Tuesday, June 29, 2010

D.U.N.H.I.L.L.=



















Hai semua......
tadi masa aku nk lunch adalah sorang mamat ni duk hisap rokok...nak makan pun sempat lagi hisap rokok....dah la 2 bile hembus kenalah kat muka aku....

Xpaham2 ke...aku duk batuk dua tiga kali pun ...dia boleh wat bodoh je...nk aku lepuk je mamat 2...lantak la kat ko..nk hisap byk mana pun tapi jgn la nak babitkan aku sekali....aku bukan perokok...xpasal2 aku pulak yang kena penyakit...

D.U.N.H.I.L.L =

D > Dunia

U > Umpama

N > Neraka

H > Hidup

I > Ibarat

L > Layang

L > Layang


Tak ada kerja aku cari kerja

Hai semua......baru lepas lunch la......
bosan...bosan...bosan.....
emmmmmm....

Hari ni macm mana ntah rajin pulak aku duk edit blog aku 2....sedap la mata memandang...tapi xla sehebat blog korang semua kan......

Mari semua... mari semua singgah mai la ke blog aku yang x seberapa lawa ni...mai la tengok templat baru and gambar2 yang dah aku edit 2......jgan segan2 pulak....hehehehe

Ap2 pun thanks la kepada u all semua yang mai singgah kat blog aku ni ye...

p/s : Dah korang singgah jgan lupa tinggal pesanan...nanti aku singgah pulak ke korang punya blog..

Monday, June 28, 2010

Mäläm yañg membosäñkæñ

emmm..,.awatla mlam ni begitu membosankan..xad apa2 aktiviti pun nak buat... Nk kmas blik..mlas 2 100% menguasai diri...nk tgk tv xad ctr y best pn..nk tdo xmgntk lg..mod nk bc nvel pn xad la plak... Alahai..bblog ajela...kn snang..tp tetap membsankn jgk...ap y nk bt ye mlm2 mcm ni...nk keluar?emm bkn aktiviti y bijak kalau duk kat Tapah..

Friday, June 25, 2010

JUMAAT

ASSALAMMUALAIKUM......

Hai semua.....Selamat pagi, Selamat Hari Jumaat, Selamat menunaikan Solat Jumaat....hehehehe
Macam happy je ari ni aku kan.....Kita hidup mestilah senantiasa happy...biar org kata muka berkedut sebab banyak senyum n happy2 selalu..hahahahahaha....merapu2 pulak aku pagi2 macam ni...nak kata balik kg...xjuga....Ap salahnya nk happy kan?

Apa2 pun aku nk kongsikan sedikit cerita mengenai 'JUMAAT'

Tahukah anda mengenai perlakuan solat yang terakhir? iaitu no. 13-TERTIB bermakna Akan Pertemuan Kita Dengan ALLAH s.w.t

Dari Abdullah Bin Omar, Rasullullah S.A.W bersabda bahawa perlakuan solat yang terakhir iatu yang ke-13 adalah salah satu sebabmengapa orang yahudi/kafir tidak sukakan angka 13 dan juga 'HARI JUMAAT'. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th" and " 13th Ghost"

'Jika ada dikalangan anda yang perasan'

p/s: Renung-renungkanla.....

Thursday, June 24, 2010

Nasib Baik

Emmmmmmmmmmmm.....
Menggerunkan betul la......tadi masa aku nk p workshop aku kena la masuk satu simpang ni kat tepi jalan besar...alih2 keta aku xpas la masuk simpang 2.....kalo aku teruskan juga, mesti tayar sebelah kanan kereta aku 2 akan masuk longgkang....

Tapi......
Aku x gabra lagi...aku pun revers la kereta aku....emmmmmmmm....alamak.....lori besar pulak kat belakang ap nk buat ni aku jadi gabra la....terus aku tekan minyak berdoa2 lepasla xmasuk longkang 2...rasa nk nangis je...lori 2 pulak siap bunyi hon lagi...lagi la menakutkan aku......

Alhamdulillah...
Lepas pun dengan selamatnye.....masa kat kedai workshop 2 tangan aku masih lagi mengigil.....aku terus mengadu kat toke workshop 2 supaya buatla jalan masuk 2 besar sikit....dia boleh gelak je.....

errrrrrrr...
Geram betul aku..........ni kat pejabat pun tangan aku masih lagi mengigil.....nk taip pun susah...

P/s : Berhati2 memandu..malang x berbau..........

Tuesday, June 22, 2010

BOSAN

Alahai......
Bosannya kerja hari ni........satu kerja pun xad nak buat.....
Rasa nak balik rumah buat tahi mata je...tambah2 pulak cuaca mendung je kat Tapah ni...
emmmm...sekarang waktu lunch...tapi xlapar la pulak...Rasa xlalu nk makan la..

Malam tadi aku buat satu rancangan gila kat tunang aku...rancangan ap biarla rahsia ye...hanya aku dan tunang aku sahaja yang tahu......yang pastinya bukan menyalahi undang2 n agama...

Kalau la menjadi rancangan 2 apa la yang akan jadi kat aku....rasa sedih or gembira...xtaula...yang pastinye mungkin aku akan sedih...

Apa2 pun terserah la kat tunang aku 2...Aku buat semua 2 ad sebab tersendiri dan untuk tolong dia juga.....

Monday, June 21, 2010

KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, aku masih berperasaan nak share something di sini. Aku bukan nak membebel cuma nak menyuarakan hasrat di jiwa. Only about kadang-kadang----

Kadang-kadang aku rasa apa yang aku fikir betul, tapi orang cakap "salah apa yang kau fikirkan".
Kadang-kadang apa yang aku buat datangkan faedah, tapi orang cakap "sia-sia kau buat macam ni".
Kadang-kadang cadangan aku bernas jugak, tapi orang cakap "cadangan kau tak boleh pakai. Sumpah".
Kadang-kadang aku rasa tindakan aku confirm betul, tapi orang cakap "baik kau duduk senyap-senyap. Jangan melebih-lebih".
Kadang-kadang hati aku sedih dan dizahirkan dengan air muka yang keruh, tapi orang cakap " berape sangat la muka seposen kau tu. Pergi tido!"
Kadang-kadang hati aku gembira bukan kepalang dan terhegeh-hegeh cari orang, nak share berita gembira la konon, tapi orang cakap, " tak payah bangga sangat".
Kadang-kadang aku menangis sampai bengkak mata lepaskan sedih di hati, tapi orang cakap "cite korea mane yang kau tengok sampai banjir?"
Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang lepas tension di jiwa, ade pulak orang cakap " baru putus cinta la tu".
Kadang-kadang aku mengharapkan seseorang yang boleh jadi good listener, tapi orang cakap " Sabar je la dan pendam dalam hati. Habis cerita".
Kadang-kadang aku teringin ade orang faham aku, tapi orang cakap " Kau pun tak faham orang, ada hati nak orang faham kau".

Emmm..Try put yourself on my shoes..Apa korang rase ye?
Cuba fill in the blanks ye kawan-kawan.
Ini pilihan jawapan..Sila pilih jangan rebut-rebut.
*Bersyukur *Sedih *Gembira

1-Amat_______ sebab ada orang ambil berat.
2-Rasa _______ sebab diri yang rendah ini semakin direndahkan.
3-Rasa _______ sebab ada orang menegur.

Sebenarnya aku bukan menaip entri ini untuk suka-suka. Secara rasionalnya kita boleh rasa tak yang diri kita ini tak semestinya betul dan kadang-kadang pendapat, luahan, teguran, cacian dan makian orang itu yang betul. Berdasarkan ape yang berlaku dalam hidup aku, amat diakui tanpa malu-malu yang aku ni sebenarnya tak setabah dan sekuat mana. Kadang-kadang teguran dan cacian orang itu yang aku ikut sebab dari situ aku dapat bina keyakinan.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengurniakan insan-insan yang baik terhadapku. Di kesempatan ini juga aku nak berterima kasih kepada orang yang sudi membawa kebaikan dan pengajaran yang berguna pada diri aku. (^_^)

Pendek kata ye kawan-kawan, kita tak sempurna so, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana hanya Allah Maha Sempurna. Baikilah diri kita dahulu dan tegurlah sahabat kita yang salah dalam pemikiran dan tindakan. Kitakan hidup untuk saling nasihat-menasihati. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Wallahua'lam

Thursday, June 17, 2010






Waaaaa...bestnya dapat p beli belah dengan tunang..semua tunang bayar..hehehehehe
jgan nk jeles....tapi banyk beli barang untuk dia..barang aku dapat beli sikit je...dia cakap kena jimat...tapi xpelah...asl dia bayar sudah...

Ape2 pun thank for my fiancee...nanti kita balik kg kite pg shopping lagi ye...
heheheheheh.

Thursday, June 10, 2010

Cuti

Esok nk cuti...petang ni apa lagi abs je time kerja cabutla balik kg....balik kampung, oooooo balik kg...bestnye.....

Tadi baru aku apply cuti dekat bos aku... nsb baik dia kaci cuti..kalo tidak....emmmmmm...xtau nk cakap ap?

Esok pagi pulak aku ad interview SPA kat Pulau Pinang...aku relaks je...macam xbersedia langsung dari segi mental n fizikal...laantakla..dapat ke xdapat lain kira...aku hanya nk tambahkan pengalaman je..hehehehe

Kalo rezeki aku berjaya dengan interview 2 macm mane ek?

Xkan xnk kj kat FAMA dah...ah..e2 len kira..nanti dapat keputusan baru la aku fikir...Sekarang xpayahla nk bebankan kepala aku nk pikir semua 2....

Wednesday, June 9, 2010

6 SEBAB KENAPA ANDA MESTI TAMATKAN AKAUN FACEBOOK ANDA

1. Facebook benarkan Rasul Junjungan dihina: Sedarkah anda apabila FB kesayangan anda membenarkan “DRAW MUHAMMAD DAY” dilancarkan, secara lansung atau tidak FB bersekongkol dengan mereka yang menyerang Rasul tercinta. Kenapa Nabi Muhammad? Takda orang lain ke? Ini menunjukkan mereka memang menganggap Rasul tercinta sebagai musuh….


2. Boikot barang yahudi: Kenapa anda boikot barang yang zahir sahaja???? FB pun produk Yahudi…Tidak kiralah FB sokong Rejim Yahudi atau tidak, yang penting bila anda tamatkan akaun anda, ia satu mesej kepada Mark Zuckerberg bahawa kita marah terhadap kerajaan Yahudi. Tuliskan “Kami marah kerana Nabi kami dihina, Kami marah bila saudara kami di Palestin ditindas dan dizalimi”, dalam ruangan kenapa anda tamatkan akaun anda nanti…


3. FB tak hormatkan privacy pengguna: Tahukah anda orang sedang persoalkan privacy maklumat anda di FB….. tahukah anda FB mengumpulkan maklumat anda kerana untuk memahami apa orang Islam mahukan supaya mudah Yahudi mengalahkan orang Islam. Bayangkan apabila anda mempunyai maklumat seperti Mark Zuckerberg, agaknya apa yang kerajaan anda mahu daripada anda???? Boleh kah pegang janji Mark yang dia nak selesaikan isu ini? Berapa kali Rejim Zionis mungkir janji????? Boleh kah pegang janji Mark si Yahudi itu????


4. Rejim Zionis bunuh saudara kita di Palestin: Tutup akaun anda sebagai isyarat kepada Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya. Apalagi anda boleh buat???


5. Anda akan ditanya: Anda pasti tahu Allah berfirman: “Barangsiapa yang melakukan sebesar zarah kebaikan nescaya akan ditanya. Barangsiapa melakukan sebesar zarah kejahatan nescaya akan ditanya”. Nah, barang yahudi dihadapan anda? Apa lagi?????


6. Anda tak mati dan tak jumud kalau tak guna FB: Lupakan FB, Kemuliaan Nabi Junjungan dan kehormatan saudara kita di Palestin jauh lebih besar dari keseronokkan anda dengan FB kesayangan anda….sampaikan mesej anda ini walau sekelumit. Banyak lagi cara bertukar maklumat dan berkenalan…..


berat rasanya kan nak tamatkan akaun fb anda????, atasilah rasa berat itu, itulah ganjaran atas usaha anda....


SEKIRANYA ANDA RASA SAYA BENAR, FOWARDKAN E-MAIL INI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA YANG LAIN. MUDAH-MUDAHAN E-MAIL YANG RINGKAS INI MENJADI PEMBERAT TIMBANGAN KEBAIKANKU DI HADAPAN ALLAH, MOGA-MOGA AKU ADA JAWAPAN DIHAPADAN ALLAH BILA DITANYA APA AKU LAKUKAN UNTUK MEMBANTU SAUDARAKU DI PALESTIN SEKARANG.....ALLAHU AKBAR.

Monday, June 7, 2010

Look at me - I'm old


Oh tidakkkkkkkkkk.............macm ni ke muka aku 20 tahun yang akan datang...macam baru buat operation je.
Xsanggup aku nak melihatnya...Adakah patut tunang aku kata cute gambar ni...kurang asam nk perli aku la 2.

Friday, June 4, 2010

Mala oh mala


Sakitnya hati aku..ad yang dengkila 2..gambar aku yang xkurang cun nya ni boleh orang kata gambar orang tua....eeee xsyg mulut la 2...tapi betul ke mcm orang tua...

Ada ubi ad batas..ad hari nti aku balas..dia pk dia handsome sgt...menyampah aku...tggu nti kalo dia uplode gambar terbaru..aku nk kutuk hbs2 biar tersembur biji mata dia 2....geramnye, geramnye aku......

Tp bile dipikir-pikirkan betul ke gambar aku 2 mcm org tua...emmmmm...rasa nk ngis je...belum tua lg la..aku baru 23 tahun..xkan dah nmapak tua pulak kot...ke saje dia ckap mcm 2 dengki ngan aku la 2 kan, kan kan.

Ap2 pun lantak la dia nk ckap ap2 pun... I DON'T CARE....meluatnye...

Wednesday, June 2, 2010

RUPA2 MANUSIA KETIKA DIHALAU DI PADANG MAHSYAR...

- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka
mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka
memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah
kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu
adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada di dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.

Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada. Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok) ." – (surah An-Naml:83).

BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT.... ....

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Tuesday, June 1, 2010

Berkat Membaca Bismillah

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek," Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibril A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

RESTAURANT PANAS & PEDAS ~ KAMUNTING, PERAK

 Assalammualaikum Salam Jumaat. Harap semua bloggers masih sudi untuk singgah ke sini lagi.  Minggu lepas awak dan family ada makan kat keda...