Wednesday, May 29, 2013

SEKARANG KAMI DAH BESAR

Salam,

Berkumpul bersam kawan-kawan memang best,
Tambah pulak kawan sekampung yang sehati sejiwa, bergosip memang dah tentu,
Mengimbau kenangan zaman persekolahan dahulu,

4 anak dara dari Kampung Parit Haji Aman a.k.a  Parit 6, Bagan Serai Perak
Pergi sekolah bersama, study group bersama, mengorat bersama, mandi air banjir bersama, berjoging bersama, main pondok2 bersama, main AEIOU bersama..Semuanya nak bersama.
Best sangat time ni, xpayah nak fikir apa-apa..Cuma fikir alasan apa yang nak kena bagitahu emak n abah sebab suka balik lewat n merewang entah kemana.

Sekarang semuanya dah ada kehidupan masing-masing. Semuanya dah duk jauh-jauh, balik kampung sekali sekala je. Tapi aku seminggu sekali..huhuhuhu



Semuanya dah nak kawen...oppssss, tinggal lagi sorang je antara kami berempat yang Xkawen lagi..katanya next year..Insyaalllah.

Time member kawen or nak raya karang baru dapat berkumpul balik.
Antara kami berempat member aku sorang ni memang yang paling cantik luar n dalam, gergous sangat masa perkahwinan dia ari 2....

 
Cantik kan...aku suke sangat.......

P/S : masih xpuas lagi la bergosip ari 2...Tunggu raya  nanti la

Thursday, May 23, 2013

BELAYAR DI ATAS KAPAL CRUISES

Salam...

Tadi dapat faks..
Rasa cam nak pergi je.


Bajet bulan ni memang banyak nak guna.
Raya walaupun puasa belum lagi tapi persiapan dah nak buat...Poyo je.

P/S : Comform xboleh pergi

GRRRRRRRRRRR~~~~KECUAIAN DIRI SENDIRI

Salam
Dah beberapa hari xmenaip entry.
Hari ni aku menaip entry dalam keadaan yang bermacam-macam rasa, terutamanya sedih bercampur gembira.
Sedih...karang aku citer ye...
Gembira...Dah tentulah nak balik ke kampung untuk berjumpa dengan orang-orang yang tersayang.

Malam tadi aku yang sedang bekerja part time di CC. ini iklan sampingan.
My second bos datang nak tutup kedai.
Ya Allah..bau busuk sangat menusuk-nusuk ke hidung. dalam fikiran mesti my second bos aku ni minum arak dah ni..Al-maklumla orang non muslim, apa kejadahnya.
Mulalah nak bercakap merapu-rapu benda yang xpenting. habis semua hal peribadi dia terkeluar..Huh..
Muka memang sah-sah dah India & agama Krishtian..Sambil merapu-merapu 2 dia cakap dia orang melayu, Aku jadi kompius, apalagi minta diri cabut dululah.

Ok, aku nak cerita hal pagi tadi.
Ini memang kesalahan & kecuaian yang aku dah lakukan...

Tengok ni apa dah jadi......



Grrrrrr..Sakittttt hatiiiiiiiii
Baju ni baru 2 3 kali je aku pakai..sedihnya
Memang aku xada jodoh yang panjang la dengan baju ni...
Nak nangis je rasa...
Telefon husband nak mengadu nasib, untung2 dapatlah 2 3 pasang..
Last2 kena ceramah panjang plak, lagila bertambah sedih, kecuaian diri katanya.......

Suatu ketika dulu bersama kamu dalam kenangan.....




Kome tengok baju je tau..xpayah tgk orang-orangnya....

P/S : Tekad nak berhenti kerta part time hujung bulan ni...seriau,

Friday, May 17, 2013

AKU DAN BUDAK ITU...

Salam...

Selamat Hari Jumaat..
Biasalah, kalau tiba hari jumaat je memang ceria je muka aku ni..korang pun sama je kan...
Kisah aku ngan seorang budak lelaki yang cute miut. Kisah ni panjang cikit kot nak diceritakan sebabnye ikhlan sudah tentu asyik masuk je selang beberapa patah perkataan. Masalah ni memang dah xboleh dielakkan. Aku kalau bercerita depan orang je, mesti ada ikhlan, xboleh nak straight to the point langsung. nak buat macam manakan, memang e2 tabiat aku. Dah tentu xsalahkan, cuma orang yang nak membaca n mendengar cerita aku 2 je yang ternanti-nanti cerita sebenar. Ni baru mukadimah ihklan xabis-abis lagi, kalau dalam tv segmen aku ni lingkup terus, xad sape yang nak tengok..

Dah terasa malas nak menaip apantah lagi nak membacanye kan..kalo menarik xpelah juga.Berbalo-baloi membacanye.Hah..ada aku kisah, Dah sampai sini aku menaip, teruskan aje la.Selain ikhlan ada-ada aje keja yang nak dibuat, bos panggilah, taip suratlah, membantutkan aku nak menaip je. Inilah cabaran menaip entry waktu pagi time keja. Melanggar etika bekerja, sebab e2lah kot rezeki xberkat..huhuhuhuhu

Berbalik kepada tajuk yang nak diceritakan.hahahahahahaha
Ikhlan xabis-abis lagi, cerita xmula pun....
Ok, macam ni ceritanya, aku dengan seorang member aku Hanim telah dijemput oleh seorang lagi member aku Ruby kerumahnya. Dia ada buat majlis rumah terbuka time raya  (cerita ni dah basi nak dicerikan) kat berek polis. Xadalah ramai sangat yang datang cume jiran-jiran tertangga yang berdekatan aje, maklumlah time 2 masih lg dalam bulan raya, so, ramai lagilah yang berada di kampung.

Member aku Ruby ni bukan setakat buat majlis terbuka aje, ada agenda lain sebenarnya, aku kalau bab-bab makan percume ni, memang pantang laju aje kaki aku nak melangkah ke sana, lantak kome la ada agenda tersembunyi pun. Dia nak mempromote produk kesihatan Herbalife, yang harga beratus-ratus 2..mencantikkan kulit, melangsingkan badan.. e2 je yang aku tahu n masuk kat kepala aku masa diaorang bg sedikit pendedahan mengenai produk 2.

Sembang punye sembang punye sembang punye sembang..datang la satu family ni, muka semuanya ala-ala arab, ciut miut je and aku terpandang seorang budak lelaki ni maybe lingkungan umur dia 10 tahun. Aku pandang pandang, aku jeling-jeling kat budak 2, budak 2 perasan and dia pun senyum. Aku pun senyumlah, dah org senyumkan...haaaa aku nak bagitahu sikit, aku bukannye dah tergoda kat budak lelaki 2, time 2 aku dah kawen tau. Cume aku rasa macam pernah jumpa budak 2, tapi rasa macam ingat-ingat lupa.

Rupanya, bukan aku sorang aje yang pandang-pandang n jeling-jeling kat budak 2, member aku hanim pun sama daa...Ingat punye ingat punye ingat, baru teringat budak 2 pernah jadi anak didik aku and Hanim masa diaorang tadika. Aku pernah ngajar  budak 2 Silat, Sekolah diaorang menang tau, Wakil Daerah Kerian peringkat seterusnya, Budak 2 memang pandai and cepat tangkap apa yang aku and hanim ajar, Suara paling kuat suara budak 2 la....

Serius aku memang dah lupa nama budak 2, sampai sekarang aku xingt. So, aku n hanim pun panggil dia ajak menyembang, kenakalan masih ada, xreti nak duk diam, budak-budak aku abaikan ajelah kenakalan dia 2. Tibe-tibe si hanim ni tarik tangan dia supaya duk dekat ngan kami, ajak menyembang, Duk jauh-jauh nak menyembang apenye kan. Budak 2 jerit xadlah kuat sangat tapi boleh la didengari orang-orang disekeliling. Abang-abang polis pun du jeling-jeling kat kami, malu beb boleh budak 2 cakap HARAM LA PEGANG-PEGANG.

Tertelan air liur, xsangka budak-budak kalo bercakap memang terlalu jujur, xboleh disangkal lagi apa yang dikata memang benar. Waktu mempromote sudah habis, so aku n Hanim pun dah nak balik memandangkan aku meninggalkan suami tercinta sorang-sorang dirumah, xboleh nak berpisah terasa rindu sebab baru beberapa bulan je kawen..huhuhuhuhu...abaikan tau kenyataan ini...

Budak 2 pun kalut nak mengikut kami, apabila turun tangga, budak 2 pun turun tangga dengan laju, budak-budak kan tahu aje la perangainye, asyik nak minta perhatian, ke nak duit raya lebih dr aku. Tadi sebelum keluar rumah Ruby memang aku ada bg det raya kat budak 2, so aku pun buat xendah sangat. Tibe-tibe budak 2 tergelincir dari tangga, balakang dia kena bucu-bucu tangga 2, sakit beb, terduduk budak 2, muka hala kebawah maybe tahan sakit. Aku memang kalut dah, takut jadi apa-apa kat budak 2, lama juga dia tundukkan muka dia ke bawah, aku tanye ok ke dik, dia xjawab pun..Sudah, macam mana aku nak buat ni.

Aku pun try la nak bangunkan budak 2, sambil 2 aku pun cakaplah MACAM MANA AKAK NAK ANGKAT NI HARAMLAH PEGANG-PEGANG.. Budak 2 tengok aku terus boleh bangun, sambil senyum2. Ada jugalah aku tengok airmata dia, mesti sakit sangat 2. Aku bukannye apa saja cakap macam 2 nak menceriakan suasana bg dia senyum. Dah senyum 2 kire ok la 2......

P/S : Panjangnye larat ke nak baca

Thursday, May 16, 2013

DAH KENAPA DENGAN SHOUTBOX AKU TU..

Salam

"Selamat Hari Guru"

Straight to the point..dah kenapa pulak ngan shoutbox aku 2???
Shoutbox korang pun jadi macam 2 juga ke?

The most likely causes:

  • The server is down for maintenance
  • There may be a network problem
  • The site may be experiencing excessive load 
 Alahai.. xdapatlah aku nak tgk siapa empunye blog y datang melawat aku hari ni..
Kalau berterusan macam ni apa yang patut aku buat? Korang mesti terer kan dalam bab2 macam ni. Almaklumlah aku ni memang xreti dengan bab2 macam ni.

P/S : Time sekolah rendah dulu ayah aku mesti akan belikan kami diari untuk diberikan kepada guru kelas bila tiba sambutan hari guru.

Wednesday, May 15, 2013

WORDLESS WEDNESDAY~~~~CARI SUPERHERO LAIN

Salam


JALAN -JALAN DENGAN MAK WAN

Salam..

Hujung minggu keluar berjalan-jalan..
Si budak kecik yang sedang lena dikejutkan, bukan main muka happynye asyik senyum je sepanjang duk dalam kereta, hilang terus nagntuknya.. Takut juga kalau nangis sebab xcukup tidur tapi sebaliknya pulak.. Bukan nak jalan-jalan pi mana pun..Hanya nak hantar my cousin interview dekat Institut Perda Tech, Pulau Pinang. Kebetulan pulak time interview 2, macam-macam acara pulak yang diaorang buat, Memang ramai sangat-sangat la orang yang datang. xada gambar acara-acara diaorang yang aku ambik..cuma gambar Dhiya Aisya n mak wannye aje.



Comel x..comel x...huhuhuhu
Kalau dipakaikan headband lagi comel kan..
Tapi, xboleh dipakaikan headband, dijadikan spek mata plak headband 2...

Kalau balik rumah Mak Wan je, muka aku pun dia xmau pandang dah...sedih betullah
Lagi-lagi Mak Wan dia pakai tudung, menangis xmau mau nak ikut...
Petang-petang je mesti Mak Wan dia p bawa jalan-jalan umah nekyang dia..2 yang bukan main syiok sangat 2.

Dah 2 pantang dengar bunyi moto, kaki duk gedik-gedik, macam nak lari ke moto 2.
Pak Long n Pak Lang dia rajin la bawa dia nek moto..Tapi xboleh diberhentikan moto 2, kalau x menangis lah jawabnye..

P/S : Rindu

Tuesday, May 14, 2013

TABAHNYA DIAORANG..

Salam

Diaorang memang sangat tabah.
Aku rasa dugaan 2 memang sangat besar untuk diduga terhadap hambanya.
Iman yang menguasai diri sahaja dapat menempuh dugaan ini dengan tenang.

Lepaskan dia dengan redha. Allah hanya pinjamkan dia untuk seketika. Redhakan pemergiannya..
Menangis meraung macam mana pun dia xakan kembali...
Terasa sayu n sebak sangat bile umi kepada kanak-kanak Muhammad Al-Fateh menceritakan selepas pemergian arwah.

Begitu tenang aku lihat wajah kedua-dua pasangan suami isteri itu. Tiada titisan airmata saat pemergian arwah. Aku pulak yang terlebih emosional saat 2. xdapat aku nak bayangkan jika hal ini berlaku ke atas aku. Adakah aku setabah diaorang.???

Anak yang ditatang, diberi kasih sayang pergi buat selama-lamanya. Umur Al-Fateh baru sahaja 1 tahun 2 bulan 3 hari. Arwah yang sangat comel. Aku pernah jumpa sekali je. Arwah yang xbanyak kerenah sangat menyenangkan umi n abinya..

Insyaalah..anak kecil itu akan menanti umi n abinya didepan pintu syurga.

P/S : Sangat sedih

Friday, May 10, 2013

HATI GIRANG~~~~LALALALALA

Salam,

Hari ini ku datang riang..
Tersenyum buat ku senang...
Ku hias diriku..
Membuat hati ku bertambah girang...

Silakan nyanyi,....

Comel x kami..........


P/S: Hati girang nak balik kg..Xsabar nak jumpa budak kecik yang dah pandai nak membebel je..Apa y dibebelkan pun xtau

Thursday, May 9, 2013

DASYAT`~~~~~SERAM JE TENGOK

Salam.

Seram je aku tengok video ni.
Nak buang something dalam badan tanpa buat pembedahan..Mencurah-curah darah keluar tapi xad luka.
Macam mana dia buat pun xterjangkau dek akal.

Nak tengok video 2..tgk kat SINI

P/S :Aku sebenarnya xreti nak upload video 2 masuk dalam entry. Sebabnye video 2 bukan dekat youtube..kalo kat youtube mb senang je aku nak upload.. Aku jumpa video ni kat FB. So, korang kalo yang rajin2 2 boleh la buat tutorial cara nak upload video dalam FB  masuk dalam entry.

Wednesday, May 8, 2013

MISIKU KUZA

Salam...

Memang terbaiklah drama ni..
Aku duk gelak -gelak je tgk citer ni.
memandangkan aku kerja part time. So Isnin tadi memang aku terlepaslah nak  tgk citer ni. Korang yang masih xtengok n terlepas tengok citer ni boleh tengok kat SINI.



Sinopsis:
 Drama yang mengisahkan dilema cinta tiga segi yang dilalui oleh Khuzaimah atau Kuza (Erin) yang sangat meminati bidang kejururawatan sejak kecil lagi kerana ingin mengikuti jejak langkah arwah ibunya.

Dengan perwatakan yang menarik, sikap Kuza yang ceria dan sentiasa bersemangat membuatkan seorang pesakit di hospital tersebut iaitu Airiel (Hairul) telah jatuh hati kepadanya. Sifat kelakar yang dimiliki oleh Kuza serba sedikit menjadi pengubat duka hati Airiel selepas kehilangan kekasihnya akibat dari kecelakaan jalanraya.

Diterajui oleh tiga pelakon popular tanahair iaitu Arja Lee, Erin Malek dan Hairul Azreen serta diarahkan oleh pengarah hebat, Sharul Ezad, ianya bukan hanya fokus terhadap kisah cinta sahaja sebalik risiko apabila kehidupan di hospital menjadi tunjang utama kepada drama Misiku Kuza.

Ianya jarang untuk para penonton disajikan dengan sebuah kisah di hospital memandangkan tidak banyak ruang boleh diterokai di dalam sebuah hospital, tetapi Misiku Kuza pastinya memiliki kekuatan tersendiri yang pasti memberi mesej mendalam kepada mereka yang menonton.

Berkonsepkan komedi romantik dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd, Misiku Kuza bakal menampilkan pelbagai kejutan dan adegan-adegan hebat yang pasti memberi kelainan kepada para penonton. Siapakah yang menjadi jejaka kedua selepas Airiel yang cuba untuk memenangi hati Kuza? Adakah Kuza mampu untuk membuat keputusan tepat demi menjamin masa depannya sebagai seorang jururawat?

P/S : xsabar nak tengok next episod..

WORDLESS WEDNESDAY~~~~~`HANYA WANITA YANG MEMAHAMI

Salam...



P/S : Sangat-sangat rindukan anak.

Friday, May 3, 2013

KAMI BERTIGA~~~~~~

Salam...

Cun-cun x anak-anak Mat Sani ni..huhuhu
Rindu pulak kat adik-adik aku ni.
Bile jumpa je mangai bising nye. Dah kena tegur ngan pak Mat Sani barulah menikus duk diam.


Yang tangkap gambar ni adik bongsu aku. So, xadalah muka dia dalam ni..hehehehehehe
Yang baju hijau tudung kuning 2, beriaya-iya nak aku balik kg. Tapi aku dah cakap yang aku xboleh balik sebabnye kan aku kena bertugas PRU 13 kat Tapah. Xpaham-paham bahasa. Ada benda penting yang dia nak ceritakan kat aku, huh, macam xada telefon je nak nyembang. 2 la masalahnye nak sembang lama2 dalam telefon xad feel katanye.

Bile berjumpa je situdung kuning 2 xabis2 nak bercerita pasal kampus dia kat UUM 2, si tudung merun 2 plak xabis2 duk citer tempat kerja dia. Abis aku ni jadilah pendengar setia diaorang. E2 sebablah beriya-iya suruh aku balik xada sesiapa nak dengar citer diaorang lah 2.

P/S : Adik2 aku 2 single lg tau..berkenan ke?????




SURAT CINTA AKU....

Salam,

Selamat pagi semua. Semoga hari yang mulia ini kita semua diberkati oleh Allah hendaknya.
Sekarang ramai bloger-bloger @ bukan bloger, mengisukan mengenai politik. Memang sangat-sangat panas, tersilap tulis memang akan menampah bala, kena saman, masuk lokap n macam-macam lagi. Kempen pulak memang xabis-abis lagi selagi xmengundi. Kutuk sana, kutuk sini macam-macam bahasa kesat yang dah terkeluar.

Itu hanya mukadimahnye sahaja..huhuhuhuhuhu
Yang aku nak ceritakan kat sini mengenai surat cinta-cintun aku masa muda mudi dulu 2 ha...
Aku masih simpan kemas lagi surat cinta aku masa ngan first love aku. Mesti korang nak muntah kan membacanye. Ada aku kisah, muntah hijau sekali pun aku xkisah. hahahahaha
Banyak juga surat-surat cinta dia yang aku simpan. Maklumlah zaman aku 2 handset masih lagi xberapa banyak, nak beli pun xmampu lagi kot, So sebagai penghubung kami, kami gunakan surat aje. Semua surat-suratnye ditulis dengan kata-kata yang sungguh romantis sehimgga daku membuai rasa, uweeeeekkkkk. Sila cebikkan muka anda ye...
First love aku memang seorang yang jiwang. Tapi aku ni je ibarat tunggul kayu, yang xreti nak bermadah-madah..huhuhuhuhu
Suratnya sampai sekarang masih kemas dalam simpanan aku. Husband pun masih xtahu lagi, tapi kalo dia baca blog aden ni, xkisah pun memang nak kasi dia tahu. 
Masa kami clash semua surat-surat yang aku bagi kat dia, dia pulangkan balik. Aku terima je. Sebab kami clash rahsia ye.
Aku pun dah kawen dia pun dah kawen sekarang dah nak timang anak pun.. yang pastinya aku dulu timang anak walaupun dia kawen dulu...huhuhuhuhu

Second love aku sampai sekarang xpernah aku dengar khabar berita, xtahu lah samaada hidup or mati. Yang ini pulak memang xreti nak berjiwang n penyengap sikit n pemalu juga. Muka persis macam Aaron Aziz, tapi gelap sikitla bukan aku yang cakap tapi my husband pun akuinya...huhuhuhuhu

Third love, tentulah my husband. Dia dulu merangkap abg angkat je. Last-last aku yang terangkat jadi isteri dia. Diharapkan hubungan kami suami isteri kekal hingga ke akhir hayat.

Bahagianya..suka2




P/S : Tajuk macam xkena dengan isinye sahaja..layan kan aje la.....

Thursday, May 2, 2013

AWAS...INI MUNGKIN ALASAN

Salam

P/S : Huh, lapar giler malam ni. Makan burger pon sodappppp...

Jom Menangi Sebentuk Cincin Berukir Nama (anda/kekasih)

Salam..


Klik Banner kalau nak join

P/S : Mana nak tau anda bertuah

PELIK LA DENGAN BOS AKU NI....

Salam...

Hari ni baru 5 hari aku bekerja part time di CC kat Tapah ni.
Bos aku India. Boleh tahan la kehandsomenya , jarang tengok india handsome..kalau hindustan 2 lain cerita. Tapi dah berkahwin.
CC dia memang gergous sgt2.
Kerja aku hanya duduk kat kaunter or cashier la lebih kurang.

Yang aku nak ceritakan kat sini ialah kepelikkan sikap bos aku ni..huhuhuhuhu
Xpe dia xad blog pun. Walaupun 5 hari br bekerja tapi rasa macam setahun je aku kerja kat situ. itu kan dah menunjukkan kepelikkan.huhuhuhu.

Pertama:
Macam xambil kisah langsung tentang masalah-masalah CC dia.
Semalam blackout. Aku dah gabra xtau nak buat ap? dah la aku sorang2 plak 2, banyak customer bising-bising, sebabnya tengah syiok2 berFB, berblog, bergame..tibe2 tepadam, waktu malam pulak 2. Dah la aku br je abiskan baca citer sumpahan aishah kat blog entah sape entah. Cer korang baca juga, memang seram tengok mayat dia. entah betul entah tidak xtahula nak cakap. Aku call bos aku, sebab xtau nak buat ap. Dia suruh aku cari box suis n tekan bagi naik ke atas. Aku tahu hal 2 nak buat macam mana. Masalahnye aku xjumpa box suis 2. Dengan gelapnya, nasib ada handphone xberapa nak canggih bolehla juga guna nak cari box suis 2. mangai tiggi giler box suis nye. jenuh plak aku nak memanjat.
Yang aku geram sangat-sangat rumah dia dengan CC 2 dekat nak mampus.Nasib baik semua sistem ok. kalau x jenuh plak aku nak handle. Aku bukan teknision nak memandai buat semua 2.

Kedua:
Aku part time dari jam 6 petang hingga 11 malam.
Maklumlah anak n suami jauh. Daripada xbuat apa-apa lebih baik kerja dapat juga income lebih.
Masa hari ke empat aku bekerja dia ada datang sekejab tengok yang patut-patut. Then dia keluar ngan kawan-kawan dia sampailah jam pukul 12.00 malam. Padahal aku kerja sampai kul 11.00 malam je kan. Aku kol dia kedai nak tutup pukul berapa memandangkan ada seorang je customer, budak2 duk men game je, xtahu esk nak sekolah. Dia cakap kenapa kedai xtutup lagi.tanye aku plak, mana aku nak reti. Sistemnye canggih2 karang aku silap buat kan naya je. Lagi pulak dia xpernah pun ngjar aku nak tutup kedai macam mana. Huh, betul2 xambil kisah langsung.

Ketiga:
Ikut suke dia je nak kasi kawan-kawan n the geng dia nak gune CC 2 sampai kul berapa xpayh bayar. Tiap2 hari macam ni mmg bankrap beb. jagan nnti duit short aku plak yang kena. Masa aku balik lewat kul 12 malam ari 2. Dengan kedai xtutup lagi, duit dalam laci xberkunci, member2 dia ada dalam CC 2 n dia boleh balik rumah dengan selamber badak je..huhuhuhuhuhu..xtau nak cakap ap dah la....

P/S : mesti korang malas nak baca kan

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...