Wednesday, September 29, 2010
petua TENTANG CINTA[LOVE]...kih...kih...kih...
Namun ada yg jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita dan kita pun tak keberatan utk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda, berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yg dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian utk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia utk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber… itu saja.
Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin. Atau dia yg dah berkahwin dan punya anak! Lagi teruk jika dia memang tak sesuai utk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening! Dia asyik melayangkan e-mails yg merayu-rayu dan cuba pelbagai cara utk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan utk menjauhinya. Ada pula yg baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal! Di sini di ajarkan 50 cara utk menghapuskan teman on-line yg ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yg pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat.. Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita.. begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !
50 cara tersebut:
1. Jangan respon.
2. Jadi seorang yg menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yg mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yg spesifik pada dirinya yg tak sesuai dengan kita. Contohnya, “Saya tak keluar dengan org yg dah ada anak” , “Saya tak selesa berhubungan dengan duda” atau “Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!”
6. Beritahu perkara sebenar.
7. “Let’s just be friends.”
8. “Terima kasih atas mesej awak. But, I am not available at present. Hope you find your real mate soon.”
9. “Saya dah berkawan dengan ramai orang.. jadi terima kasih sajalah..”
10. “Saya betul-betul tak berminat, terima kasih.”
11. “Awak tak memenuhi citarasa saya.”
12. “Maaf.. saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia utk memulakan hubungan baru.”
13. “Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya.”
14. “Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal2 cinta.. but it was nice to meet you.”
15. “Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yg istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yg boleh awak menjalin hubungan.
16. “Seronok berjumpa awak.. tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa. Semoga awak berjaya mencari teman di Internet”
17. “Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini..”
18. “Saya yakin awak seorang yg baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti”
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan ” Saya sudah ada menjalin hubungan dgn seseorang yg saya kenal sebelum awak… jadi maaf ya!”
20. “Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dgn sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak utk mencari teman lain yg sesuai”
21. “Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dgn beberapa orang dan tak ada masa utk seorang lagi.”
22. “Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita. Terima kasih.”
23. “Saya dah berjumpa orang lain.”
24. “Saya bukan perempuan normal”
25. “Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yg tinggi.”
26. “Saya akan ke luar daerah utk jangka waktu yg lama”
27. “Terima kasih.. tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet.”
28. “Saya dah kahwin.”
29. “Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia.. Hubungan ini tak akan menjadi!”
30. “Saya tak berminat utk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan laa dan tengok apa yg akan berlaku.”
31. “Saya mencari seseorang yg lebih tua”
32. “Saya mencari seseorang yg lebih muda.”
33. “Terima kasih tapi terima kasih sajalah…. Good luck.”
34. Utk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti mereka tak akan suka seperti “Saya ni pemalas dan tak pandai memasak. Kat rumah semua mak buat.” Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!
37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.
38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka utk bertemu dgn baik.
40. Bila dia ajak chat.. dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam. Jadi, tak boleh nak chat!
42. ” Oh.. saya tak sangka awak menaruh minat pada saya.. tapi saya mencari seseorang yg sedikit berbeza..”
43. “Maaf… saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!”
44. Bila dia mula cakap merapu.. soal cinta.. perasaan dan sebagainya.. buat tak layan saja! Cakap topik lain.
45. “I’m sorry, you seem like a really nice person, but I’m not interested.”
46. “Maaf.. hubungan kita pasti tak akan menjadi.. Saya ada firasat yg kuat. Saya beritahu awal2 kerana tak mahu awak terus mengharap.. Carilah orang lain.
47. “Tak berminat.. terima kasih. Harap awak tak tanya lagi!
48. “Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin.”
49. “Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!
50. “Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!”
Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja. Ambil mana yg baik dan buang mana yg buruk. Pasti anda punya cara tersendiri utk menolak cinta di Internet!
Tuesday, September 28, 2010
yg MANAKAH ANGGOTA ANDA
DAHI
Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.
Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.
TELINGA
Telinga anda jabing?
Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.
Telinga anda runcing?
Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.
CUPING TELINGA
Kerut tegak di cuping telinga anda?Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.
Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.
BULU KENING
Bulu kening anda bertemu di tengah?Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.
Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.
MATA
Mata anda berdekatan satu sama lain?
Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.
Mata anda berjauhan satu sama lain?
Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.
Mata anda ke dalam?
Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.
Mata anda tersembul?
Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.
HIDUNG
Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?
Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.
Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?
Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.
MULUT
Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?
Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.
Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?
Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.
GIGI
Berada ruangan di antara gigi depan anda?
Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.
Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?
Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.
DAGU
Dagu anda runcing?
Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.
Dagu anda lemah?
Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.
TAHI LALAT
Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.
Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.
Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.
Di tepi rambut: Kekayaan.
Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.
Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.
Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.
Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.
Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.
Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.
:::KANTOIII...MALUNYAAA:::
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Moral:Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Thursday, September 23, 2010
Ibuku seorang pembohong
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
Coretan : Black Tiger
Tuesday, September 7, 2010
KORANG PERNAH X NAIK MOTOR HARLEY DAVIDSON
Tiba-tiba ad seorang pemuda penunggang mote Harley Davidson memotong kereta mereka smbil menjerit,
"Woi! korang pernah ke bawak motor Harley Davidson?"
Selesai berkata-kata penunggang motor itu terus meluncur dgn laju meninggalkan kereta pemuda itu jauh di belakang.
"Ceh, berlagak betul mamat tu. Jom kita kejar dia." Kata pemuda Adgn marahnya.
"Jom! Tangan aku ni dh lama x pukul org ni, terutamanya org y berlagak." Balaspemuda B pulak.
Seraya itu kedua-dua org pemuda itu terus mengejar penunggang motor harley Davidson y berlagak td. Xsampai 5 minit mereka bertemu kembali dengan Motor Harley davidson itu. Br sahaja kereta mereka menyaingi motor tersebut penunggang motor itu mengulangi ayatnya sekali lagi,
"Korang pernah ke naik Motor Harley Davidson?"
Xsempat kedua-dua pemuda berbuat ap2, motor Harley Davidson itu meluncur dgn lebih laju lagi.
"Berlagaknya! xpe. aku harap dia accident kat depan 2 karang!' Kata pemuda B
Lebih kurang 2 minit perjalanan, Tiba-tiba mereka ternampak motor Harley Davidson itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Mereka ingin membantu walaupun hati masih sakit dgn tndakan penunggang motorsikal itu tadi. Tambahan pulak tiada siapa yang berhenti.
sesampai mereka di tempat kejadian, penunggang motor itu berkata (dlm nada menahan sakit),
"Korang pernah ke bawak motor harley Davidson?"
"Hei, y kau ni nk berlagak sgt ni ap hal? dh luka jatuh mcm ni pun masih nk tunjuk handal!" Marah pemuda A.
"Kenapa awk ckp mcm 2? sy cuma nk tahu kalau-kalu ak pernah bawak motor harley Davidson...Boleh jugak awk bg tau sy brek motor ni kat mana."
Wednesday, September 1, 2010
Serahkan pada yang diatas...
Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.
Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..
Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"
Soalan Licik, Jawapan Cerdik....
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?Abu: 9Pengetua: Apa 6 x 6?Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.
UNTUK SI PEMAKAI CINCIN
sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK
RESIPI KARIPAP CINTA
>1 botol hati gembira...
>2 cawan tolak ansur...
>5 keping kehormatan, secubit rasa rindu...
>3 batang tanggungjawab dipotong halus...
>3 bekas cita-cita...
>10 guni kejujuran(diayak untk mmbuang kata dusta)
Ramuan diadun dengan IMANilmu dan akal masukkan dalam kuali persahabatan,
tunggu sehingga masak.
setelah masak,
hidangkan bersama yang tersayang...
~ SAMBAL HITAM LAGI ~
Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...
-
Assalammualaikum Makan Shellout di Badkitchen memang tak akan mengecewakan, sentiasa padu rasanya. Ada 3 jenis pilihan rasa shellout di Badk...
-
Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...
-
Assalammualaikum Hari ini awak dan suami plan nak balik kampung, sambil tu nak pergi ziarah kubur arwah MIL & FIL. Malam tadi awak dah w...