Wednesday, April 23, 2014

BERHALFMOON FAREEDA

Salam

Sekarang ni fesyen tdung bawal fareeda makin menjadi-jadi
Awak pun terikut sama
Mudah n simple sangat-sangat
Bawal awak memang banyak stok
Beli yang cap kanggaroo je pun
RM5 je pun sehelai.

Nak beli tudung fareeda yang original xmampu.
Awak try la plak halfmoon ala-ala fareeda.
Menjadi la plak kan....
Kena beli halfmoon banyak-banyak la plak lepas ni.




P/S : Ok x?

DHIYA AISYA DEMAM

Salam

Sedih tengok keadaan anak demam.
Rasa xsanggup tengok dia sakit.
Kalau boleh biarlah sakit demam 2 pindahkan kat awak.
Biar awak je yang menanggung demamnya 2.
Dah la ubat susah nak telan...Ikut siapa pun xtau la....
Awak xkisah langgsung nak berjaga malam nk jaga anak yang demam.
Awak rela xtidur malam.
Macam poyo je kan....
Tapi itula realitinya...

Anak pulak asyik nak memerap je ngan awak..
Dengan papanya langsung xnak.
Alahai anak.....
Awak ikutkan je apa saja kemahuannya.
Orang sakit ni mana boleh nak marah-marah.
Penat pun penat la melayan kerenah budak kecik 2..
Xsampai hati nak marah-marah pun..
Kalau marah-marah, alamatnya awak pulak yang kena marah ngan papanya.




Muka orang demam..Rindunya


Anak mama tengah fikirkan apa 2 sayang........Sedihnya mama tengok pic ni

P/S : Alhamdulillah sekarang anak mama dah sihat..

Friday, March 14, 2014

ADUHAI SERIBU KALI SAYANG...

Salam,

MH 370?Jerebu?Kemarau?Begitu besar dugaan dan musibah yang Allah turunkan untuk hambanya. 3 bencana berlaku dalam masa yang sama, berbalik pada hukum karma.

Dari pucuk pimpinan sampai ke rakyat jelata, 
Dari yang berjawatan tinggi sehingga yang tidak bekerja, 
Dari yang bijak pandai sampai yang tidak pandai,
Dari yang kaya sampai yang miskin,
Dari yang muda sampai yang tua,

Kita semua mengadap kiblat yang sama, kita manusia biasa tidak ada yang sempurna, sebesar kuman kita tetap buat kesilapan, Jadi apa yang terjadi ini Allah dah tetapkan telah direncanakan untuk hambanya. Antara sedar atau tidak Allah memberi ruang dan peluang untuk kita mendekatkan diri kepadaNYA. Allah maha pengasih dan Penyanyang...Renungan bersama.

Nah..
Tajuk enty macam xkena je kan...


Saje aku muatnaik gambar ni...bagi berseri sikit untuk pembacaan korang semua yang sudi baca my blog...huhuhu, macam gedik je

Thursday, March 13, 2014

APAKAH SEBENAR YANG TERJADI????

Salam

Isu mengenai kehilangan pesawat MH370,
Tunggu dan berdoa jela yang mampu awak buat..
MH370 jika difikirkan logik dan akal, kmana kpal terbng yg sebesar MH370? jika difkirkan bagaimana kpal trbng sbesar 2 blh hlang? jika difkirkan mengapa pilot tidak mminta bantuan jika blaku apa2 di ats kpal trbg? jika thempas,di mana? jika msh dterbngkan,di mana? jika di darat,di mana? jika jika dan jika.. bratus ratus tentera dgerakan untk mencri kpal trbng MH370. Pralatan hebat diguna kan. Tentera thebat dkerahkan. 6 hari mencari, tanpa hasil. Air mata peneman tidur yang tak lena Doa pengubat hati yg lara. Kita mungkin lupa, Shebat mana tentera mencari, Shebat mana pilot yang membawa, Shebat mana terlatihnya anak kapal, Shebat mana terciptanya kapal terbang, Hebat lagi kuasa Allah. Bantu kami Ya Allah. Jika ia masih dilangit turunkan lah. Jika ia di dasar laut timbulkan lah. Jika ia di darat buka kan la mata kami untuk melihat.. Bantu kami Ya Allah, Tanpa bantu mu Ya Allah, Kami buta untuk mlihat, Kami hilang arah untuk mencari. Hidup kan lah mereka Selamat kan la mereka Supaya mereka membantu kami untk memberitahu btapa hebat nya kuasa mu Ya Allah.. Bantulah kami, hamba Mu.
Apakah sebenar yang terjadi?????

Sekarang yang terjadi kat awak ni...
Awak rindu kat anak awak sangat-sangat..



Apakah yang dimaksudkan dengan 2 itu?
Xsior memikirnya...


P/S : Pray For MH370 & kebahagian rumah tangga awak

Friday, February 28, 2014

WOW.......

Salam...

Wow cantikknye permandangan gambar ni......
Sejuk je mata memandang dengan rimbunan hutan yang menghijau...
Air yang sangat tenang.
Tapikan......


Fikir dan lihat sendirila..apa yang anda lihat....kalo xnampak juga, p cek doktor mata buat spek power kasi banyak sikit nohhhh.

Alkisah kat sini xad kena mengena ngan tajuk entry..
Hari ni nak balik kampung...
Terexcaited lebih la plak...
Xpernah-pernah macam ni...
Siap berselfie muka ceria habis..bajet cun la kan


Muka ceria nak balik kampung...
Walaupun waktunya masih lambat lagi...
Tapi rasanya ni muka kekenyangan...

Mana xnya, orang tak start meeting, den dah bedal dulu

P/S : Mod ceria n xsabar nak balik kg, tapikan malasnye nk drive.......jemu

Wednesday, January 29, 2014

DALAM DILEMA...HATI SANGATLA SAKIT DAN SEDIH BILA MEMIKIRKANNYA

Salam,

Pagi ni sangat ceria.
Ada someone yang nak datang.
Hati berbunga-bunga riang, muka berseri-seri nak pergi kerja.
Xsabar nak tunggu time 2 tibe..
Sangat gelojoh terus aje call tanye khabar berita.........

Last2 xjadila plak..
Sangat sedih, pilu hati ni.
Jngan mengharap sangat....
Aduh, terluka benar hati ini..
Ya Allah berilah keajaiban..
Aku mengharap sangat ni..
Dengarlah rintihan seorang ibu ini.....


Sebelum mendengar khabar berite...berseri2 kononnya

P/S : Mod terus down.......

Friday, January 24, 2014

SAYA NAK EMAK SAYA

Salam

Rindukn emak plak.
Semua orang nak dirindukan..
Tapi hati ni sedih sangat...

Baru bagitahu kat adik hati ni sedih sangat xterhingga.
Mak dah call tanya khabar.
" Kenapa sedih bagitahu mak ap sebab yang sedih sangat 2"
X tercakap..hanya mampu berkata " xada apa2 la mak, mak jangan risau la".

Xboleh simpan rahsia betul adik aku ni...huh


Sayang mak, rindu mak

P/S : Sahabat sejati yang kumiliki di dunia ini adalah emak..TUHAN tolong jaga dia untukku saat ku jauh dengannya..

Thursday, January 23, 2014

SAYA RINDUKAN MY DAUGHTER

Salam.

Touching sikit pagi ni.
Bangun pagi je teringat kan anak.
Sebabnye sedih sangat pasal dengar berite semalam mengenai budak umur 2 tahun yang dirogol dan diliwat oleh teman lelaki ibunya sendiri..Sedih sangat.

Ya Allah kau jauhkanlah segala perkara buruk yang menimpa anakku.



Ada isras-iras x muka we all..Cantik n comel macam mama dia kan kan kan kan....

Dah dapat kaki ni, memang xreti nak duduk diam.. Kalau bawa pergi supermarked dia akan tawaf 2 3 kali. Huh memang sangat letih bawa budak kecik ni.
Sekarang dah pandai sebut mama & papa...Happynya bila anak panggil mama..Sayu je hati.


Sangat gedik kan my daughter.. Entah apa-apa gayanye

P/S : Rindu xterhingga..

Wednesday, January 8, 2014

WORDLESS WEDNESDAY~~~MEOW OH MEOW

Salam



P/S : Sudah-sudalah 2 En. Meow oii..xpayah nak menyamar sangatlah..Orang boleh kenal la

Friday, January 3, 2014

HARUM MALAM

Salam...



Wahhh produk baekk punya.. jadi pompuan ni leceh sikit.. walaupun anak dah berderet-deret, prestasi harus sebagus sebulan pertama perkahwinan.. jom pakat tawan hati suami dengan HARUM MALAM.. sapa xsayang laki hoii.. mestila syg kan..


P/S : I dah try..u all try la juga

MERPATI OH MERPATI

Salam

Putih-putih melati
Merah merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Aduh xad kena mengena pun

Nak habak mai sikit ni
Aku dah tension sangat dengan burung-burung merpati yang selalu sangat bertenggek kat bumbung beranda umah sewa aku.
Banyak pulak 2..Kalo burung-burung 2 semua xmeninggalkan najis nya xpe la juga.
Kat beranda 2 penuh dengan najis diaorg je.

Pagi ni betul-betul mendatangkan kemarahan aku.
Ada pulak diberaknye kat seluar aku yang baru basuh.
Huh menguji kesabaran betul.. Nak je sembelih sekor2 burung 2 semua.
Sape punya burung merpati pun xtaula..

P/S : Ada sape2 tau x cara nak halau burung 2 semua

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...