa tadi kepada senario kehidupan manusia. Manusia yang terlupa akan tujuannya diciptakan, tak ubah seperti anak-anak singa tadi.
Mengaku manusia, tapi tak kenal identiti sendiri.
Mengaku manusia, tapi tak kenal tugas sebagai manusia. Seperti anak-anak singa tadi, jatuhlah martabat sebagai manusia andainya tak hidup dengan tujuan asal diciptakan.

Mari kita rujuk manual yang Allah turunkan;
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat: 56]

Nah. Bagi yang terlupa, inilah peringatannya. Bagi yang tak kenal tugas sebagai manusia, inilah panduannya. Tidaklah kita hidup di dunia ini melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Ayuh, kembalikan identiti kita. Jangan sampai jadi seperti anak-anak singa tadi. Nauzubillahi min zaalik.

Semoga menjadi "singa" yang gagah perkasa.

Perkongsian dari saorang saudara yg mempertahankan martabat atau maruah manusia...
Posted by Anak Singa...ngauuuuuummmmmmmmbek^_^'

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...