Wednesday, January 12, 2011

Kisah Serangga dan Labah-Labah Tarantula...

Ada seekor labah-labah Tarantula berketurunan Hogna Carolinensis hidup dengan gembiranya di sebuah ladang Jagung tajaan MARDI. Labah-labah Tarantula ini membina sarang yang besar dan cantik di antara pucuk-pucuk jagung yang tumbuh. Semakin hari labah-labah Tarantula ini semakin gemuk dan sihat dengan memakan serangga-serangga yang terperangkap di dalam sarangnya. Labah-labah Tarantula telah membuat keputusan untuk tinggal di situ selama-lamanya.

Pada suatu hari, ada seekor serangga kecil terperangkap di dalam sarang labah-labah Tarantula tersebut. Dengan gembiranya labah-labah Tarantula tersebut mendekati serangga kecil tersebut untuk memakannya. “Jika kamu lepaskan aku Wahai Si Labah-labah Tarantula… aku akan beritahu kamu suatu perkara yang boleh menyelamatkan dirimu selama-lamanya”, kata serangga kecil itu dengan ketakutan. Labah-labah Tarantula itu berhenti dan bersedia untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh serangga kecil itu. “Lebih baik kamu berpindah dari ladang jagung ini!, Musim menuai sudah hampir tiba…”, kata serangga kecil itu.

“Hahahahahha… Apa ke bendalah kau ni merepek pasal musim menuai pulak ni… Ini mesti kau reka-reka cerita je…”, kata labah-labah Tarantula itu. “Tidak, aku tidak merepek… Pemilik ladang jagung ini akan datang tidak lama lagi untuk menuai jagung-jagung yang sudah masak ranum ini, kamu akan mati nanti jika kamu terkena mesin penuai jagung tu!!”, kata serangga kecil dengan semangatnya.

“Haahahahhaa… merepek…merepek… kau ada bukti ke? Aku tak percaya langsung pasal musim menuai dan mesin penuai jagung tu…”, tanya labah-labah Tarantula itu. Maka jawab serangga kecil itu, “Lihatlah bagaimana jagung-jagung itu ditanam di dalam barisan yang teratur… Lihatlah bagaimana jagung-jagung itu tumbuh subur hasil daripada baja-baja yang ditabur… Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa ladang ini dimiliki dan dijaga oleh manusia yang bijak!!!”.

“Hahahahahh…. lawak sungguh kata-kata kau ni… jagung-jagung ni tumbuh dengan sendirinya… mana ada pemilik ke… penjaga ke… itu semua karut… merepeklah kau ni… oleh kerana perut aku ini pun dah lapar, maka….”, dengan rakusnya labah-labah Tarantula itu memamah serangga kecil itu. “Kau akan menyesal!!!”, itulah kata-kata terakhir daripada serangga kecil itu.

Beberapa hari kemudian, kata-kata serangga kecil itu masih terngiang-ngiang di telinga labah-labah Tarantula itu (labah-labah ada telinga ke? Hehehehh), tetapi labah-labah Tarantula tetap berfikiran bahawa kata-kata serangga kecil itu dusta belaka. “Aku dah berada kat sini sejak jagung-jagung ni baru membesar sedikit, hidup aku gembira kat sini… takde sape nak kacau.. makanan pun senang dapat… tempat ini akan selama-lamanya macam ni.. cantik dan tenang sentiasa.. aku suka tempat ini!!!”, kata labah-labah Tarantula itu kepada diri sendiri.

Keesokkan harinya, seperti biasa matahari bersinar dengan teriknya, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, berjalan-jalan labah-labah Tarantula itu disarangnya sambil menunggu kalau-kalau ada serangga yang terperangkap.
Tiba-tiba… langit menjadi berdebu, ada suara yang sungguh kuat dan menggerunkan. Labah-labah Tarantula terkebil-kebil melihat peristiwa itu dan berkata, “Apakah??”. Tamat.

Saudara-saudari sekalian… kita telah diberi peringatan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kita telah diberi peringatan bahawa kiamat itu semakin dekat! Segala yang kita ada di dunia ini adalah fana belaka dan hanyalah Allah s.w.t yang Maha Hidup dan Maha Kekal Selama-lamanya.

Bertaubatlah…

Bertaubatlah…

Bertaubatlah…

Mohonlah keampunan Tuhanmu…

No comments:

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...