Wednesday, May 8, 2013

MISIKU KUZA

Salam...

Memang terbaiklah drama ni..
Aku duk gelak -gelak je tgk citer ni.
memandangkan aku kerja part time. So Isnin tadi memang aku terlepaslah nak  tgk citer ni. Korang yang masih xtengok n terlepas tengok citer ni boleh tengok kat SINI.



Sinopsis:
 Drama yang mengisahkan dilema cinta tiga segi yang dilalui oleh Khuzaimah atau Kuza (Erin) yang sangat meminati bidang kejururawatan sejak kecil lagi kerana ingin mengikuti jejak langkah arwah ibunya.

Dengan perwatakan yang menarik, sikap Kuza yang ceria dan sentiasa bersemangat membuatkan seorang pesakit di hospital tersebut iaitu Airiel (Hairul) telah jatuh hati kepadanya. Sifat kelakar yang dimiliki oleh Kuza serba sedikit menjadi pengubat duka hati Airiel selepas kehilangan kekasihnya akibat dari kecelakaan jalanraya.

Diterajui oleh tiga pelakon popular tanahair iaitu Arja Lee, Erin Malek dan Hairul Azreen serta diarahkan oleh pengarah hebat, Sharul Ezad, ianya bukan hanya fokus terhadap kisah cinta sahaja sebalik risiko apabila kehidupan di hospital menjadi tunjang utama kepada drama Misiku Kuza.

Ianya jarang untuk para penonton disajikan dengan sebuah kisah di hospital memandangkan tidak banyak ruang boleh diterokai di dalam sebuah hospital, tetapi Misiku Kuza pastinya memiliki kekuatan tersendiri yang pasti memberi mesej mendalam kepada mereka yang menonton.

Berkonsepkan komedi romantik dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd, Misiku Kuza bakal menampilkan pelbagai kejutan dan adegan-adegan hebat yang pasti memberi kelainan kepada para penonton. Siapakah yang menjadi jejaka kedua selepas Airiel yang cuba untuk memenangi hati Kuza? Adakah Kuza mampu untuk membuat keputusan tepat demi menjamin masa depannya sebagai seorang jururawat?

P/S : xsabar nak tengok next episod..

2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

wah mmg ramai kwn blog share drama ni.kalau terbitan radius one mmg best!

antynid said...

mcm best je... kena tgok ni sbb ada hairul...hehehehehe

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...