expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass>

Jumaat, 30 September 2011

"SEGMEN SIMPLE : NAK JOIN BLOGLIST NASZ BULAN OKTOBER 2011".

Salam,

 
 Sebab saya join segmen ni kerana saya baru follow blog  MOHD NASER.COM pagi ni n terlihat segmen ni di blog beliau. Saya juga memnag suka join segmen segmen macam ni....

Aku dah join korang bile lagi...Cepat malam ni, segmen ni akan ditutup....

P/S : Selamat Berkenalan

Khamis, 29 September 2011

WARDAH ALISYA: PENCARIAN BERMULA

Salam,

 
Aku dah join... Korang pun join la juga...
P/S : Ada lagi segment lain x..aku tengah rajin nak joint ni.....

SAYA NAK JOINT BLOGLIST PANGGIL AKU HAN

Salam,
Jom ramai ramai kita join segmen ni.....

 
Aku dah join, korang bile lagi.....Cer korang join...
P/S : Selamat berkenalan

Rabu, 28 September 2011

WORDLESS WEDNESDAY,,,,ROCK MELON 1 MALAYSIA

FIRST GIVEAWAY TENGKUNIZAM.COM / RAKAN BLOGGER KLIK 1 MALAYSIA

Salam...
 

Nasib baik sempat lagi nak join seperti tajuk di atas.....huhuhuhu, difahamkan hari ni adalah hari terakhir untuk joint giveaway ni...

Banyak juga hadiah hadiah yang disediakan, tapi yang paling aku berkenan adalah : -

* Domain Setahun tajaan Intan Nur  Fateha
* Wang tunai RM 50.00 tajaan Asfandi Ahmad ( of course aku seorang yang mata duitan )
* Shawl yang sangat cantik tajaan Nur Liyana Zainal
* Doodle yang comel tajaan Cik Asfz

Bestnya kan kalo dapat hadiah hadiah ni.......

P/S : Insyaallah mudah mudahan rezeki berpihak kepada saya...

DIA NAK TIPU AKU..HUH

Salam,
Selamat Pagi dah beberapa hari juga x update blog..Hari ni, cuma aku sorang sorang sahaja di Office yang lain semua keluar ada urusan di luar. 

Nak dijadikan cerita, ada seorang mamat India masuk ke dalam Office aku ni nak membeli tagging. Apa itu tangging iaitu pelekat yang dilekatkan di bakul bakul sayuran or buah buahan yang hendak di import. macam cukai la. satu buku nilainya RM 10.00
India : Saya nak 1 buku

Aku : RM 10.00 nanti saya bagi resit.

India tersebut pun bercerita pasal dia xtahu nak ke Pejabat Pertanian. Aku dengan segala usaha menerangkan kat dia kat mana terletaknya Pejabat Pertanian Tapah 2. Terang punya terang tibe tibe

India :Aku nak lagi 4 buku

Aku:  Ok.  bak sini resit tadi, saya nak perbetulkan. ( Aku memang sengaja xnak keluarkan banyak banyak resit)

Dia pun hulurkan det RM 50.00, aku pun bagi balik baki  RM 10.0.
Aku pun memperbetulkan balik resit tersebut kepada RM 50.00
Tibe tibe

India:  Bagi la aku 1 buku 2 lagi.

Aku : Ok. Minta resit tadi saya nak perbetulkan lagi sekali. ( dalam hati, banyak songeh betul..2 3 kali kerja aku nak kena buat.. Huh..tapi muka stay nampak cun, dalam hati je bermacam macam ragam. )

Kalo pasal jualan tagging ni aku memang pening, tambah tambah lagi kalau ada peniaga yang nak ambil banyak banyak, padahal senang je aku rasa kerja ni. Terima det keluarkan resit. bank in unit perlesenan yang akan buat sendiri.

India :  Ok, terima kasih.

Aku : En. lagi RM 10.00 la En. xbayar lagi.

India : Aku dah bayar la tadi, masa mula -mula tadi, than aku bagi lagi RM 50.00 kan. So betulla

Tahi kucing ko, ni mesti kes nak tipu perdaya aku. ko ingat aku xtahu ke, aku masih waras ye, walaupun kau memeningkan aku tadi,tapi fikiran aku masih waras tau, masih ingat apa yang berlaku. Apalagi aku terus desak dia mintak balik RM 10.00 2, walaupun nilai 2 sikit bagi korang tapi bagi aku amat tinggi tau, Contahnya macam India 2, RM 10.00 pun nak berkeras ngan aku xmau bagi. Dia ingat dia lelaki aku taku..Huh, xada maknanya, ayat nak sedapkan hati je, dalam hati memang aku takut sangat kalo dia apa2 kan aku pasal RM 10.00 2 sahaja.

Last last dengan desakan desakan aku, dia pun beralah n bagi balik RM 10.00 2. Kalo tidak aku juga yang akan menggantikan dengan det aku sendiri.

P/S :  Aku dah cuak juga tadi, badan India 2 bukan main besar lagi. Aku memang dah giveup nak mintak balik RM 10.00 2, tapi aku baca ayat Qursi n terus  dia bagi balik RM 10.00 2...Alhamdulillah

Jumaat, 23 September 2011

SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA

Salam,
Selamat Hari Juamaat, penghulu segala hari.

KLIK SINI      
Rasanya ni adalah yang pertama aku join segmen macam ni. So korang pun boleh join juga kalo korang nak klik sini

Syarat syarat yang dikehendaki beliau adalah seperti berikut:-

  • WARGANEGARA MALAYSIA (syarat utama^^)
  • PERLU KE FOLLOW BLOG CIK LYEEN? (ni tak paksa..nak follow or tak...semuanya ditangan anda..sehhh..hehehee^^)
  • LIKE FB PAGES CIK?(yup..sebab Cik Lyeen akan bagitaw berita2 terbaru kat situ ok..^^)
  • Buat entry bertajuk "SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA"
  • Letak HEADER di atas..sebagai bukti penyertaan..
  • Link kan ke post Cik Lyeen ok..:D
  • Tag la berapa banyak yang anda suka..tak tag pun takpa..^^
  • Itu aje..dah tu letak link dalam komen ni..Link aje ok^^
  • TARIKH TUTUP??( 8 Oktober 2011 ok?)
  • SELAMAT BERKENALAN 
P/S : Selamat berkenalan

Khamis, 22 September 2011

SUAMI BERNIKAH DI SIAM

Salam,
Perkataan madu amat manis bagi orang lelaki, tetapi pahit bagi orang perempuan walaupun madu yang boleh dimakan 2 sangat manis.

Semua orang perempuan kat dunia ni xnak dimadukan kan. Tambah tambah lagi aku, memang aku akan memberontak kalo suami aku kahwin lain, Aku memang xakan ikhlas untuk dimadukan.. Orang orang perempuan di luar sana sama juga macam aku kan,

So, aku ada terbaca kat blog En. Mazidul tentang kaedah efektif mengesan suami bernikah di Siam pendedahan fakta tau dari beliau. So aku rasa orang orang perempuan yang mulai curiga akan suami masing masing bolehlah gunakan kaedah ni. Bukan nya apa, ini untuk kebahagian bersama juga tanpa ada penipuan antara suami dan isteri.


P/S : Semoga kebahagian aku & suami kekal hingga ke akhir hayat dan dijauhkan segala fitnah dan hasad dengki...Amin..


KANAK-KANAK HILANG..

Kanak tersebut dipercayai hilang pada 14 Sept 2011 dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat
pagi tadi tetapi masih gagal. Laporan polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:

Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)
Tinggi : lebih kurang 110cm
Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan
hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan
berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut
pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.

Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh
hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252
(Salleh).

P/S: Sebarkanlah kepada blogger2 lain.. Semoga adik Najmi dijumpai dengan segera

KENANGAN ZAMAN KEGEMILANGAN

Salam,
Hari ni cuma aku je kat office, so aku nak buat apa, ikut suka aku la...Kerja pun xbanyak, semua orang keluar g KL untuk meraikan staf staf  yang menerima anugerah khidmat cemerlang tahun 2010. Time aku bile entah ye nak dapat pekerja cemerlang ni..huhuhuhu, Tahniah kepada Wan Rosmainey dan En. Roslan ( My Bos ). Anugerah 2 memang layak untuk korang..

Memandangkan ketiadaan kerja dan juga idea yang semakin berkurangan nak mengupdate blog, adalah beberapa gambar aku masa aku join Sukan SUPER Negeri Perak,wakil Daerah Kerian 2007 dalam sukan pencak silat..


Cerahnya gambar ni, Siapa ntah orangnya yang menangkap gambar..Muka aku cam skema je, betul2 muka suci time ni...huhuhuhuhu



Cer teka mana gambar aku....?


Eh eh..ramainya, aku sendiri pun dah xperasan aku duk mana time ni

P/S : Banyak ni je gambar yang ada, itu pun member yang uplode tadi

Rabu, 21 September 2011

GIVEAWAY : KAD RAYA ISTIMEWA DARIPADA GENK


Salam
Hahaha....Saja suke suke nak join giveaway Genk Corner ni, Mana nak tau akulah orang yang bertuah 2..korang pun boleh join kalo korang nak klik SINI. Tarikh tutup 30hb September 2011..Cepatla join, kalo nak dapat Kad Raya Istimewa buatan genk sendiri. Macam manalah rupa kad rayanya ye.

WORDLESS WEDNESDAY,,,,SUKA DUKA BERSALIN ANAK PERTAMA


P/S ; Muka anaknya macam sapa ek? Ayah ke mak nya?

Selasa, 20 September 2011

RASA NAK SEKEH LAJU LAJU JE KAT ANAK JIRAN AKU NI..

Salam,
Waktu rehat tengahari aku mest blik rumah. Dapat lelapkan mata setengah jam rasa syukur sangat. Poyo je kan, macamla kat office 2 buat kerja banyak sangat..huhuhu..Tapi tapi nk bagi tahu ni, anak jiran aku selang sebuah je dari rumah aku ni suka sangat main main dengan mengeluarkan suara y kuat..So, bila dh nak terlelap tiba tiba terdengar budak2 menjerit jerit dan juga kadang kadang menyembang dengan kakaknya y berumur 6 thun dengan suara y kuat juga..Langsung membantutkan aku nak melelapkan mata y hampi kuyu ni...

Time 2 aku rasa nak sekeh laju laju je kat budak berdua 2. Ni malam ni, macam xrti nk tdo awal je bdk berdua 2.. Apa lg y dibuatnya budak berdua 2. Mak bapa nya mane ntah, xrti nk suruh ank msuk rumah tdo ke. Kalo xmengeluarkan suara y kuat2 xpela, aku xkisah..ini siap nyanyi2 lagu raya lg..Hush, dh xthan dh ni..rs nk menyekeh je kat bdak2 2...

P/S:Mod nk tdo xselesa,bila la sesi nyanyian sumbang diaorg 2 nk habis.

TEKA TEKI....SIAPA DAPAT JAWAB DIALA PANDAI...

Salam,
Memandangkan hari ni mod sudah kembali ok berbanding mod semalam, tahap kerajinan juga ok dan sayangnya bos xad nak bagi kerja pun, kemengantukan tidak ada tetapi idea nak update blog langsung tiada..

Jom kita main teka teki nak...Aku bagi teka  teki korang jawablah, tapi siapa yang dapat teka hadiah memang tidak ada. Ini hanya suka suka.


Kenapa ubi jadi kayu?
   Kenapa gigi jadi sakit?
   Kenapa pencuri kena tangkap?

Depan laut?
Belakang katil?
Tengah malam?


P/S: Jom main SUDOKU...


Isnin, 19 September 2011

HARI NI HARI YANG XAD MOD..

Salam,
Kalau nak masuk keja memang mod akan lari, lari jauh jauh nak kejar pun tersemput semput..Kemengantukan mata xpayah nak cakapla, memang nak terlelap je..2 la mak dah cakap balik petang Ahad, xkelam kabut nak pergi office. Ini idak, degil.. subuh subuh keluar, sedangkan orang lain masih dengan selimut tebal dan juga masih diulit mimpi yang pelbagai....Sekarang rasakan lah.

Dah la kemengantukan tahap dewa dewa.. Ada ada aje kerja yang nak dibuat waktu rehat, Kena pergi Pekan yang kecil, tapi jem melebihi kat KL plak, parking kereta sangat terhad, terpaksa pusing pusing tayang kereta yang xberjenama.

Nak update blog pun xad mod.....

P/S : Sekian, Mod langsung xad nak update blog...

Khamis, 15 September 2011

~~SPONTANEOUS THURSDAY~~MAAFKANLAH

Maafkanlah..
Bila hati xsempurna mencintaimu

POKOK DUIT


Salam,
Pelikkan pokok boleh keluarkan duit syiling..Setiap dahan mesti ada duit syiling 2..Waa..memang akan kaya la kalo macam ni. 

Pokok yang dipenuhi dengan duit syiling ni ditemui di Peak District Scottish Highlands. Sumber ni juga aku ambil dari blog SINI





"Setelah melakukan penyelidikan, pokok ini ternyata merupakan ‘pokok harapan’. Di Inggris, pada 1700-an terdapat satu pokok di Skotlandia serupa pokok ini dan orang yang menancapkan syiling ke pokok ini akan menjadi sihat,” papar manajer tujuan turis Meurig Jones.
 
Dipercayai juga, jika ada seseorang yang mengambil syiling tersebut akan jatuh sakit.

~~SPONTANEOUS THURSDAY~~HARI YANG CERIA

Hari ini ku datang riang,
Tersenyum buat ku senang,
Ku  hias diriku,
Membuat hatiku bertambah girang...

P/S: Mod happy nak balik kampung.

Rabu, 14 September 2011

WORDLESS WEDNESDAY~~~MISS UNIVERSE TAHUN BILE NTAH

KENAPA SEMUA INI BERLAKU???

Salam
Aku memang terover excited bile waktu pagi, sebabnya nak buka blog & FB. Nak tengok apa berita sensasi terkini. Tapi bila buka je, terlebih minat plak nak mengikuti kekajaman yang dilakukan oleh manusia terhadap manusia lain tanpa ada perasaan belas kesian langsung dalam satu blog ni. Ni antara kekejaman yang dilakukan manusia:-


Ni diantara kekajam  yang aku terbaca pagi ni, di hari hari yang lain lagi banyak dan lagi xterjangkau dek akal untuk memikirkan kekajaman yang dilakukan.

Kekajaman dinegara kita xkurang hebatnya berbanding negara negara luar. Tapi sekarang ni permasalah ini semakin berleluasa walaupun telah dibendung dengan pelbagai cara oleh kerajaan. Tetap juga berlaku. Lagi moden sesebuah negara 2 lagi tinggi kadar jenayah dan kekejaman yang dilakukan, seolah olah manusia dah xad nilainya sekarang ni. Xkan nak gantikan dengan robot robot untuk menakluki dunia ni. Ish ish..ap plak yang mengarut ni, mustahil perkara 2 akan berlaku.

Tapikan bile difikir fikirkan balik oleh akal, aku rasa pemakanan juga adalah salah satu penyebab seseorang 2 menjadi lebih kejam. Ini adalah pendapat aku je, sebabnya banyak sangat makanan syang dikatakan halal sekarang ni ada DNA babi. Ni salah satunya makanan yang ada DNA babi yang aku baca pagi ni Sos ada DNA babi. X mustahilkan kalo pemakanan adalah satu penyebabnya.

Dulu masa sekolah  seorang kawan aku tanya kat ustazah aku kenapa xboleh makan babi? lebih kurang macam ni la ayat diaorang.

Murid : Kenapa kita orang Islam dilarang makan babi?

Ustazah : Babi adalah makanan yang haram dan babi ada sejenis kuman di dalam badannya, yang apabila kita rebus dan masak     kuman 2 xkan mati. Dan apabila kuman 2 masuk dalam badan kita, kita manusia akan mempunyai satu sikap iaitu,  tidak pandai nak cemburu. Sebab itu, orang bukan islam tidak rasa tergugat  dan cemburu apabila suami atau isteri mereka bercium dengan orang lain.

So dengan penjelasan ustazah aku 2, ini boleh dikatogerikan sikap kasih sayang yang kurang antara satu sama lain. So sebab itu lah, kekejaman pun berlaku. Sebab 2 la kan, di negara kita pun sering berlaku kekejaman walaupun seseorang 2 mempunyai sebuah family yang bahagia.

P/S : Semoga kita sentiasa dalam peliharaan Allah. Al maklumlah kalo Allah dah xpedulikan kita maka sesatlah kita.

Isnin, 12 September 2011

GAMBAR MISTERI YANG DIKATAKAN ADA KAITAN DENGAN TRAGEDI 11 SEPTEMBER

Salam..
Have a nice day...


Tengah BW pagi ini terjumpa satu entry ni kat SINI, rasa pelik apa kena mengena gambar ni dengan kejadian 11 September 2001 (WTC) yang telah dilukis pada 1980 an. Ini bermakna 10 tahun lukisan tersebut ngan kejadian 11 September 2. Seolah olah pelukis 2 macam nak sampaikan sesuatu mengenai lukisannya. Mungkin pelukis tersebut dah tahu akan agenda pengganas tersebut.

Tapi xheranla kan, dalam Al-quran sendiri pun ada mengatakan mengenai tragedi ni. Kebenaran itu, semuanya dar ALLAH..

P/S: Ya Allah kau pelihara la kami  oarang-orang islam dari segala kejahatan di dunia ini.




Jumaat, 9 September 2011

~~HUSBAND AKU DAH CERAIKAN AKU~~~

Salam,
Hari ni mata aku agak sepet tapi tetap comel..huhuhuhu
Mana xnye asyik nangis je malam tadi..Sedih, marah, rasa nak bunuh je orang yang merampas suami aku 2, Sedih sangat sangat orang yang kita sayang dah xsayang kat kita dan buang kita macam sampah. 
Kenapa jadi macam ni, apa salah aku sampai tega suami aku buat macam ni kat aku, sanggup dia ceraikan aku tanpa krompomi (betul ke aku eja ni). Selama ni, aku je yang dia ucapkan Sayang, Cinta dan xkan tinggalkan aku walaupun apa yang terjadi, tapi sekarang dia dah tinggalkan aku sebab perempuan 2.

Wahai hati kau tabahlah hadapi kehidupan ini. Pasti ada hikmahnya, tapi aku xboleh nak terima semuanya ni, hati aku betul betul terluka dengan apa yang terjadi. Berani diaorang berasmara dana dihadapan aku dan suami aku plak terus lafazkan cerai saat itu, mana hati aku xtersayat bila suami sanggup menyebelahi perempuan 2..Perempuan 2 tersenyum mengejek aku, walaupun dalam kesamaran, aku masih ingat lagi muka perempuan 2.
Ni la gambar perempuan 2
Sampai terbawa bawa plak dalam mimpi pasal kes Natasya ni 

P/S: Ya Allah kau jauhkanlah sebarang perkara yang buruk menimpa kami semua. Moga jodoh aku berkekalan hingga ke akhir hayat bersama ngan husband aku, Amin

Khamis, 8 September 2011

KAU KENAPA NAK BUSY BODY HAL AKU, ADA AKU SUSAHKAN KAU..

Salam
Manusia ni kalo xbusy body hal orang memang xsenang duduk kut rasanya. Bukan aku nak kata semua manusia yang ada kat muka bumi ni, tapi sesetengah manusia yang memang suka busy body, hal dalam kelambu pun dia nak sibuk tau.

Dah lama aku xjumpa manusia ni, raya tadi pun xnampak muka, nak kunjung tiba rumah aku jauh sekali, tanya khabar pun jarang, malah kalo bersentuhan bahu jumpa tengah jalan pun belum tentu ditegurnya aku ni...Selalu je jumpa dalam FB, tapi xadnye nak tegur2 aku. Bukan itu, yang aku harapkan, tapi kebusy body an kau 2 yang menyampahkan aku.

Tibe tibe tanpa salam  " Si Pulan ( bukan nama sebenar) dah nak dapat baby, bile lagi"

Eh eh..ap aku nak jawab ni, terkedu " Ek, xad rezeki lagi"

"Kena tuntut ilmu kat si Pulan, baru nikah 2 minggu dah lekat" Ada aku kisah, dah rezeki dia, nak buat macam mana..

Terus aku xchat dah..Entahla, aku terasa juga bile dia cakap macam 2.. Tapi apa nak heran, aku baru je kahwin xsampai pun 4 bulan kahwin, huh....dasar busy body hal aku, pasal ngandung pun nak sibuk. Itu rezeki dari Allah. Cepat atau lambat apa boleh aku buat, kena la terima.

Lagi plak, aku ngan husband aku jenis PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh ), sorang utara, sorang selatan, sebulan sekali baru jumpa. Apa nak heran kalo aku xngandung lagi.
Selalunya xad la plak aku nak sensitif sangat bile ada orang tanya pasal hal ni, tapi kali ni memang menyakitkan hati aku, seolah olah macam nak hina aku nagn husband aku je..

P/S: Kau jangan nak sibuk hal aku, kau jaga hal kau.

~~SPONTANEOUS THURSDAY~~

AKU BENCI DEDAH AURAT DI FACEBOOK
SEBELUM ANDA DI KUBURKAN@DIKAMBUS
 
Bagi saya email dan pasword FB anda, saya boleh tolong deletekan gambar2 anda...jika mampu, sila sertakan tarikh MATI...
P/S: Banyak juga gambar gambar aku kat Facebook, bile nak delete ni.....

Selasa, 6 September 2011

D" CARBO2..MENATANG APA NI...?NAK TAHU, CER TENGOK SENDIRI...

Salam,
Selamat menyambut Hari Raya yang ke-8 hari...Hari ni baru start masuk keja, rasa malas je nak bangun pagi pagi buta nak meredah hiway sorang-sorang dengan keadaan yang gelap gelita, hanya di temani radio Sinar..Layan kan aje, karang aku plak yang tertido, kan naya je..

Masuk office, langsung xtahu nak buat apa2. Ibaratkan orang yang baru nak daftar masuk office baru je...hehehe, apa apa pun kena tunggu Mrs. Mood datang, supaya kerajinan nak membuat kerja ditahap yang maksima.

Cakap pasal kerajinan yang maksima ni, aku teringat pasal kereta aku 2, walaupun buruk tapi tetap boleh naik n dipandu kemana-mana sahaja tanpa ada apa apa masalah. Memang aku puas hati la sekarang.

Cer Korang tengok kat SINI kalo nak tahu lebih lanjut mengenai D" Carbo, pasti korang pun akan puas hati gune menatang ni. Serius, aku pun dah guna tau, memang berkesan:

RM 99.00/UNIT

KEBAIKAN:-

1.KESAN SEPERTI TOP OVERHAUL
2.PRESTASI ENJIN MENJADI BARU SEMULA
ENJIN MENJADI SENYAP DAN KURANG GEGARAN.
3.PERMANDUAN MENJADI LANCAR
4.KUASA PECUTAN MENJADI BERTAMBAH
5.ENJIN MUDAH DIHIDUPKAN
6.MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT ENJIN
7.MENJIMATKAN MINYAK SEHINGGA 40%

P/S : Boleh hubungi terus melalui HP 017-5999059 ( Muhammad Firdaus Bin Ahmad Tarmizzi a.k.a Bob) & tanye sendiri macam mana nak dapatkan menatang ni kalo sesiapa yang berkenan la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails