Sunday, May 29, 2011

HUH....KALAU IA PUN MINTAK LA MAAF

Salam & Selamat Tengahari...
Baru balik dari kedai buku..ngan usha2 novel. Tiba-tiba ada seorang budak perempuaan ni masuk kedai buku 2 n usha2 novel juga. Aku pun terjeling la kat budak perempuan 2 sebab dia kat sebelah aku je. Aku tengok gelagat dia, macam kalut aje budak perempuan ni. Mana xnya, dia baca sinopsis novel kat belakang 2 xsampai pun seminit. Pas2 letak n ambil plak novel lain,macam 2 la keadaannya seterus-seterusnya semasa aku berada kat situ. Memang la orang lain pun akan buat macam 2. Tapi xadla plak sekalut macam perempuan 2. Ish apa yang xkena ngan budak perempuan ni, dalam hati sempat lagi mengumpat..huhuhuhuhuhu

Dengan keadaan kalut dia 2, tiba-tiba 2 buah novel jatuh kat kaki n terkena betul-betul kat ibu jari aku..Sakit juga, tapi sakit 2 xla lama sangat n xmemudaratkan pun. Tapi bengangla juga, budak perempuan 2 buat bodoh je macam xad apa-apa yang berlaku. Nak kata maaf jauh sekali..Aku xkisah kalau dia memang xsengaja, tapi sekurang-kurangnya mintakla maaf. Susah sangat ke?ish..memang xad kesedaran sivik langsung.

Ni lagi satu kes yang buat aku bengang sekali lagi. Badan perempuan 2 kecik je, kalau akau nak berselisih ngan dia nak kesebalah kanan rasanya muat je. Tapi dia buat macam jalan bapak dia punya, langsung xbagi aku jalan. Apa yang xkena ngan budak perempuan ni pun aku xtau. macam xpaham-paham je aku nak kesebelah sana. Last sekali aku pun memusing 360 ° untuk kesebalah kanan plak. ish...memang bengangla..

Aku pun malas dah nak lama-lama kat kedai buku 2 n terus p kat kaunter nak bayar. perempuan 2 pun kalut gak keluar, n keluar terus xbeli sebuah buku pun. Tadi bukan main kalut sangat macam nak beli semua novel kat situ. Entahla....



Friday, May 27, 2011

PELANGI MENGELILINGI MATAHARI (HALO MATAHARI)

Salam dan selamat petang....
Memang sengal pening kepala aku dibuatnya, mana xnya tengah syok2 tidur tibe2 adik aku kol. Suruh aku tengok matahari. Dia cakap dia nampak ada pelangi keliling matahari 2. Time 2 rasanya semua orang lelaki dah pergi sembahyang jumaaat. Kalut dan penuh excited dia berc
erita dan suruh aku pergi keluar n tengok sendiri. Huh..pening kepala terkejut xabis lagi...

Ni gambar yang telah adik aku send..Kamera jenis apa ntah dia guna jadi warna macam ni..



Ini plak gambar yang pernah terjadi di Kota Padang, Indonesia

Wednesday, May 25, 2011

Kepada Wanita, berhati2lah anda!!!...nak tahu kena bc dulu artikel ini....

HATI2 DENGAN 'CERMIN' DI HADAPAN ANDA BILA MENCUBA PAKAIAN BARU DI DALAM BILIK SALIN PAKAIAN DI KEDAI2 ATAU SHOPPING KOMPLEX ATAU ANDA BERADA DI TANDAS2 AWAM DAN HOTEL2

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin dua arah?.Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya dua arah tapi untuk di kawasan tumpuan awam :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".

Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan diri anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain. Para lelaki: beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda mengenai tips ini! 'SILA KONGSIKAN INFO INI DI WALL ANDA'- sekian



INI LAH MASALAHNYA KALAU XNAK MASUK PUSAT BAHAGIA...

Sekarang ni kita digemparkan dengan berita mengenai seorang suspek berbangsa India yang sesuka hati nak mnyimbah asid kat muka kaum hawa di sekitar kuala lumpur. Dah banyak yang menjadi mangsa. Apa masalah sebenar lelaki tersebut?dendam ngan kaum hawa ke?gangguan mental 2 memang dah pasti sangat kalau dah kes2 macam ni, orang yang normal xkan buat macam ni....Tapi mengikut statistik kesemua mangsa tidak ada kaitan lagsung ngan lelaki tersebut dan mangsa-mangsa yang menjadi mangsa simbahan asid majoritinya adalah perempuan melayu. Tapi sampai sekarang suspek tersebut masih lagi bebas.


Ini betul2 menakutkan. Lepas ni siapa pula yang akan menjadi magsa lelaki tersebut, dan semalam aku ada mendengar berita dari radio sinar iaitu pakar kimia meyarankan orang perempuan supaya membawa sebotol air mineral sebagai langkah berjaga-jaga jika menjadi
mangsa. Sekiranya ada sesiapa yang pernah melihat wajah lakaran seperti di atas sila la hubungi 03-21159999. Aku harap suspek tersebut dapat diberkas dengan secepat yang mungkin. Simbahan asid ni boleh menyebabakan kecacatan yang kekal seumur hidup, mangsa yang terkena mungkin akan trauma dan tekanan emosi.

Tuesday, May 24, 2011

CERITA DISEBALIK GADIS JATUH LONGKAG

Malu, malu...memang malu...berinci2 dah muka si gadis 2 menahan malu dek jelingan orang disekeliling...jeling2 plak bukan nak tlg...huh dasar penting kan diri betul orang dekat sini.....
Huh...macam mana la longkang yang memang dah besar kat depan gadis 2 dia boleh xnampak??rasa pelik plak...huhuhuhuhu

Kononnya nak control ayu la 2...maklumlah mamat hemsem naik BMW tengah lalu....hensem gila wei...nak jatuh rahang gadis 2 tgk mamat 2. Sebelum ni memang dah pernah tgk dah mamat 2....Ni satu lagi kisah...oooooo..

Masa 2 hujan renyai2...Gadis 2 dah terlewat plak masuk office (time rehat)..hehehehe..tertidur la 2..Apalagi dengan kuasa tenuk gadis 2 pun drive selaju yang boleh..xlaju pun..mana boleh laju kawasan taman n dengan tiba2 satu kereta BMW entah berapa series entah xambil tahu plak selamba je lalu..Gadis e2 pun menjadi panik terus menekan break dengan sekuat hati dan menekan hon kat kereta BMW 2. Sikit aje lagi..kalo tidak 2 bulan gaji pun belum tentu gadis 2 dapat bayar untuk membaik pulih kereta 2...kecut perut wei...tangan dah menggeletar....

Tuan kereta BMW 2 pun menurunkan sedikit cermin keretanya dan memberi jelingan maut kat gadis 2. Gadis 2 tengok dengan rasa yang takut teramat. Bukan salah tuan kereta BMW 2, salah si gadis 2 juga sebabnya keluar simpang xtengok kiri n kanan..tau keluar je..boleh plak hon kat orang yang xbersalah..huh..malunya.......

Ni xpasal-pasal plak hari ni si gadis yang sama boleh plah terjatuh kedalam longkang...ish2..memang lawak..Ingat jejaka hemsem 2 boleh tolong ke.Tolong tengok mungkin la kot....hahahahahahahaha

Ehhhh.bukan disebabkan mamat hemsem BMW 2 si gadis ni terjatuh longkang ye, tapi terpijak plastik yang entah siapa yang buang? Dah xboleh nak kontrol terus termasuk dalam longkang xdalam pun..Sakit xpayah nak cakapla memang sakit kalo jatuh...nasib baik kaki si gadis 2 xterseliuh. kalo x macam mana nak bersanding yang sedang menghitung hari ni...huhuhuhuhuhu

Dah jatuh macam nangka busuk..So kena la bangkit sendiri. Tapi dalam fikiran teringat kat mamat hemsem 2..huhuhuhuhu..kalo la mamat hemsem 2 berhenti n tlg gadis 2, bagusnya..hahahahaha..Jgn harapla....Dengan selamber terus balik xnak tgk belakang dah..malu yang teramat sangat..sekali seumur hidup dalam sejarah jatuh masuk longkang..

Emmm..macam mana aku boleh tahu kisah si gadis ni..huhuhuhuhu
Sebabnya si gadis 2 aku la.....

P/s: Jangan nak buang sampah merata-rata, terutamanya plastik kalo ad yang terpijak nak control ayu kan boleh tersungkur macam aku. kalo xjadi ap2 xpelah. kalo dah patah riuk sape plak nak menhjawab.

Doktor Cinta

Huh..Pagi2 lagi aku dah kena tegur ngan bos....mana xnye pagi2 lagi aku dah online FB....aik macam mana bos aku tahu aku online FB????Eleh bos aku pun sama 2 x 5 je ngan aku, macam la aku xtau..dia pun duk online juga..hehehehehe

Semenjak 2 menjakbos aku ada akaun FB ni..asyik aku je yang menjadi mangsa untuk menguploadkan gambar2 dia masuk ke dalam FB..ish2...rasanya dah baanyak kali aku ngajar dia...xreti2 juga...sabor jela....Kesian bos aku, kutuk bos plak..

Nasib baiklah bos aku 2 xad blog...Kalo ada naya je aku kutuk dia kat sini..huhuhuhuhu..Apa2 pun bos aku ni memang sporting...

Novel Doktor Cinta memang best dan memang kelakar...tapi sampai je kat part sedih memang aku tangkap leleh habis....meleleh je air mata bila baca..Emosi bertukar2 bila baca novel ni...kalo part nak gelak 2 memang akan tersenyum je..

Mazliana Haji Nordin watak utama dalam novel ni..memang watak gile2 la minah kelibut ni...Cakap pun main redah je sempoi dan bersahaja..Tapi hati memang baik n anak manja...Tengku Iskandar Tengku Mazlan plak adalah tunang kontrak Mazliana Pengarah Syarikat MM Holding yang sangat ego...Bagi dia cintanya adalah untuk Julia Hana model terkenal yang memang berhati busuk, Walaupun Julia Hana pernah kecewakan dia.


Tuesday, May 10, 2011

NORA ELENA

Drama Nora Elena telah ditayangkan di TV3 pada 9 Mei 2011 jam 7.00 malam. Memang aku nanti-nantikan sangat drama ni. Drama ni sebenarnya diadaptasikan dari novel Kasih Yang Suci..Watak utama Siti Saleha-Nora Elena dan Aaron Aziz-Seth Tan.


Thursday, May 5, 2011

Kisah Si Pahala dan Si Dosa

Pahala vs Dosa.. Saper Yang Menang..??

Dosa :ko taw,senang je manusia nak dapat aq..

Pahala :Oh ye?Buktikan..

Dosa :ye la,sape tak suka zina?lelaki mana tak suka tengok perempuan bogel?Bila dorang tengok suma tu,dorang dapat aq la..

Pahala :Oh ye?Tapi,macamana nak dapat tengok pompuan bogel tu?

Dosa :senang je,bukak tenet or sms je awek die,then cakap , “if u love me,give me all u have..if u don’t want,we break!” Kompom pompuan tu bagi nye lah!

Pahala :Oh ye?Nak main tenet or mesej tu,kene pakai apa?

Dosa :duit la,samdol betul la ko ni..

Pahala :Oh ye?Nak dapat duit wat camna?

Dosa :Lor,kene usehe la..Mencuri ke,merompak ke,ayat awek ke..Tu pon tak taw?

Pahala :Oh ye?Susah la camtu..

Dosa :Kenapa lak?Susah ape nye..Senang je,masok umah orang then curi duit..ala,curi duit mak sendiri pok ok dowh!

Pahala :Oh ye?Kalo kene tangkap polis?

Dosa :Sendiri tanggung la..nak zina sangat..

Pahala :Oh ye?Kalo camtu,aq lagi senang la dorang nak dapat..

Dosa :Nape lak?

Pahala : Dorang takyah guna duit untuk dapat aq..

Dosa :uso da to itte yo..Joe (pls don’t lie..Joe)

Pahala :betul,tak tipu lansung..Ok,katakan sorang budak,nama dia akmal,duduk di tingkat 8..Die dengar azan,die ambil wudhu’ n turun ke surau..Ko taw ape yang die dapat dengan hanya berjalan kaki ke surau?

Dosa :dapat ko la kot..

Pahala :Haaa,pandai!!! Die dapat aq,die tolak ko n die nye martabat naik satu..hebat dowh..

Dosa :ala,tapi die kene amik wudhu kan?Nak amik wudhu kene ade air,nak ade air kena ade duit..same lah ngan aq..hahaha

Pahala :Uish,tak same dowh…Katekan takde air,die gune debu pun boley!

Dosa :Uso!!(tipu)

Pahala :Betul,tu namenye tayammum,ko tak taw ke?Dasar dose.

.Dosa : Dose,dose jangan sebut..Tak baik..

Pahala :n ko taw,susah dorang nak dapat ko selagi aku ade..

Dosa :ape maksud ko?

Pahala :katakanan dorang wat sesuatu yang patut dapat ko..zina ke..tikam orang lain sampai mati ke.. Malaikat tak akan terus tulis dalam buku yang dorang dapat ko..Malaikat tunggu sampai kali ke 10,kalo die x tobat,barulah die ditulis yang die dapat ko..tapi tu pun 1 je..susah..andaikata die wat salah 9 kali.. nak wat kali ke 10,die insaf..die tak dapat ko pon,die dapat aku..wek!!!

Dosa :em..betoi2..

Pahala :lain lak ngan aq..andaikata die wat baik 1,die dapat aq secara pukal..die dapata aq,ayah aku,adik aku,mak aku,mak su aku..ahhhh,die dapat sume!

Dosa :jangan blagak la weh,buktikan

Pahala :mana taknya,Allah sentiasa gandakan kebaikan yang manusia wat..contohnye,die bace quran..die bace quran tu da dapat 1 pahala,setiap huruf yang dibace pun dapat pahala,jika ada yang mendengar,die dapat pahala lagi…..huhuhuh…andaikata Allah wat populasi aku ni limited,memang pupus la..haahha

Dosa :logik2..

Pahala :Tapi senanye,aq bingung…

Dosa :apsal lak?

Pahala :walopon aq senang dorang nak dapat,dorang lebih minat ko dari aq..

Dosa :ye la,sebab sume bende yg dapat aq,nikmat dowh…n sume bende nak dapat ko, sumenye booooooorink!

Pahala :senanye,takdela borink sangat..tapi musuh dorang,setan yang bisik dot kate borink…

Dosa :logik2..Betul,jalan untuk buat kebaikan terlalu banyak tapi kita yang menyusahkannya..Dan angkara kita juga, jalan itu berbelit-belit dan kita pening,lantas kita pilih jalan senang dan mengasyikkan,kita pun pilih jalan ke neraka..Ya,jalan yang nampak senang dan nikmat di mata kasar namun pada hakikatnya,mengundang seribu satu nestapa…

P/S:: hakikatnya kedua-duanya boleh menang..Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.. sama ada mahu pahala atau dosa.. (^,^) Oleh itu,, pilihlah yang "hakim" suka..

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...