Tuesday, May 30, 2017

~~~HADA LABO SKINCARE~~~

Assalammualaikum
Selamat Pagi


Awak tengah mencari - cari produk skincare yang sesuai dengan awak buat masa ni.
Tambahan pula raya dah nak dekat, of course la awak nak juga nampak cantik dengan kulit cerah bebas dari parut dan jerawat.

So awak pun risik - risiklah daripada pelajar praktikal di pejabat awak ni, sebabnya kulit dia memang cantik. Tak payah nak tempek makeup tebal pun kulit dia still nampak cantik.
So, dia suggestkan untuk guna set trial Hada Labo Skincare

Set Trial
1. Pencuci
2.Toner
3. Moisturizer

Set skincare ini adalah dari Jepun ko. Harga memang mampu miliklah,  iaitu set trial baru RM 23.50. Then boleh didapati di Watson. Baunya pula tak adalah wangi sangat tapi bila guna pencucinya tu memang segar dan menyenangkan lah. Rasa best je.

P/S : Awak baru nak cuba. So, doakan awak akan berterusan menggunakan produk ni ye. Kalau korang pernah guna set skincare ni. Cer korang komen sikit  :)

Monday, May 29, 2017

JAMUAN SAMBUT RAMADHAN & PELAJAR PRAKTIKAL LAST DAY

Assalammualaikum
Selamat Pagi

Selamat Berpuasa yang ke - 3 hari
Entri ni saja nak throwback balik
Asalnya memang nak buat entri hari khamis lepas selepas jamuan. Tapi memandangkan kesibukan kerja - kerja pejabat awak tangguhkan lah sehingga ke hari ini.

Pejam  celik - pejam celik dah 4 bulan budak praktikal di pejabat awak ni. Rasa macam baru je lagi dan hari ini ada seorang lagi pelajar melaporkan diri untuk praktikal disini. 
Rasa malas pulak nak menaip panjang - panjang bulan puasa ni..hahahahaha

Awak hidangkan gambar sekitar majlis hari tu jelah...

Aktiviti bakar - membakar ayam & ikan keli

Nampak tak puding tu.. Awak yang buat

Ayam bakar & keli bakar

Air asam dari air tangan my husband.....

P/S : Rasa Nak bakar - membakar juga hari ni..nak minta en.shuben buatkan air asam lah




Thursday, May 25, 2017

PUDING BISKUT MAYAT @ BISKUT HUP SENG

Assalammualaikum
Selamat pagi 

Hari ini ada sedikit jamuan kat pejabat awak, iaitu jamuan menyambut Ramadhan dan juga untuk pelajat praktikal yang akan menamatkan sesi praktikal di pejabat awak ni.

Bos bagi arahan melalui aplikasi whatsup tugas - tugas yang perlu dibuat pada hari ini. Semua menu akan dimasak oleh rakan - rakan pejabat. So, hari ni macam busy sikitlah. Tu sebab pagi - pagi lagi awak dah buat entri sebelum nak memulakan tugas untuk  menghidang menu dan membuat persiapan bagi majlis hari ini. Sebenarnya waktu majlis awak pun tak tahu.heheheheh

Malam tadi awak pun buat la puding biskut mayat @ biskut hup seng. Puding ni memang mudah sangat nak membuatnya. Dan awak juga telah dibantu oleh anak awak. Aduh....memang haru betul. 

Proses mengukus

Dah siap..
Tak sampai 10 minit masaknya anak awak dah minta nak makan.

P/S : Awak buat 2 biji puding ni. 1 biji terpaksa tinggal kat rumah sebabnya anak awak dah cop untuk dia sorang je katanya..Alahai anak oiii






Wednesday, May 24, 2017

MURTABAK NANGKA MADU

Assalammualaikum
Selamat tengahari blogger

Semalam balik dari kerja mak awak tengah buat murtabak nangka madu
Dari depan rumah dah ada bau semerbak.
Kebetulan pula perut tengah lapar.
Sedapnya murtabak nangka madu. Dah lama tak makan.

Murtabak nangka ni sebenarnya adalah makanan orang - orang banjar.
Dulu mak awak selalu juga buat murtabak pisang emas.
Ikut kepada buah yang adalah time tu.
Sekarang musim buah nangka, so dapatlah makan murtabak nangka

Saja nak test kamera handphone baru.

Kalau nak resepi murtabak kena google la sendiri, sebabnya awak tukang makan ja...huhuhuhu


Tuesday, May 23, 2017

~~~HUAWEI P10~~~

Assalammualaikum
Selamat petang semua

Dah waktu nak balik baru la terhegeh - hegeh nak buat entri
Sebenarnya tak ada apa pun yang nak dibebelkan pada petang ni.
Sesaja nak menaip.

Husband awak  dua tiga hari ni asyik sebut handphone je
Dia memang dah berkenan sangat dengan handphone Huawei P10 Plus
Tapi kalau nak minta tolong awak yang belikan memang awak tak mampulah
Mampu tengok boleh la.

Asalnya dia nak beli untuk dia je (My Husband)
Tak sampai hati katanya.
So, dia belikan lagi satu untuk awak
Orang tua kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.
So, awak terima dengan hati yang sangat gembira
Terharu sebenarnya.

P/S : Serius kamera dia sangat cantik. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh google sendiri...



MENAWAN BUKIT BEREKEH @ BUKIT BOTAK

Assalammualaikum
Hari Sabtu lepas awak bersama - sama rakan pejabat telah menawan Bukit Berekeh @ dikenali juga dengan Bukit Botak di Sungai Siput, Kuala Kangsar.
Seawal jam 2.30 pagi awak telah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi iaitu sandwich untuk team hiking pada pagi itu.

Jam 4.00 pagi awak bersama husband telah bertolak dari Bagan Serai dan terus ke Masjid Bawong, Sungai Siput. Sampai di masjid pada pukul 6.00 pagi awak bersama - sama rakan yang lain telah berjemaah solat subuh di Masjid Bawong.

Dari Masjid Bawong boleh lihat 5 puncak Bukit Berekeh. Kalau kita hendak mendaki sampi ke puncak mestilah kena melalui 5 bukit tersebut.

5 bukit yang mesti di daki untuk sampi ke puncak
Rasa nak balik je time ni bila tengok bukit - bukit tu.

Team hiking.
Muka gembira sebelum hiking
Masing - masing bersemangat

Kitaorang mula mendaki pada jam 7.00 pagi. Masing - masing rasa excited dan bersemangat. Memandangkan awak perempuan sorang yang join hiking kali ini, makanya husband awak pun terpaksa untuk berhiking juga.Hahahhaha. Sebenarnya kena paksa dengan bos...

Bagi perjalanan mendaki dari kaki bukit untuk sampai ke puncak bukit yang pertama memakan masa lebih kurang 1 jam. Bagi kami yang mula - mula berjinak dalam aktiviti macam ni pendakian kami adalah lebih kurang 2 jam. Sebabnya terlampau banyak sangat R & R.

Di puncak bukit yang pertama, memang sangat mencabar dan matahari pula mula nak terbit.
Awak terpaksa memakai topi bagi menghindari terik panas matahari.

Walau apa pun yang terjadi kami tetap bersama
Syabas la kepada En. Hubby  & 'the geng 'walaupun terpaksa sampi juga ke puncak bukit ke-3

View yang cukup indah
Walaupun penat mendaki tetapi kami telah dibayar dengan pemandangan yang sangat cantik.
Permandangan yang cantik hanya dapat dilihat dengan mata sendiri sahaja.



Puncak bukit ke-3 yang harus didaki lagi
Mangai memang gayat. Ketaq lutut bila awak pandang ke bawah.

Photoshot gile - gile kitaorang time ni
Maklumlah ada photograper bertauliah

Dating sat sambil melihat keindahan & kehijauan pokok yang sangat memukau


Nampak macam sejuk
Tapi sebenarnya sangat panas

En. Hubby yang di paksa hiking.
Dalam hati, ini mungkin yang terakhir untuk dia berhiking.

Tahniah....
Sebab berjaya menawan Bukit Berekeh
Diaorang saja yang dapat menawan

Kami berempat memang give up dah..walaupun berjaya sampai ke 
puncak yang ke-3 pengalaman yang tidak akan kami lupakan dan akan sentiasa tersemat dihati.

P/S : Sesiapa yang nak hiking di Bukit Berekeh @ Bukit Botak dinasihatkan hiking pada awal pagi. Sebabnya memang panas terik la kat atas puncak tu. Nak stay lama - lama kat puncak pun rasa membahang.















Friday, May 19, 2017

POSING TEPI SAWAH PADI

Assalammualaikum
Selamat Petang

Semalam awak pergi melawat rumah orang meninggal dunia
Sebenarnya yang meninggal dunia tu adalah atuk sedara belah abah
Abah memang asal di Kampung Parit 2, Simpang Empat Semanggol.
So kawasan persekitaran kampung abah adalah kawasan sawah padi.

Kebetulan pula kawasan rumah atuk sedara tu adalah di tengah - tengah sawah padi.
Memang cantik sangat.
Damai, sejuk je mata memandang kehijauan ciptaan Allah.

Semasa kitaorang berangkat nak balik ke rumah.
Awak pun cakap kat anak awak.Meh mama tangkap gambar.
Apalagi budak bertuah terus posing tepi sawah.

Sempat lagi dia bertanya sebelum posing. Bukit kat belakang adik ni ke mama panjat hari tu.
Memang betul pun nak oiii...Bukit tu la mama hiking hari tu. Gunung Semanggol

Aduhaiiii..
Gediknya siap terjengket satu kaki.

P/S : Esok Insyaallah akan hiking di  Bukit Berekeh, Sungai Siput, Kuala Kangsar..


AYAM BALI VS LAKSA BANJAR

Assalammualaikum

Semalam awak cuti
Sebabnya awak kena menghadiri Mesyuarat AJK Tadika KEMAS sekolah anak dan Sambutan Hari Ibu & Sambutan Awal Ramadhan.
Dalam surat menyatakan makanan adalah secara pot luck lauk
Pagi tu awak gigihkan juga la masak lauk
Duk fikir - fikir, awak masak je ayam masak bali. Mudah dan cepat


Resepi awak google je. Dulu pernah jadi viral sangat menu ni.. Memang mudah dan cepat.
Kalau nak rasa lagi sedap masak malam. Esok pagi bagi panas. Lagi sedap.

Petang tu pula adik awak nak makan laksa. Awak suruh je dia buat laksa banjar. Laksa banjar ni berbeza sikit dari laksa lain. Bezanya kitaorang akan letak kuih berwarna kuning. Awak kalau lagi banyak kuih lagi la awak suka..

Laksa Banjar.

P/S : Nak berbuka apa ye hari ini?


~~~SELAMAT HARI GURU~~~

Assalammualaikum..

Masih belum terlambat untuk awak beri ucapan kepada semua guru - guru yang pernah mengajar awak secara langsung atau tidak langsung termasuklah cikgu - cikgu yang pernah mengajar anak awak Dhiya Aisya di Taska Permata Tapah & Tabika KEMAS Parit Haji Aman. ' Selamat Hari Guru'.. Semoga dapat mendidik anak - anak bangsa dengan cemerlang, gemilang & terbilang.

Saja awak nak throwback balik.. Hari Isnin tadi balik dari kerja anak awak terus beri ucapan Hari Ibu kepada awak then dia cakap esok nak sambut Hari Guru. Nanti mama belikan hadiah katanya.

Memang ramai juga ibu - bapa yang membeli something untuk cikgu - cikgu anak mereka. Memang meriahlah kat pekan Bagan Serai malam tu.


Gigih awak balutkan mug ni supaya nampak berseni sikit memandangkan mug ni tak ada kotak.



Monday, May 15, 2017

BILA DAH LAPAR

Assalammualaikum

Alahai..
Rasa nak taip entri.
Tapi tak ada idea apa yang nak dibebelkan dalam ni.
Tajuk entri pun jenuh awak memikirkan.

Semalam lepas habis bermain bowling. Kitaorang decided nak makan kat Lepak Kitchen kat Taman Kaya, Taiping yang pernah diviralkan. Katanya chicken chop kat situ murah dan sedap.
Sampai je kat cafe tu. Rasa kecewa sangat, cafe tu tutup la pula.

So, kitaorang pun ke KTM, Taiping. Mula - mula tu cadangnya nak ke LA Burger Kukus Bakar, Tapi cari - cari tak jumpa. Perut pula dah mula berkeroncong.
Cakap kat husband singgah je la kedai makan mana pun. Yang pasti awak nak makan chicken chop.
Lapar punya pasal kedai makan tu pun awak tak ingat nak tengok. Apa nama entah...hahahahaha

Mula tu nak makan chicken chop. Dah tengok menu awak oder Ginger Rice Chicken Grill
Sup dia memang sedap sangat - sangat

Chocklat Blended

Husband awak makan nasi lemak dua bungkus. Awak tau dah nanti dia akan perhabiskan makan awak dan anak.

Aduhai anak oiii
Dia boleh oder Durian Balanda blended.
nasib ada baba tukang habiskan makanan.

Perut dah kenyang apalagi suka hati la masing - masing
Then boleh plak anak - beranak tu duk menyakat awak
Errrrrrrr..memang kejam sungguh depa ni
Tak pe - tak pe tunggu mama ada geng nanti







BERMAIN BOWLING BERSAMA - SAMA OFFICEMATE

Asssalammualaikum

Semalam pejabat awak telah mengadakan perlawanan bowling secara individu antara raka - rakan pejabat.
Perlawanan jam 2.30 petang di Bangunan Majlis Perbandaran Taiping.
Sebenarnya memang sudah lama awak tak traning main bowling ni.
Last main pun pada tahun 2014 bersama housemate di Tapah.
Rindunya moment bermain bowling bersama - sama kawan housemate dulu.

13 orang yang join semalam
Awak tempat yang ke 10..hahahahah
jadilah..sekali 'STRIKE'


Mata yang telah dipungut

Mama nak posing, anak pun sibuk nak ikut posing sama. Tapi mata xnak tengok kamera

Rakan - rakan pejabat yang join. Dalam pejabat awak ada 2 kuntum bunga ja. Yang lain semua lelaki

Hadiah yang telah dimenangi . Husband pun ikut join main. So, hadiah yang ke-8 adalah hadiah huaband

Sesi berselfie sebelum acara perlawanan. Tunggu diaorang lambat sangat, anak awak pun ajak selfi, mama apalagi memang suka la selfi - selfi ni












Friday, May 12, 2017

~~ALA - ALA PUTERI~~

Assalammualaikum
Selamat petang

Sorang - sorang kat pejabat
Waktu macam ni memang awak akan berseorangan
Yang lain semua pakat balik rumah. Awak kalau balik memang tak kan masuk office dahlah petang ni. hihihihi

Sementara tuggu waktu rehat habis ni. Awak update la satu entri lagi (Macam ada orang yang nak baca je)..hahahahaha
Sebenarnya agak takut juga bila berseorangan di pejabat ni. Tapi apa boleh buat nak balik rumah jauh. Nak tak nak kena hadaplah sorang - sorang di pejabat.

Anak perempuan
Awak ada sorang je anak perempuan
Aduh..
Kalau nak beli barang semua nak warna biru, katanya macam Elsa (Frozen)
Hari - hari minta awak belikan baju Elsa
Rasa kesian pulak, maklumlah sorang tu aje anak awak.
Awak pun belikan jelah sehelai baju persis si Elsa tu.


Sampai je baju tu. Terus dia pakai. Tak sabar - sabar dah


Bersama kawan baik
Dia sorang je boleh jadi Elsa


Pergi kenduri depan rumah dia pakai veil ni
Aduh...awak pula yang terasa malu sangat - sangat
Dia buat muka bangga lagi........



Dia kalau dapat pakai baju kembang memang seronok sangat
Ala - ala puteri la katakan
Tambah pula kita panggli Elsa, muka kembang semanggkuk.

Hai la anak.... awak layankan jelah

P/S : Anak perempuan memang macam ni la kan......





WAHAI SAHABAT

Assalammualaikum
Selamat tengahari
Salam Jumaat
Entri ni agak panjang & awak ucapkan terima kasih lah kepada sesiapa yang sudi memabacanya.

Dulu masa kat Tapah, time macam ni la hari yang sangat - sangat di tunggu.
Sebabnya balik kampung.
Tapi sekarang dah tak dapat nak merasa suasana balik kampung macam dulu - dulu.
Rindunya kawan - kawan di pejabat lama.
Rindunya kawan - kawan rumah lama.
Rindunya kawan - kawan di Tapah.
Awak ni bukan lah seorang yang peramah dan juga kawan - kawan memang tak ramai.
Tapi kawan - kawan di sana la yang banyak menolong time awak susah dan senang.
Walaupun ada sedikit selisih faham. Tapi kami tetap menjaga ukhwah kami..Insyaallah hingga ke hujung nyawa ukhwah ini terbina.

Seriusly, memang awak rindu sangat kawan - kawan di Tapah.
Rindu nak bergelak kuat - kuat.
Rindu nak bergosip.
Rindu nak tengok bola sama- sama
Rindu nak melepak sama - sama
Rindu nak shopping sama - sama
Rindu nak mandi sungai sama - sama
Rindu masak sama - sama ( masing - masing masak then makan sama - sama, memang banyak la lauk time tu)
Rindunya...........

Insyallah kalau tiada apa - apa halangan awak akan berjumpa diaorang semua suatu masa nanti. ( Macam jauh sangat je kan)..Hahahahaha
Bukan apa..masing - masing sibuk dengan urusan keluarga.


Kawan - kawan pejabat yang banyak memberi tunjuk ajar 


Kawan - Kawan pejabat di bahagian Urusniaga


Ex-housemate yang kepala giler.



Ex-housemate yang paling lama. Susah senang memang kami bersama - sama tolong antara satu sama lain.


Kenduri kahwin ex-housemate


5 orang semua kepala giler - giler. Rindunya moment ni


Shopping sama - sama time ni


Bersama ex-housmate baru. Sempat 2 minggu sahaja jadi housemate diaorang.

Hanya gambar - gambar sahaja yang menjadi kenangan kitaorang
Kenangan - kenangan manis akan awak sematkan di dalam hati ini dan entri ini juga akan awak tunjukan kepada keturunan - keturunan awak bahawa jagalah persahabatan sampai bila - bila.
Memang susah nak dapat sahabat yang baik. tapi jika dah bersahabat jaga lah hubungan persahabatan itu dengan baik sampai bila - bila walaupun dimana kita berada.

Wahai sahabat..
Akan ku doakan kalian sentiasa sihat sentiasa, bahagia bersama keluarga, dimurahkan rezeki, dijauhkan perkara maksiat & hasad dengki. Semoga ukhwah kita kekal hingga ke akhir hayat.

P/S : Rindu sangat dengan kawan - kawan.....












RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...