Thursday, August 26, 2010

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan
mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak
saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor
Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,
makan dan minum
dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang
paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.
Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina
khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu
tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan,
belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong
Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh
Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia
,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama
1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah
Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah
bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong
Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah
bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama
2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram
dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya
terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk
Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak
mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju
putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya
dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan
disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang
dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,
tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah
Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja
RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,
Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di
Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji
Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah
yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya
untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar
RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta
kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana
tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,
accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau
sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga
matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri
Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah
penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke
Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan
bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat
3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah
masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah
dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka
perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,
Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas
padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi
padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang
menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat
dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah
Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah
dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,
sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah
hu Akbar'......maha suci Allah.

Wednesday, August 25, 2010

paderi melayu

PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI Subject: FW: PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.

"::CUKUPLAH WAHAI NAFSU::"

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..

Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..

Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!

Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya..

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan

Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?

Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kan-kucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?

Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..

Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)

Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..

Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..

pabila ANJING DAN LEMBU BERTEMU...

KISAH ANJING DAN LEMBU yg mENGUMPAT

Anjing berbual-bual dengan Lembu ;
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "
hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis
!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak sertu dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di sertuh...

NASIHAT PENDEK

"Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya...

ketahuilah...!!!

Perkataan "BYE" merupakan

jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah... forwardkan mesej ini..""

Perkongsian dari yg bernafas...

Monday, August 23, 2010

berkaitan maruah"KISAH ANAK SINGA"

Kisahnya Pada satu ketika, ada 2 ekor anak singa yang kematian ibu bapanya. Oleh sebab tak ada ibu bapa sebagai penjaga, anak-anak singa ini pun berkeliaran tanpa arah tujuan. Mereka merayau-rayau hinggalah ke sebuah padang rumput yang luas dan menghijau. Di padang rumput itu, mereka nampak sekumpulan kambing biri-biri yang hidup aman dan bahagia. "bagus nih", fikir anak-anak singa tersebut. Maka, mereka pun mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama kumpulan kambing biri-biri itu. Beberapa tahun berlalu, anak-anak singa tersebut pun dah besar. Pada satu hari, seekor singa dewasa datang ke padang rumput itu. Ia cukup girang melihat bilangan kambing biri-biri yang gemuk-gemuk belaka. Ia pun mula berlari ke arah kumpulan kambing biri-biri tersebut, dengan niat nak membaham sebanyak mana yang boleh. Tiba-tiba lariannya terhenti. Pandangannya tertumpu pada 2 ekor anak singa tadi. Selepas memerhatikan gelagat anak-anak singa itu, ia jadi berang! Warghhh! Singa dewasa itu mengaum lalu bertempik ke arah 2 ekor anak singa itu. Singa dewasa berkata, "mari ikut aku ke sungai berhampiran!!!" Sampai saja di sungai, si singa dewasa mengarahkan anak-anak singa untuk melihat ke dalam air. Maka, berlakulah dialog di bawah antara mereka (selepas dialih bahasa ke bahasa melayu); singa dewasa: lihat lah ke dalam air sungai. apa yang kamu nampak? anak singa 1: kami nampak singa. anak singa 2: ya, singa. anak singa 1: kami kan singa, mestilah kami nampak reflection singa. anak singa 2: ya ya. kami singa! singa dewasa: kamu panggil diri kamu singa???!!! Persoalan Tahukah kawan-kawan mengapa singa dewasa ini begitu berang sekali? Sebenarnya begini; singa dewasa ini nampak anak singa berdua ini begitu gembira bermain-main dengan kambing biri-biri di padang tadi. bukan itu saja, mereka (anak-anak singa) ini makan rumput! Lebih memeranjatkan, ngauman mereka bukan ngauman seekor singa. Ngauman mereka berbunyi embekan kambing biri-biri. Dalam kata lain, mereka mengembek! Jawapan Anak-anak singa tadi begitu selesa hidup bersama kumpulan kambing biri-biri itu, hingga terlupa identiti dirinya; makan rumput dan mengembek. Singa dewasa sangat marah kerana ia rasakan anak-anak singa tersebut dah lupa "tugas" mereka sebagai singa. Mereka lupa bahawa mereka adalah karnivor. Mereka lupa mereka adalah pengguna teratas dalam rantaian makanan. Mereka sepatutnya makan kambing biri-biri itu, bukan rumput! Mereka sepatutnya mengaum, bukan mengembek! Sungguh, telah jatuh sejatuh-jatuhnya maruah anak-anak singa tadi kerana tidak hidup dengan tujuan asalnya diciptakan. Pengajaran Cuba kawan-kawan gantikan senario anak-anak singa tadi kepada senario kehidupan manusia. Manusia yang terlupa akan tujuannya diciptakan, tak ubah seperti anak-anak singa tadi. Mengaku manusia, tapi tak kenal identiti sendiri. Mengaku manusia, tapi tak kenal tugas sebagai manusia. Seperti anak-anak singa tadi, jatuhlah martabat sebagai manusia andainya tak hidup dengan tujuan asal diciptakan. Mari kita rujuk manual yang Allah turunkan; "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat: 56] Nah. Bagi yang terlupa, inilah peringatannya. Bagi yang tak kenal tugas sebagai manusia, inilah panduannya. Tidaklah kita hidup di dunia ini melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Ayuh, kembalikan identiti kita. Jangan sampai jadi seperti anak-anak singa tadi. Nauzubillahi min zaalik. Semoga menjadi "singa" yang gagah perkasa.Perkongsian dari saorang saudara yg mempertahankan martabat atau maruah manusia...

Saturday, August 21, 2010

MENAGISLAH KAMU YG HIDUP MEWAH...'''...

Menangislah Kamu Yang Hidup Senang dan bilakah kali terakhir anda menangis...

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya
berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa
anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya
kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru
kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi,
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yanghantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo
beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!" Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalaupun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasa
bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Kalau hidup kita susah, hidup orang lagi susah.
-X-

Friday, August 20, 2010

...BIJAK...PANDAI atau CERDIK...

kisAH Si kurang akal...

Pada era 50-an dahulu, terdapat seorang jutawan yang memiliki segala kemewahan. Daripada rumah besar, kilang-kilang, ladang-ladang sehinggalah ke syarikat-syarikat korporat, semuanya dimiliki oleh jutawan tersebut. Jutawan tersebut mempunyai seorang anak lelaki yang kurang sikit akalnya dalam menilai sesuatu. Orang memanggilnya sebagai ‘Si Kurang Akal’.

Pada suatu hari, jutawan tersebut menyuruh anak lelakinya membancuh secawan Cappuccino. Anak lelakinya dengan taat dan patuh melaksanakan suruhan ayahnya tersebut. Selepas seketika, anak lelakinya membawa secawan Cappucino panas dan memberikan kepada ayahnya si jutawan itu. Ayahnya menghirup sedikit sekadar untuk merasa, ternyata jutawan itu terkejut apabila Cappucino yang dihirupnya itu terasa lemak berkrim. Maka bertanyalah jutawan tersebut kepada anak lelakinya, “Sedap betul Cappucino ini, apa rahsianya?”.

Sambil tersenyum dengan penuh keyakinan, anak lelakinya menjawab, “Tadi masa saya kebelakang rumah untuk mengambil kayu api… saya dapati kayu api basah. Sebagai penyelesaian alternatif, saya ambil duit kertas ayah di dalam peti besi sebagai bahan bakar”. Bagaikan hendak tercabut jantung jutawan tersebut apabila mendengar kata-kata anak lelakinya itu. Cappucino yang terasa lemak berkrim di permulaan, kini menjadi pahit menekak dan hilang segala kenikmatannya.

Sahabat-sahabatku sekalian, tentu terlintas di fikiran kita bahawa betapa ‘kurang akal’nya anak jutawan tersebut kerana sanggup membakar duit kertas demi secawan Cappucino. Tetapi pada realiti hidup kita hari ini, sebahagian besar daripada kita saling tak tumpah seperti budak ‘Si Kurang Akal’ itu. Alangkah ‘kurang akal’nya kita apabila di akhirat nanti kita dibakar di dalam neraka jahanam semata-mata kerana kita leka dan terpesona dengan kehidupan dunia yang bersifat sementara ini. Manusia yang terbijak adalah mereka yang banyak mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya.
INGAT MATI...
INGAT MATI...
INGAT MATI...
INGATLAH SAAT KAU SULIT...
HIDUP CUMA SATU KALI...

SELAMAT BERAMAL...

Thursday, August 19, 2010

SEBAB PEREMPUAN MELAYU MUDAH KENA RASUK/HISTERIA...

kes ini betul2 berlaku diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama Puteri. kebanyakan yang kena rasuk adalah perempuan melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar perempuan china atau india. Di mana salahnya........

kita ikutu percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

KES HISTERIA DI SEKOLAH KT BSB... ..MISTERI DI ASRAMA PUTERI TERJAWAB!

sua2 ari, ade sorg ketua bomoh yg begi2 berani hendak berjumpa sekumpulan jin yg berkeliaran di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek i2. ketika smpi di sebuah bilik, ketua bomoh i2 membaca sejenis mantera. selepas membaca mantera i2, ketua bomoh i2 pom memanggil ketua jin i2. lalu ketua jin i2 datang dengan menunujukkan rupanya yang begi2 hodoh dan jijik. hinggakan ketua bomoh yg begitu berpengalaman i2 pom hampir2 pengsan dibuatnya!

hinggakan mayat reput pom lebih baek dri rupa ketua jin i2! tpi ketua bomoh i2 tetap kuatkan semangatnya itu.lalu si ketua omoh bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun melihat sesuatu yang menakutkan i2.

"kau rasuk pelajar di sini hah? jawab!! kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?!!"

dengan menarik nafas yang panjang, si ketua jin i2 pom menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu X Menawan, X Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, X Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, X Mungkin Aku Merasuk"
Lalalalawakakakakahkah

kalau binatang ada fesbuk n berblog...agak2 ape status mereka?

cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri BBQ nyamuk malam neh..

nyamuk : Baru abis ronda rumah ijoi..kenyang..alhamdulillah..

aedes : Baru je pas bagi injekan maut!!..yehaaa

ayam : Oh tidakkkkkkkkkkk..majikan gua buat kenduri esok..gua mawu d sembelih..

cicak : Isteriku tersepit d celah pintu..

kucing betina : anak i yang ke-5 baru tnya sapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa sapa bapaknya..

Ayam : Kalau i x updet status esok bererti I udah d goreng..i Luv u all..jangan lupa wat kenduri arwah untuk i yaa..

Nyamuk : siotttttt btol..skali drug addict gua entam..Gua positif HIV AIDS..uwaaaaa

cicak : mawu ke bilik air anak tuan rumah jap..Gua bru beli videocam baru..

kucing : Baru je add awek jiran sebelah..keturunan PARSI beb..heheh

Tikus : Operasi malam ne..selongkar kitchen kabinet..sape2 nak ikot??

Wednesday, August 18, 2010

AYAT AWEK UTK NAFSU

TERIMALAH AKIBATNYA...

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.


Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....


Awek : Apa dia?


Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?


Awek : Ish, tak tau lah, I give up.


Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....


Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)


Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?


Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.


Jejaka : Ok


Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?


Jejaka : Emm, tak tau lah.


Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)






PESANAN :


He he he

ber"COUPLE" itu HARAM,INI KERANA IA MENGHAMPIRI ZINA...!!!

Akibat main mercun


Nila akibatnye....posa baru 8 hari dah nak main mercunla, meriamla...

Bingit telinga ni duk dengar depa2 2 semua main mercun...kalo bunga api xpela juga...

hehehehehehehe...aku pun main juga bunga api....tapi xadlah nk main mercun n meriam...

UBAT NYAMUK€

dikala hujan membasahi taman permainan di sekitar kwasan setinggan rumah ucop pada malam itu...ucop cuba berlari lari sambil meniup belon yg hasil rampasan beliau dari budak jiran sebelah rumahnya...waktu itu buyong,kawan ucop sedang memerhati tinkah laku kawannya itu yg sedang berlari menuju ke jalan besar...buyong cuba memikirkan kenapa beliau mndapat kawan seperti ucop..sedang asyik terfikir sambil menutup matanya tiba-tiba....


bbbbOMMMMMMM!!!


jantung buyong berdegup kencang kira2 100beep sesaat...buyong tidak mahu membuka matanya..beliau merasakan ucop kemalangan di jalan besar yg dipenuhi kereta yg lalu lalang disitu...angin bertiup kencang..suasana di sekitar taman permainan itu tiba2 mnjadi kelam..buyong cuba membuka matanya walaupun beliau tidak sanggup melihat kawannya terlentang mati katak..baru buyong membuka mata tiba2 buyong mendengar...


"yong,,belon aku meletOp"ada g ak belon....kata si ucop..


buyong:: berlalu dari situ sambil menghidu stokinnya untuk membunuh diri....


About the Author

aku cuba buat lawak tp tak lawak kan???

tp aku gelakkkkk...HOHOHOHO..

tajuknya ubat nyamuk tp tader kna mengena...ni la lawak kontroversi..kihkihkih

...REMAJA...REMAJA...REMAJA...

..::Sedarlah Remaja Islam::..

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.

Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:
"Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka)."

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka?
Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir.
Tidakkah kita sedar?

Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk2 satu bilik ni, tak buka2. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 org siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks) Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ.
Teruk?

Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 thn paksa boyfriendnya yang baru 12 thn buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..

Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak2 skolah rendah. Dia nampa budak2 ni handphone nye, N-Gage, sabun, daun dan yang lain2 yang mahal2 tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jd ceritanya. Tapi skali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar2 lucah yang ada dlm HPnye. Kawan saya ni terkejut berukla. Tergamam dia di situ. Ni budak2 sekolah rendah!

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?

Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka.
Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23, :
”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164. :
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman,
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
(surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Smoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi.
Firman Allah :
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang memerlukan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Jadilah pemuda seperti Hassan Al-Banna...
Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka.
Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!!
Sedarlah Remaja Islam!!
Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!??
Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?

SEDARLAH...

Friday, August 13, 2010

LAWAK...!!!...JANGN KETAWA,TP DAH lumrah...

Assalamualaikum...

Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun.. Kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja.. ;-)

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa? gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam…

Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.copy n paste je. :)

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan bulan yg mulia.
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati teraniaya, kita tak pernah lupa.
mengguris hati sesiapa, kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada Allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkannya.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.

Selamat menyambut Ramadhan bulan yg mulia.
Bulan Bonus utk semua.
Utk menghimpun pahala yg berganda.
smga amalan mendapat keberkatan.

====(^_^)====(^_^)====(^_^)====

Nabi Muhammad s.a.w. mengaminkan doa,
Doa Jibrail Menjelang Ramadhan,
Ya Allah,
Abaikanlah Puasa Umat Muhammad Jika Mereka Tidak Memohon Maaf kpd Kedua Org Tuanya,
Diantara Suami Isteri,
Dan Org Sekelilingnya.
Nabi Muhammad Mengaminkan Sbyk3 x...
Yg Berdoa Malaikat,


====(^_^)====(^_^)====(^_^)====


Sabda nabi yang bermaqsud,
" Sesiapa yang bergembira apabila datangnya RAMADHAN,
ALLAH haramkan jasadnya dari api neraka", (HADITH SOHIH)
SEmoga Ramadhon kali ini akan lebih bermakna daripada yang lepas2,



Tuesday, August 10, 2010

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT : MATA OH MATA

Babak 1
Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2
Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.
Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3
Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.
Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...

Thursday, August 5, 2010

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU....

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

UNTUKKMU KAWAN



KAWAN..
Bila rasa ingin menangis.. hubungilah aku.. bukan aku nak suruh kau berhenti menangis... tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau... tapi tak leh ramai sangat.. nanti habih air mata aku...

Kawan...
Jika terasa tiba2 nak melarikan diri... jauh dari masalah... hubungilah aku... aku takkan suruh kau berhenti.. tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat.. aku nak kejar.. kaki aku pendek...

Kawan..
Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia.. beritahulah aku.. aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau.. tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Kawan..
Jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti... ceritalah pada aku.. aku takkan sebut nama lelaki/wanita itu... tetapi.. cubalah jadi wanita/lelaki yang lebih soleh & solehah...

Tetapi kawan..
Jika suatu hari aku berdiam diri.. aku tidak membalas message kau.. aku tidak angkat panggilan dari kau... hubungilah aku segera... sebab waktu itu aku.. ermmm.. aku amat perlukan kau...



Atau aku sudah tiada lagi di dunia ini..

Wednesday, August 4, 2010

kenapa "COUPLE" ITU HARAM...???

Couple Itu Haram ?
Couple itu HARAM
???

Bismillahirrahmanirrahim..


>"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

>"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

>"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik.
Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar.
Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya.
Sedih.
Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni.
Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh.
Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA.
Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat.
Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun.
Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal.
Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh.
Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah.
Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju?
Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat.
Paling berlambak di shopping complex & universiti dan lain-lain.
Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya.
Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya?
"COUPLE".
full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple?
Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya.
So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU.
Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati.
Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan.
Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it.
Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.
Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA )

"COUPLE HARAM SAMA SEKALI"

SAJAK KAYANGAN

aku berlagu.angin mendengar..
tp bisakah dimengerti segala?
bisa diertikan atau tidak, bukan halnya, tetapi bagaimana dan sejauhmana ia diertikan..
semakin dalam..
dalam untuk dihayati..
terus yang tak semestinya terang..
lencong tak semestinya gelap..
jalan masih hitam,merangkak mencari haluan..
cahaya masih terang, bangun mencari panduan..
cahaya haluan kelihatan, namun kaki kaku merangkak..
dirantai segala ratapan..
yang tiada diagungkan..
bagaikan suram dalam terang, kusut ku kian terang...

Tuesday, August 3, 2010

~ KISAH SI IBU TUA ~

Seorang ibu tua
mengayuh basikal usangnya
ada irama mengiringi kayuhannya
tiap pagi, tiap hari
entah ke mana agaknya destinasi...

Seorang ibu tua
berselendang dikepala
terselit rokok dijarinya
tiap hari datang menyapa...

"Dik, ada kuih makcik? (bertanyakn pulut panggang yg amat digemari)"
itulah pertanyaan
kala si ibu tua menanggung lapar yg mungkin x tertahan...
Dengan senyuman aku hulurkn
kerana panggilan 'adik' yg diberi terasa terhibur hati
selayaknya aku ibarat anknya sendiri...

Suatu hari si ibu tua menumpang teduh dipondok itu
pondok yg menjadi limpahan rezeki buatku...

"Nak ke mana makcik, hujan2 begini?"
terdetik dihati, ke manakah agaknya si ibu tua ingin pergi
kala hujan mula menyimbah bumi
walau x lebat, tp cukup utk membasahi
si ibu tua dn basikal disisi...

Si ibu tua menghembuskn asap azimat
walau dh berkali cuba ku ingat
jgn diteruskan tabiat yg sudah melekat
bimbang kesihatannya akan tergugat
tp nasihat sekadar nasihat
x pernah terpahat x pernah diingat...

"Aku nk ke rumah arwah suami ku.. biar aku sndiri disitu.."
keluh si ibu tua, melepaskn apa yg terbuku.

Dari sinar mata si ibu tua
seolah ingin terus berbicara
namun kepulan asap terus bermaharajalela...

Hati meronta ingin bertanya
kenapa agaknya ingin bersendirian di sana
sedang ank menantunya
masih ada dn punya rumah yg selesa...

Terpacul kata2 yg menghiba
sebelum smpat aku bersuara

"Ada anak, tp x suka maknya.. agaknya sbb aku ni gila, byk menyusahkn mereka.."

Telinga terus terbuka
setia mendengar tiap bicara
seakan ada insan yg terluka
yg mahu meluahkn segala...

"Diambil pakaian dilonggokkan dikepala, x diberi makan dn minum pada aku yg dahaga"

Si ibu tua terhenti utk berkata
walau tiada linangan airmata
tapi aku tahu hatinya parah terluka
kerana anak yg x tahu mengenang jasa
jasa si ibu tua...

"x kn makcik nk bermalam dirumah yg x berbumbung dn dindingnya tercabut disini sana.?"

Kerisauan hati seorang ank singgah disanubari.
walau antara kita tiada ikatan
namun apa yg si ibu tua katakan
x dpt ku terima dek akal fikiran...

Sebelum si ibu tua dibawa pergi
bersama basikal usang dn kayuhan kakii
dia smpat berpesan padaku spt anknya sndiri...

"Jglah ibu mu dik, walau x diberi harta dn benda
cukuplah ibumu dipelihara hatinya
cukuplah jika ibumu dihargai tiap masa
kerana ibu x dpt di jual beli
walau sehina manapun diri
ibumu tetap tiada pengganti..."

Ku lihat si ibu tua terus meredah
x hirau walau dirinya basah
sebasah hatinya yg tabah...

wahai si ibu tua
katamu ibarat pelita
mengajar aku betapa berharga
jasa seorang ibu pada anaknya...

wahai si ibu tua
dengan airmata yg x terseka
kupanjatkn doa buat dirinya
agar kau sentiasa berbahagia walau terluka

ke mana pun dirimu pergi
ke mana pun aku melangkah kaki
pesanan mu kn ku ingat smpai mati
dn x mungkin sekali2
aku menderhaka pada ibu ku sendiri
ibu yg membawa aku ke dunia ini
ibu yg mengajar aku berlari
ibu yg sering susahkan diri
utk kesenangan anak2 yg dikasihi...

buat si ibu tua
moga kau mengampunkn segala dosa si anakmu yg derhaka
moga akan tersedia syurga Allah buatmu disana... aminn Ya Allah.

Note :- Setiap hari ibu tua ini melintasi tmpat ina mencari rezeki... bila lalu pasti salam diberi. Hampir 2 bulan ibu tua ini pergi... akhirnya baru tadi ina lihat dia lalu kembali...

dengan senyuman terukir, dia mmberi salam.. dn memberitahu bahawa anknya telah menjemputnya kembali utk pulang tinggal bersama mereka... tp, dlm hati ina masih berkata2, apakah masih ada helah yg tersembunyi dari anaknya buat si ibu tua ini? ini kerana mgu lepas isteri anaknya baru melahirkan ank sulung mereka (lahir x cukup bulan).

Dn lebih menyayat hati, bila melihat si ibu tua ini pagi2 tadi penuh dgn muatan daun2 mandian utk menantunya... sarat sekali basikal usangnya... dn apabila ditanya.. hari ni makcik x nk ke pulut panggang?
katanya, " x payah lah.. nanti anak aku marah... aku dh x larat nk duduk kt rumah suami aku... byk nyamuk...!"
tersentuh lagi hati mndengar kata si ibu tua ini, kerana pada ina, si ibu tua terpaksa menjadi hamba anknya sendiri...
Ya Allah tunjukkanlah jalan kebenaran buat anak si ibu tua ini dn jdkanlah mereka keluarga yg tahu erti nikmat kasih dan sayang...aminn Ya Robbal'alamin.

* mngikut kisah yg diceritakn oleh jiran terdekat.. ibu tua ini adalah bekas penghuni rumah sakit jiwa... dn ditinggalkn suaminya. tp hakikatnya walau dulu dia pernah gila.. dia masih punya hati dn perasaan yg mahu dikasihi.. ini terbukti bila dia pernah mengalirkan airmata bila ina memberikan kuih padanya dn x mahukn bayaran... SUBHANALLAH... Hanya Engkau Yg Maha Mengetahui dn Maha Mengasihani.


PESANAN BUAT SUAMI


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kena...lah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

~ SAMBAL HITAM LAGI ~

Assalammualaikum Buah belimbing buluh dekat belakang pejabat awak ni memang tak berhenti berbuah. Seronok pula petik buah belimbing buluh ya...