Friday, June 23, 2017

BISKUT RAYA PART 3

Assalammualaikum

Selamat Pagi
Tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Mod raya awak dari minggu lepas lagi dah datang.
Apa - apa pun awak ucapkan selamat pulang ke kampung
Berhati - hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang..

So, malam tadi last buat biskut raya.
Aduh..awak cakap kat adik awak, ni biskut last kan...lepas ni tak ada dah kan...
Memang letih...hahahah, Tapi memang berbaloi lah dapat buat biskut raya sendiri.
Jimat sangat - sangat.......
Sebelum ni juga awak dah buat Biskut raya Part 1 & Part 2

Biskut Tart Nenas

Jem nenas ni mak awak buat sendiri.....So, tak payah risau dengan kehalalnya...

Biskut Almond London

Leceh sikit biskut ni tang nak letak coklatnya tu...duk ulang - alik masak coklat je......

Semperit Kuning (Tradisional)

Semperit ni request dari abah
Sempena Hari Bapa hari tu di suruh kitaorang adik - beradik buat biskut ni..
katanya biskut awal & akhir
Mana tak nya...Biskut ni confirm akan akhir sekali habis..hahahahah

P/S : Kira - kira balik dalam 9 jenis juga la biskut raya yang awak dah buat bersama adik & mak awak






Wednesday, June 21, 2017

HASIL BERCUCUK TANAM DI BELAKANG PEJABAT

Assalammualaikum
Awak baru berpindah di pejabat baru pada tahun lepas bulan September. Ini adalah kerana untuk mengeratkan hubungan suami isteri yang dah lama hidup PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Selama 6 tahun awak PJJ bersama suami. 

So, di pejabat baru ni ada tanah yang luas di belakang pejabat. Pekebun yang diupah memang rajin menanam pelbagai pokok buah - buahan dan juga ulam - ulaman. First datang sini memang teruja sangat. Kalau nak makan ulam, petik je then terus makan, memang segar ko..

Petola air, cili, kacang kelisa
Seronok petik je..bukan nak makan sangat pun...


Baru petik pagi ni.
cadangnya nak buat sambal itam
Insyaallah, tengok pada kerajinan









Tuesday, June 20, 2017

MEMOHON MAAF

Assalammualaikum

Waktu rehat sekarang ni.
Mata tak ada pula mengantuk, selalunya time macam ni memang awak cari port nak tidur je di dalam surau..

So, dengan kesempatan ini awak nak memohon maaf kepada semua bloger samada yang kenal atau pun tidak untuk memohon maaf sepuluh jari atas apa - apa sahaja kesalahan, kesilapan, terlanjur kata, terguris perasaan sesiapa sahaja. Selamat Hari RayaAidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Awak siap creat picture raya lagi...punyalah excited

Dah siap - siapkan untuk insan - insan yang terpilih...

P/S : Awak memang suka ucap hari raya awal - awal..Nanti tak ada lah nak kalut....


Monday, June 19, 2017

BISKUT RAYA PART 2

Assalammualaikum
Banyak ke korang buat biskut raya tahun ni.
Tahun ni memang awak buat je.
Tahun - tahun sudah memang biskut tunjuk je.

So, weekend tadi awak bersama adik awak telah buat 3 jenis biskut.
Sebelum ni dah buat 2 jenis Biskut Raya

Biskut makmur
Awak olah sikit dari resepi asal (semua resepi awak ambil di facebook)
iaitu awak gaulkan sekali kacang bersama gula kastor menjadi doh.
So, tak payah nak risaulah kan, setiap gigitan pasti akan merasa kacangnya...hihihi

Biskut Makmur yang dah siap di salut dengan susu tepung + gula icing
Awak dah rasa, memang puas hatilah, rasa pun sedap..hahahahah

Semperit Susu
Biskut ni memang wajib ada di rumah mak awak setiap tahun
Jenuh praktice bagi kecik molek, emak awak duk komplen jangan besar - besar bunganya...

Biskut Semperit Susu yang dah siap dibakar

Nestle Cornflex Bersusu
Biskut yang paling senang...






SAMBAL UDANG PUTAT

Assalammualaikum

Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan bagi umat islam iaitu Hari raya Aidilfitri. Persiapan awak untuk menyambut hari raya pada tahun ini adalah ala kadar sahaja memandangkan ekonomi keluarga awak masih tidak mengizinkan untuk berbelanja lebih.

Tiap - tiap hari juga awak akan memikirkan menu untuk beriftar. Aduhai memang jem kepala otak memikirkan menu untuk berbuka. Nak membeli di bazaar ramadhan rasanya semua menu tak berkenan di hati. Bukan nak kondem ke apa, tapi kalau hari first puasa maybe awak akan teruja nak membeli.

Putat bersama udang

Family awak memang tak pernah makan sambal udang bersama putat ni. Kalau sambal udang bersama petai tu memang dah selalu sangat.
Memandangkan ramai adik - beradik awak yang tak reti nak makan petai so awak pun bagitahu putat ni rasanya pun macam petai cuma tak ada bau. Semua buat muka tak mau makan.
Awak paksa juga diaorang makan, makanya semua pakat suka....hahahahahahaha
Resepi ni MIL awak yang ajarkan, kalau nak masak sambal udang putat kena ambil buah putat yang muda sahaja baru sedap dan rangup.

Sambal udang putat yang dah siap dimasak.








Wednesday, June 14, 2017

Tuesday, June 13, 2017

~~BISKUT RAYA~~

Assalammualaikum

Lagi 2 minggu kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Selalunya waktu - waktu terdekat macam ni awak dan housemate mesti akan shopping biskut raya di Ekspo Teluk Intan, ala..kat Menara Condong tu.
Harga biskut - biskut memang murah dan banyak pilihan. Tapi sekarang tak dapatlah nak shopping kat situ lagi. Rindunya moment tu.
Bawa balik kampung penuh bonet kereta dengan biskut raya untuk mak dan MIL.

Semalam awak dan adik-adik decided nak buat biskut raya sendiri je.
Memandangkan ekonomi kitaorang sekarang cukup - cukup makan kitaorang pun bajet buat sendiri.
So, Semalam terhasil lah 2 jenis biskut mengikut resepi di dalam google.

Pertama - Biskut Cornflakes Rangup

Jenuh menggentel

Awak olah sikit masukkan dalam cup kertas bagi berseni sikit

Alhamdulillah...Dapat 2 balang besar.
Memang puas hati buat sendiri..

Kedua - Biskut Jejari Oat

Sebelum disalut dengan susu tepung + Gula Icing


Biskut jejari oat yang dah siap disalut

P/S : Memang puas hati lah bila buat sendiri....





IFTAR STEAMBOAT & BBQ PARIT BUNTAR

Assalammualaikum..
Selamat pagi..

Okay.
Semalam awak bersama keluarga kecil awak dan juga MIL berbuka bersama - sama di Special Steamboat & BBQ di Parit Buntar. Berdekatan dengan Pusat Bandar Parit Buntar dan bersebelahan dengan TM Point.
Awak memang tak berapa suka sangat bila diajak untuk bersteamboat. Sebabnya kalau nak bersteamboat memerlukan kesabaran yang tinggi. Kesabaran awak pula memang senipis kulit bawang...Hahahahahaha
Memandangkan husband dan ajak dan MIL pun teringin nak makan kat situ. Awak ikutkan sahaja.

Waktu berbuka lagi setengah jam. Aktiviti steamboat dan bermula. Anak awak dah tak sabar nak makan. Awak telan liur je time ni.

Penuh kesabaran awak memasaknya..


Semalam orang tak ramai yang makan kat situ. Jadi kami makan dengan senang - lenang dan tak adalah nak berebut - rebut sangat. Memang santai je semalam. Menu pun banyak. Memang berpuas hatilah.









Tuesday, June 6, 2017

TERLEBIH FILTER

Assalammualaikum

Kerja dah settle
So, kerja awak online jelah diwaktu - waktu macam ni.
Sebenarnya tak ada sangat nak dibebelkan pun.

Okay,
Awak nak habak sat mengenai set skincare yang awak dah guna selama seminggu
Memang best...
Kulit muka jadi lembut sangat - sangat.
Parut kat muka juga makin pudar.
Untuk pengetahuan semua, kulit awak ni memang agak sensitif
Tapi selama seminggu penggunaan Hada Labo ni Alhamdulillah jerawat pun susah nak naik.

Sementara tunggu En. Shuben siap awak berselfie la dulu

Selepas seminggu penggunaan Hada Labo

P/S : Harap - harap set skincare ni memang serasilah dengan kulit awak.


SAMPAI HATI ANAK

Assalammualaikum
Selamat pagi semua.

Ramadhan yang ke - 11.
Semoga kita menjadi insan yang terpilih di Malam Lailatul Qadar pada tahun ini.

Okay..
Awak nak throwback kisah semalam
Semalam awak ada beli Durian Crepe
Rasa teringin sangat - sangat nak makan
Warnanya pula memang memukau
Padahal selama ini tak ada pun nak makan sangat
Memang mengada betul anak tekak awak ni.


Then awak letak la dalam peti sejuk.
Masa berbuka dah kenyang makan nasi, tak ada pula awak teringin nak makan
Okay, dalam hati makan waktu tengah malam sikitlah

Buka - buka peti sejuk cari durian crepe tinggal pinggan je lagi
Anak awak makan perabis semuanya..HUHUHUHUHU
Nak cari batu belah batu bertangkuplah macam ni.
Baba kata esok beli lain jelah.......
Anak oh anak oiiii!!!!!

P/S : Nasib anak yang perabis kan..Kalau baba, memang tarik muka 14 dah...HAHAHAHAH





Monday, June 5, 2017

~~~SAMBAL IKAN SEPAT~~~

Assalammualaikum

Rasa cepat sangat masa berlalu.
Hari ini adalah  hari yang ke-10 umat islam menunaikan ibadah puasa.

Sepat masak cabai a.k.a Sambal ikan sepat

Menu berbuka semalam. Dah lama juga tak makan ikan sepat ni. Walaupun duduk kampung tapi kitaorang susah juga nak dapat makan ikan ni setiap hari. Tunggu musim menuai padi atau air kering baru ikan ni banyak. 
Ini pun kawan adik pergi menangkoi. So, adik awak pun beli dengan kawan dia tu. mahal juga rasanya. 1 kg RM 25.00
Tapi memang puas hatilah dapat makan ikan ni..

Murtabak Pisang Emas

Semalam juga mak awak buatkan murtabak pisang emas untuk tambahan berbuka.
Sebelum ni mak awak ada juga buat murtabak nangka madu. Buat sendiri memang puas hatilah.

P/S : Dah tak tahu nak masak apa untuk berbuka hari ini.???


RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...