Wednesday, July 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY '''''''LALAT KREATIF




Dah la bawa banyak penyakit...macam-macam aktiviti ko buat ye...!!!!!

Thursday, July 21, 2011

CHARLIE BIT MY FINGER....AGAIN



Comelnya...
Kelakar je tengok baby 2 gigit jari abang dia....huhuhuhu

SEDAPNYA.........




Korang pernah makan x laksa + ngan pulut udang...sedap oooooo
lagi 4 jam nak buka pose...huhuhuhu

Tuesday, July 12, 2011

You Can Try..............

KALAU KORNG BOLEH BACA NI,MAKNANYA OTAK KORANG MASIH BERFUNGSI DGN NORMAL.

Kalau tak pas nie, ada something wrong ngan otak korang.

Short Neurological Test

1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO​O

2- If you already found the C, now find the 6 below.

999999999999999999999999999999​99999999999999999
999999999999999999999999999999​99999999999999999
999999999999999999999999999999​99999999999999999
699999999999999999999999999999​99999999999999999
999999999999999999999999999999​99999999999999999
999999999999999999999999999999​99999999999999999

3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNM​M
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM​M
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM​M
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM​M
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM​M

TAHNIAH...!!!
TERIMA KASIH KERANA MMBACA...
KIH...KIH...KIH...

Monday, July 11, 2011

MANA PENULIS SENJA PERGI.....

Macam-macam daa....
Pagi-pagi lagi buka blog, macam -macam entry para-para bloger buat.. Yang menarik hati aku nak membacanya mengenai blog Penulis Senja yang pembohong besar. Huish..dasyat ni...

Memang isu ni hangat sangat diperkatakan oleh sesetengah bloger, rasa xpuas hati memang dah pasti, banyak juga blog-blog yang menghentam si Penulis Senja ni..Aku malas nak backlink kan blog2 yang menghemtam PS 2..Koma cari sendiri la ye....

Pagi-pagi kalo aku buka aje blog, pasti aku akan baca entry blog si PS ni, menarik juga n banyak info-info yang xterjangkau dek akal yang dia buat..Tapi hari ni xad la plak si PS ni..Dah takut nak keluar la 2, karang kalo kuar memang kena hentam teruk2...Kesian ko PS kan...

Tapi itu la padah nya, ko main cara kotor lagi nak jadi top ranking..curi trafik blog orang lain, ke trafik aku ko curi jgk ap..Aku xtahu sangat mengenai IFRAME ni.Aku xpernah tahu pun apa itu IFRAME, lebih baik xpayah tahu la kot, kalo tahu kang aku jadi macam PS. Tapi si PS ni guna IFRAMME dan COPYCAT tegar untuk mendapatkan trafik yang tinggi, Patutla pun blog ko dapat ranking yang ke 40...

Apa-apa pun aku bahagia ngan blog aku sekarang, walaupun sunyi sepi xad pengunjung, andai itu takdirnya, aku terima ngan redha....

Saturday, July 9, 2011

KESEORANGAN PART 2

Malam yang sangat sunyi...Aku xdengar pun suara budak2 y slalu melepak dihadapan rumah aku ni..Mana semua orang kat taman ni pergi. Adakah aku sahaja y ad kat taman ni..mcm xlogik je..Teringat filem 'i am a legend'..memang menakutkan kalo smua org dh jd mcm 2..Aku juga x nampak pun cicak y selalu berkejaran..selalunya bukan main lagi berkejaran sampai tercabut ekor pun ada..huh..karang aku lestik br ko tau cicak, bukan men lg ye nk bermadu asmara nk bersaksikan aku, mentang2 aku keseorangan...

Aku keseorangan lagi..
Aku nak tonton tv. Nak tahu hal dunia, nak tahu tentang BERSIH y hangat sangt disebut-sebutkan, polis merata-rata buat kawalan..Tapi apakan daya, tv xad, bekas housemate aku dah bw tv dia pindah ikut rumah baru dia, so tinggallah aku keseorangan tanpa tv..Keseorangan lagi...

Waktu keseorangan ni, perut mula la berzikir2..So pergi pasar malam jap, nasibla pergi sorang2 la jawabnya..huhu..

Mula berfikir, sampai bila nk mcm ni ye?

KESEORANGAN...

Keseorangan..
Macam ni lah rasanya kalo dah tua nanti. Ditinggalkan berseorangan oleh anak-anak yang mencari rezeki di Kota. Ditambahkan pulak dengan badan yang terbongkok-bongkok dengan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk melakukan sebarang kerja. Hanya duduk, dan baring sahaja saban hari. Itu sahaja yang boleh dilakukan. Makan dan mandi pun hanya mengharapkan belas ehsan dari jiran-jiran yang berhampiran..Mak ai..bosannya hidup macam ni.

Tapi ini adalah realiti kehidupan. Dikala aku keseorangan ini lah yang aku fikirkan..Adakah satu hari nanti aku akan menjadi seperti itu..Aku xnak melalui usia tua ku seperti itu. Aku xnak...Tapi kalo dah takdir untuk aku seperti itu.......

Dikala aku keseorangan diwaktu malam. Ianya amat sunyi, hanya kedengaran bunyi cicak yang sedang berkejaran untuk memadu asmara, cengkerik-cengkerik yang xserik-serik mengeluarkan bunyinya, kadang-kadang amat merimaskan antena pendengaran aku untuk menghayati sebuah novel berjudul "Lagenda Budak Setan". Sedangakan orang lain diluar sana sedang seronok dengan family masing-masing, menonton tv berbagai channel, makan malam beramai-ramai dan berbagai aktiviti dilakukan tanpa keseorangan..Aku jeles tau....waaaaa

Malam berganti siang. Aku masih lagi keseorangan. Kemana sahaja pasti keseorangan. Semuanya sibuk dengan kerja masing-masing, walhal hari ini cuti...Berbloger pun keseorangan juga, tanpa ada pengunjung yang sudi datang untuk menjenguk blog aku yang makin usang ini. Tahulah blog ni dah dipenuhi dengan sawang yang beinci-inci, nak masuk pun pasti menyeramkan macam rumah yang dah ditinggalkan bertahun-tahun lamanya.

Aduh keseorangan lagi...

Thursday, July 7, 2011

Hati Riang Gembira...

Huhuhuhuhuhu
Gembira kah aku?????
Gembira sangat2...hahhahahahahahaha...Nak gelak kuat-kuat la....

Walaupun gigi sakit macam kena peluru berpandu yang menembak berdas-das..Tapi aku xpeduli...Hati aku sedang bergembira sekarang ni..Abaikan sekejap dengan masalah gigi yang sedang sakit.

Wahai hati yang sedang bergembira..Apa yang ko sedang gembira kan?
Sudah bertahun juga la aku mencari seorang kenalan lama aku ni. memang aku dah lost contact ngan dia. Tapi hari ni aku ad terjumpa dia kat dalam FB. Huhuhuhuhu. xsangka terjumpa juga akhirnya ye..memang susah benar nak mencari nama ko..Nanti aku nak chating ngan ko, aku nak tanya ko macam2..Gediknya...

Mesti korang musykil kan kenapa kenalan aku ni xcari aku kat FB.? Nampak sangat yang aku plak yang beriya-riya nak cari dia..itulah namanya gedik..hahahaha..lantakla..pedulikan....Yang penting aku happy dapat jumpa balik kenalan aku ni walaupun dah lama xberhubung...hehehehe..

Dia ni bukan la seorang artis pun..Kalo artis memang senang la nak cari..Tapi aku mana ada kenalan ngan mana-mana artis..fuh..poyo je..hehehehehe...
Aku Happy sangat jumpa ngan ko..walaupun dalam FB je....Jangan plak cinta kembali berputik..hahahaha...Abaikan perasaan itu ye.....2 status aku 2 aku dah kahwin tau..

Wednesday, July 6, 2011

Adoi...Sakitnya.....


Adoiii..sakitnya....
Dah 2 3 malam aku tahan sakit ni....memang sakit sangat2..ish2
Gigi bongsu nak tumbuh...Gusi pun jadi bengkak..Efectnya tekak pun sakit bile nak telan air liur...Waaa sakitnya....

Rasa nak demam pun ada juga..Tapi kuatkan hati xnak demam..hehehehe..ada plak macam 2....Ada member bagi petua bubuh bunga cengkih kat gusi yang sakit 2...Aku xnak try..huhuhuhu...Ish2 mengarut aje aku rasa petua 2..Bukannya apa, aku xsuke bunga cengkih...Rasa apa entah...huhuhu.

Makan pun xboleh nak berkunyah-kunyah sangat...Makan yang lembut2 je...Alamak, ni yang xsuke ni..Aku kalo pasal makan memang xboleh nak bertolak ansur....So sakit xsakit aku bedal kan aje..huhuhuhu....

Berapa lama lagi aku nak menahan sakit ni...Huhuhuhuhu..Bila nak habis sakit ni..Nak buat kerja pun xberapa nak fokus...Duk menahan sakit je..Ya Allah ya tuhanku..Kau sembuhkanlah sakit ku ini secepat yang mungkin...Amin...

Ini baru sedikit azab yang Allah bagi...Dah xtertahan nak menanggungnya...Insaf sebentar....


RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...