Tuesday, May 14, 2013

TABAHNYA DIAORANG..

Salam

Diaorang memang sangat tabah.
Aku rasa dugaan 2 memang sangat besar untuk diduga terhadap hambanya.
Iman yang menguasai diri sahaja dapat menempuh dugaan ini dengan tenang.

Lepaskan dia dengan redha. Allah hanya pinjamkan dia untuk seketika. Redhakan pemergiannya..
Menangis meraung macam mana pun dia xakan kembali...
Terasa sayu n sebak sangat bile umi kepada kanak-kanak Muhammad Al-Fateh menceritakan selepas pemergian arwah.

Begitu tenang aku lihat wajah kedua-dua pasangan suami isteri itu. Tiada titisan airmata saat pemergian arwah. Aku pulak yang terlebih emosional saat 2. xdapat aku nak bayangkan jika hal ini berlaku ke atas aku. Adakah aku setabah diaorang.???

Anak yang ditatang, diberi kasih sayang pergi buat selama-lamanya. Umur Al-Fateh baru sahaja 1 tahun 2 bulan 3 hari. Arwah yang sangat comel. Aku pernah jumpa sekali je. Arwah yang xbanyak kerenah sangat menyenangkan umi n abinya..

Insyaalah..anak kecil itu akan menanti umi n abinya didepan pintu syurga.

P/S : Sangat sedih

No comments:

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...