Tuesday, December 31, 2013

HIPOKRIT

Salam,,,

31.12.2013

Bye2 2013
Selamat datang 2014

Banyak manis
Banyak pahit
Banyak suka
Banyak duka.

Apa-apa pun kena la teruskan hidup.
Makin hari makin tua..Makin hari makin berkedut

Esok dah nak mula tahun baru..
Tapi aku masih nk hipokrit...
Xsuka la dengan sikap macam ni.
Rasa terseksa plak.

Kenapalah ada sikap macam ni
Itulah yang dinamakan manusia.
Bermacam-macam ragam
Bermacam perasaan.

P/S : Tengah tunggu nak cek stok taking 2013, 2 yang merapu x habis

Tuesday, December 17, 2013

LUAHKAN JE

Salam..

Baru tahu..
Baru tahu..
Rambut sama hitam, hati lain-lain...

Baru tahu..
Memang aku xpuas hati..

Sekarang semua dah terbongkar
Sekarang sudah tahu siapa kau sebenarnya..
Dulu hanya dengan khabar angin saja.
Sekarang memang dah nyata dan terbukti dengan mata.

Tensionnya rasa hidup dengan orang yang macam ni.
Nak kena jaga hati dan perasaan diaorang saja.
Hati  kita sapa yang nak jaga.
xkan nak biarkan luka yang berpanjangan.

Sangat-sangat hipokrit..
Memang aku xboleh nak terima la semua ni..
Aku dah jadi janggal sangat-sangat dengan semua ni..
Aku dah jadi meluat sangat-sangat dengan apa yang berlaku.

Ok.
Aku jadikan ini sebagai ikhtibar.

P/S : Macam mana nak hadapi hari-hari esok selagi hati xpuas hati, nak cakap ke x?




Friday, December 6, 2013

AKU TAHU KAU MASIH MENGHARAP

Salam,

Aku tahu,
Aku tahu, kau masih mengharapkan si dia.
Dari air muka kau pun aku tahu, kau masih harapkan supaya semua ini hanya mimpi.

Kau kena terima ini bukannya mimpi..tapi realiti yang harus kau lalui walaupun ianya sangat pahit.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Xadlah berat sangat pun...Perkara biasa je..Lumrah hidup orang bercinta



Thursday, December 5, 2013

REDHA KAH AKU

Salam..


Redhakah aku??
Aku masih lagi tidak boleh menerima akan berita itu.
Ianya seperti mimpi ngeri dalam hidup aku.
Ianya sangat menyakitkan hati aku.
Aku berpura-pura kuat dihadapan semua orang..
Hakikatnya, Allah sahaja tahu apa yang bermain dihati ku.

Ya Allah
Apa ini semua?
Hukum karma apa yang berlaku ke atas aku?
Aku tahu ujian ini sangat berat.
Aku akan berusaha untuk mengatasi ujianmu ini dengan tenang.

Sekarang..
Aku dah boleh tersenyum girang.
Aku mesti pandang kehadapan.
Ku xkan toleh lagi kebelakang untuk melihat mimpi2 ngeri itu.

Itu sudah takdir ku..
Aku kena terima.
Aku redha....

Dah lama xuplode gambar sendiri....


P/S : Cantik x Bedahhhhhhhhhh

Wednesday, December 4, 2013

JIWA KACAU

Salam,

Entry asyik nak jiwang saja..
Korang layan kn aje...
Selagi masalah ni xselesai selagi 2 entry jiwang akan dipost kn...
Lantak kome la nak baca ke x.....

Rumit sangat-sangat
Nasib baik iman masih ada.
Fikiran masih waras, xadla berlakunya bunuh diri.
Hanya berserah kepada Allah.
Mungkin ini ujian darinya, 
Selagi kita bergelar hamba, kita xakan terlepas dari ujiannya.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya.

Jangan sesekali nak salahkan takdir, 
Jangan mudah melatah atas ujian yang diberikan,
Muhasabah diri,
Mungkin Allah nak yang terbaik untuk diri kita di masa yang akan datang.
Supaya kita lebih tabah, lebih kuat, lebih berhati-hati,

Ayuh,
Kamu bangkitla,
Jangan nak seksakan diri lagi atas apa yang berlaku,
Kena redha, Biarkanlah dia pergi.

Kamu berhak bergembira,
Carila kebahagian kamu,
Lepaskan la dia, kalau itu jalan yang terbaik
Jangan kamu toleh lagi kebelakang, ianya akan menyakitkan kamu,

Kamu mesti kuat,
Allah, Keluarga dan kawan-kawan senantiasa ada untuk membantu kamu,


P/S : Jangan nak sentap ok

Tuesday, December 3, 2013

ITULAH CINTA HAKIKI

Salam..

C.I.N.T.A
Cinta....
Xpernah nak faham apa itu cinta
Kadang-kadang boleh buat seseorang hilang waras dengan cinta.
Dengan cinta habis semua tergadai.
Dengan cinta iman jadi rapuh.
Dengan cinta manusia bermusuh-musuh.

Jangan nak salahkan takdir jika cinta kita xseindah cinta orang lain.
Jangan nak meratapi cinta yang sudah pergi.
Jangan nak membinasakan diri atas cinta yang xberkesudahan.

Cinta,
Kenapa kau datang dan pergi,
Kerana semuanya tidak kekal di dunia,

Cinta,
Kenapa ianya terlalu pahit untuk dilepaskan,
Kerana kita xpernah nak redha dengan apa yang berlaku,

Cinta,
Dimana cinta aku sekarang?
Cinta yang hakiki adalah cinta kepada ALLAH,
Ianya akan kekal selamanya.

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...