Tuesday, August 3, 2010

~ KISAH SI IBU TUA ~

Seorang ibu tua
mengayuh basikal usangnya
ada irama mengiringi kayuhannya
tiap pagi, tiap hari
entah ke mana agaknya destinasi...

Seorang ibu tua
berselendang dikepala
terselit rokok dijarinya
tiap hari datang menyapa...

"Dik, ada kuih makcik? (bertanyakn pulut panggang yg amat digemari)"
itulah pertanyaan
kala si ibu tua menanggung lapar yg mungkin x tertahan...
Dengan senyuman aku hulurkn
kerana panggilan 'adik' yg diberi terasa terhibur hati
selayaknya aku ibarat anknya sendiri...

Suatu hari si ibu tua menumpang teduh dipondok itu
pondok yg menjadi limpahan rezeki buatku...

"Nak ke mana makcik, hujan2 begini?"
terdetik dihati, ke manakah agaknya si ibu tua ingin pergi
kala hujan mula menyimbah bumi
walau x lebat, tp cukup utk membasahi
si ibu tua dn basikal disisi...

Si ibu tua menghembuskn asap azimat
walau dh berkali cuba ku ingat
jgn diteruskan tabiat yg sudah melekat
bimbang kesihatannya akan tergugat
tp nasihat sekadar nasihat
x pernah terpahat x pernah diingat...

"Aku nk ke rumah arwah suami ku.. biar aku sndiri disitu.."
keluh si ibu tua, melepaskn apa yg terbuku.

Dari sinar mata si ibu tua
seolah ingin terus berbicara
namun kepulan asap terus bermaharajalela...

Hati meronta ingin bertanya
kenapa agaknya ingin bersendirian di sana
sedang ank menantunya
masih ada dn punya rumah yg selesa...

Terpacul kata2 yg menghiba
sebelum smpat aku bersuara

"Ada anak, tp x suka maknya.. agaknya sbb aku ni gila, byk menyusahkn mereka.."

Telinga terus terbuka
setia mendengar tiap bicara
seakan ada insan yg terluka
yg mahu meluahkn segala...

"Diambil pakaian dilonggokkan dikepala, x diberi makan dn minum pada aku yg dahaga"

Si ibu tua terhenti utk berkata
walau tiada linangan airmata
tapi aku tahu hatinya parah terluka
kerana anak yg x tahu mengenang jasa
jasa si ibu tua...

"x kn makcik nk bermalam dirumah yg x berbumbung dn dindingnya tercabut disini sana.?"

Kerisauan hati seorang ank singgah disanubari.
walau antara kita tiada ikatan
namun apa yg si ibu tua katakan
x dpt ku terima dek akal fikiran...

Sebelum si ibu tua dibawa pergi
bersama basikal usang dn kayuhan kakii
dia smpat berpesan padaku spt anknya sndiri...

"Jglah ibu mu dik, walau x diberi harta dn benda
cukuplah ibumu dipelihara hatinya
cukuplah jika ibumu dihargai tiap masa
kerana ibu x dpt di jual beli
walau sehina manapun diri
ibumu tetap tiada pengganti..."

Ku lihat si ibu tua terus meredah
x hirau walau dirinya basah
sebasah hatinya yg tabah...

wahai si ibu tua
katamu ibarat pelita
mengajar aku betapa berharga
jasa seorang ibu pada anaknya...

wahai si ibu tua
dengan airmata yg x terseka
kupanjatkn doa buat dirinya
agar kau sentiasa berbahagia walau terluka

ke mana pun dirimu pergi
ke mana pun aku melangkah kaki
pesanan mu kn ku ingat smpai mati
dn x mungkin sekali2
aku menderhaka pada ibu ku sendiri
ibu yg membawa aku ke dunia ini
ibu yg mengajar aku berlari
ibu yg sering susahkan diri
utk kesenangan anak2 yg dikasihi...

buat si ibu tua
moga kau mengampunkn segala dosa si anakmu yg derhaka
moga akan tersedia syurga Allah buatmu disana... aminn Ya Allah.

Note :- Setiap hari ibu tua ini melintasi tmpat ina mencari rezeki... bila lalu pasti salam diberi. Hampir 2 bulan ibu tua ini pergi... akhirnya baru tadi ina lihat dia lalu kembali...

dengan senyuman terukir, dia mmberi salam.. dn memberitahu bahawa anknya telah menjemputnya kembali utk pulang tinggal bersama mereka... tp, dlm hati ina masih berkata2, apakah masih ada helah yg tersembunyi dari anaknya buat si ibu tua ini? ini kerana mgu lepas isteri anaknya baru melahirkan ank sulung mereka (lahir x cukup bulan).

Dn lebih menyayat hati, bila melihat si ibu tua ini pagi2 tadi penuh dgn muatan daun2 mandian utk menantunya... sarat sekali basikal usangnya... dn apabila ditanya.. hari ni makcik x nk ke pulut panggang?
katanya, " x payah lah.. nanti anak aku marah... aku dh x larat nk duduk kt rumah suami aku... byk nyamuk...!"
tersentuh lagi hati mndengar kata si ibu tua ini, kerana pada ina, si ibu tua terpaksa menjadi hamba anknya sendiri...
Ya Allah tunjukkanlah jalan kebenaran buat anak si ibu tua ini dn jdkanlah mereka keluarga yg tahu erti nikmat kasih dan sayang...aminn Ya Robbal'alamin.

* mngikut kisah yg diceritakn oleh jiran terdekat.. ibu tua ini adalah bekas penghuni rumah sakit jiwa... dn ditinggalkn suaminya. tp hakikatnya walau dulu dia pernah gila.. dia masih punya hati dn perasaan yg mahu dikasihi.. ini terbukti bila dia pernah mengalirkan airmata bila ina memberikan kuih padanya dn x mahukn bayaran... SUBHANALLAH... Hanya Engkau Yg Maha Mengetahui dn Maha Mengasihani.


RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...