Thursday, March 10, 2011

NAK JADI JURUTERBANG

FAKTA: Latihan penerbangan di APFT
  • Pelatih dikenakan yuran pengajian RM190,000 merangkumi semua kelengkapan sepanjang pembelajaran, termasuk yuran semester, pakaian, tempat tinggal dan makanan di samping buku rujukan.
  • Pelatih didedahkan kepada lima subjek asas memandu pesawat bagi memastikan mereka melepasi beberapa peperiksaan sukar sebelum layak mendapat lesen juruterbang yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
  • Antara mata pelajaran itu adalah meteorologi dan navigation, yang menjadi nadi penting juruterbang, selain mempelajari kemahiran mengendali set perhubungan.
  • Sepanjang 15 bulan pengajian dengan 165 jam latihan memandu pesawat satu enjin dan 35 jam mengendali pesawat dua enjin, pelatih perlu membuktikan mereka mampu menjadi juruterbang yang cekap dan berdisiplin.
  • Setiap pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh pengajian dengan sekurang-kurangnya 42 jam hingga 45 jam latihan penerbangan sebelum layak mendapatkan Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) yang dikeluarkan DCA.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya

  1. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani
  2. Boleh berkomunikasi dengan baik
  3. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  4. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik
  5. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
  6. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental
  7. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
  8. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
  9. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama

Syarat mengikuti latihan

Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Tempat mengikuti latihan

Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.

Syarat mengikuti latihan

Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

Rasa macam nak apply la....memang dari kecik dulu minat juga nak jadi Pilot...tapi dah tersasar ke lain.....


No comments:

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...