Wednesday, September 27, 2017

KISAH TAPAI PULUT YANG MERAJUK

Assalammualaikum

Setelah beberapa minggu awak tidak mengupdate entri disini.
Tibalah hari ini dengan kerajinan yang senipis kulit bawang.

Awak nak ceritakan kisah tapai pulut.
Rasanya semua pernah makan tapai kan.
Awak memang suka makan tapai pulut ni. Mak dan nenek awak memang selalu buat time nak raya bagi menjamu tetamu - tetamu yang datang.


Tapai pulut original guna pewarna pandan yang asli......
Manis dan sangat sedap okay

Alkisahnya...
Minggu lepas mak awak ada buat tapai ni atas permintaan ayah awak sebanyak 1kg pulut.
Then tunggu dua tiga hari baru boleh makan.
Memang sedap sangat - sangat seperti gambar di atas.
Rasa sedikit sangat 1kg tu, sebabnya mak awak ni jenis bagi - bagi kat jiran rasa sekali.

Then, ayah awak p beli lagi 2kg pulut untuk buat tapai lagi.
Okay, masa tengah kepal - kepal pulut tu, mak awak sambil bercerita dekat adik bongsu awak yang tapai ni mudah merajuk rupanya.
Adik awak buat muka tak percaya..
Boleh pula dia jerit nama tapaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kuat - kuat dekat tapai yang tengah mak awak kepal - kepal tu.
mak awak marah lah, 'kenapa buat macam tu?" Katanya nak tengok tapai ni merajuk ke tak...
hahahahahahahahaha

Lepas 2 hari berlalu kitaorang pun pakat rasa tapai kali kedua yang mak awak buat.
Serius wei, langsung tak manis, tawar je...2kg kut siapa yang nak makan banyak - banyak macam tu. Kami adik - beradik semua salahkan adik awak sebab dia lah tapai tu merajukkkk

sekiannnn,

P/S : Tak reti nak olah cerita



2 comments:

ASTraveller said...

Salam singgah dan follow :)

http://www.akuseorangtraveler.com/

Nadratul Syazwana said...

Hahahah. Tapai pun ada perasaan tauu. Habis dah 2 kg tapai merajuk ni.

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...