Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina diatas pokok...2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingka atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. Dan punyalah terkejut beruk, dia masuk je bilik tu...da ternampak cermin suaminya. Oleh krana si isteri ni taktau cermin tu apa...so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi...habis berlari dan meraung menangislah dia cari maknya. Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu. Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa berbahak-bahak.
isteri: Apasal mak ketawa?
Mak: Apa teruk benor selera suami ko tu....kalau ye pon nak kawin lain..carik la perempuan yg elok sikit..ni tak..aku tengok perempuan kat bilik tu dah la tua hodoh pulak tu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK
Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi. Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...
-
Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi. Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...
-
Assalammualaikum Waktu rehat sekarang ni. Mata tak ada pula mengantuk, selalunya time macam ni memang awak cari port nak tidur je di dala...
-
Assalammualaikum Minggu lepas, masa jalan - jalan kat Tesco ada promoter dari Dutclady buat ujirasa. Anak awak memang suka bab rasa-mer...
No comments:
Post a Comment