Pengikut

Rabu, 13 April 2011

PUNCA-PUNCA PASANGAN BERCINTA BERPISAH.....

Biasanya punca perpisahan pasangan yang vercinta adalah kerana cemburu buta, bakal mak mertua x suka, masalah ekonomi atau belum bersedia melayari alam percintaan. Menurut kajian entah sape2 entah ada lagi faktor yang boleh mempengaruhi sesuatu perpisahan itu, antaranya...

Stokin Busuk
Stokin yang dipakai oleh pasangan korang 2 macam bau bangkai haiwan. Agaknya dan sebulan x basuh kot.

Korek Taik Hidung
Time keluar dating dengan pasangan korang, dia suka sangat korek lubang hidung dan ngan selamba mengeluarkan bijihnya di khalayak ramai sambil mencalit ikut suka.

Kentut
Pasangan korang meneran angin tanpa mengira tempat sambil kelegaan walaupun orang di sekitarnya x selesa dengan bau busuk bukan kepalang.

Mulut Berbau
Sebelum keluar suara, bau mulut tahap longkang tersumbat dulu yang keluar semerbak...menandakan pasangan korang malas gosok gigi.

Makan Berbunyi
Bila menguyanh makanan gerenti berbunyi macam keretapi pancit nak masuk stesen hingga terencat selera korang nak menelan.

Makan Selerak Dan Selekeh
Dah la gelojoh menyuap makanan, pastu berselerak atas meja dan beselekeh disekeliling mulut...macam budak-budak.

Malas Mandi
Sentisa nampak kemas dan cantik setiap hari tapi malas mandi. Sembur minyak wangi tak agak-agak tapi bila dah bercampur peluh xmandi langsung menerbitkan aroma hapak tahap limpahan kumbahan.

P/S: Kalau aku dah aku reject awal2 dah kalo pasangan aku macam ni...huhuhuhuhuhu.....bukan nak berlagak tapi...pk sendiri la....

0 ulasan:

Catat Ulasan

THANKS FOR COMMENT...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails